KATA AL QUR'AN TENTANG USIA
1 - Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
~ Qs. Hud : 15-16
2 - Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
~ Qs. Al Isra:72
3 - Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita kerana Allah sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tiada pernah mengecewakan.
~ Qs. Al Lukman : 22
4 - Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
~ Qs. Ali Imran : 145
5 - Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa akan di ambil.
~ Qs. An Nisa : 78
6 - Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita kerana Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
~ Qs. Ali Imran : 185
7 - Begitu juga hati kita semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
~ Qs. Al-An'am : 32
Segala puji hanya bagi Allah
Kredit untuk:- Mohd Ibrahim.
Sumber : Amet Udin
No comments:
Post a Comment