Sunday, February 19, 2012

AL Mahdi muncul 2021?

FASA KELAHIRAN

3 Fakta BERSANDARKAN hadis dibentangkan disini untuk kefahaman dan kajian kita perihal masaalah kedatangan Al Mahdi. Mungkinkah fakta hadis tersebut memberikan ilham kpd kita tentang bilakah tarikh kelahiran Al Mahdi ?

Fakta 1-Hadis

1. "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku 2 Gerhana berturut-turut pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar)

Hadis 2. "Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Hadis 3. "Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan)

Hadis 4. "Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Berikut adalah peristiwa dua gerhana yg pernah direkodkan di bulan Ramadan

Ramadhan 1981

1. 1st Ramadhan – 2nd July Thurs

2. Lunar Eclipse à16nd Ramadhan (July 17nd Fri)

3. Solar Eclipse à 30nd Ramadhan (July 31st Fri)

Ramadhan 1982

1. 1st Ramadhan (22nd June Tues)

2. Solar Eclipse à 30nd Sa’aban (June 21st Mon)

3. Lunar Eclipse à 15nd Ramadhan (July 6th Tues) Ramadhan 2005

1. 1st Ramadhan – 05rd Oct Thur

2. Solar Eclipse Oct 03st Mon (29 Sa’aban)

3. Lunar Eclipse Oct 17th Mon (13 Ramadhan) -

Berdasarkan Hadis 1 dan 4…. Gerhana pada Ramadhan 1981 lebih bertepatan dgn maksud. Dan jika hadis tersebut dimaksudkan dgn kelahiran Al Mahdi… maka adakah 1981 tahun kelahiran beliau? Dikhabarkan zahirnya beliau ketika berusia 40 tahun..maka tahun zahirnya Al Mahdi pada 2021(40+1981)..wallahualam.

Fakta 2 – Hadis

Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:
“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulan, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku

Jika di nisbahkan hari pertama seperti setahun bersamaan dgn 1000 tahun, maka sebulan bersamaan dgn 83tahun, seminggu bersamaan dgn 21 tahun.

Dajjal disabitkan dgn usahanya menghancurkan Islam. Samaada Dajjal sebenar, Dajjal palsu, pengikutnya, sistemnya, falsafahnya…semua ini dikategorikan sebagai Dajjal.

Tahun pertama(~1000tahun) 900-1924masehi.

Kedatangan Dajjal tahun pertama dapat dinisbahkan kpd MISI Dajjal menghancurkan pemerintahan khalifah. Andalusia hingga ke Othmaniah.

Tahun kedua (~83 tahun) 1924-1999masehi. Dunia diperintah dari USA melalui PBB dgn penerapan sistem baru kehidupan menggantikan sistem Islam di bidang Politik/Sosial/Pendidikan/Ekonomi.

Tahun ketiga (~21tahun) 1999-2020masehi – Pemerintahan dunia diperintah dari Israel dgn menggunakan USA sebagai proksinya. (Bush istiharkan New World Order pada 1999)

Tahun keempat 2020 masehi (1999 +21) – 2020 adalah tahun zahirnya Dajjal.

Tahun zahirnya Dajjal lebih kurang tahun zahirnya AlMahdi. Fakta 2 hadis diatas MASIH mensasarkan kedatangan 2 manusia akhir zaman ini pada 2020-2021 ?... wallahualam

FAKTA 3 – Hadis

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW; “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)

Kerajaan Arab Saudi secara rasminya di tubuhkan pada 1932.

Khalifah2nya adalah seperti berikut :

1932-1953 : Abd Aziz as-Saud

1953-1964 : Saud ibn Abdul-Aziz Al Saud

1964-1975: Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud1975-1982 : Khalid bin Abdul Aziz

1982-2005 : Fahd Bin Abdul Aziz

2005-now : Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud

Perebutan takhta khalifah dikhabarkan akan berlaku selepas pemerintahan Raja Abdullah. Beliau adalah Raja Saudi tertua (81thn-2005) yg pernah dilantik dilaporkan gering. Raja Arab Saudi menyerahkan tugasnya kepada Wakil Perdana Menteri Nayef bin Abdul Aziz yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.Bilik Berita Alborz mengutip laporan Islam Times melaporkan kematian Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Berdasarkan laporan tersebut, Raja Abdullah beristirahat di Maroko. Saat itu, keadaan Raja Abdullah sakit berat dan meninggal dunia setelah terkena serangan jantung. (IRIB/Farsnews/AR)World Tribune menulis, sumber-sumber oposisi negara ini menyebutkan bahawa Raja Abdullah meninggal dunia di salah satu rumahnya di Maroko. Sementara itu, Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, pada hari itu juga, menyebutkan bahawa Raja Arab Saudi berada dalam keadaan baik.Berita tentang Raja Abdullah penuh konspirasi dan kebenarannya. Mengapa ?

Disenario yg lain pula, setelah kematian Raja Abd Aziz..perebutan takhta telah pun berlaku diantara Raja Saud dan Raja Faisal sehingga membawa kepada terusirnya Raja Saud ke Greece dan Raja Faizal di tembak mati diakhir pemerintahannya dan menyaksikan Raja Khalid menaikki takhta. Setelah kematian Raja Khalid akibat sakit, yg kemudiannya diganti oleh Raja FAHD. Pada 1982 menyaksikan huru-hara yg berlaku di Masjidil Haram yg menelan korban 200 org. Kerajaan Saudi ketika itu menerima tekanan yg kuat drp Negara Islam lain diseluruh dunia. Raja FAHD dilihat akrab dgn USA(peperangan Kuwait/Iraq) dan ISRAEL(perjanjian Camp David).

Adakah perebutan kuasa itu disabitkan selepas kematian Raja Abdullah ataupun Raja Abd Aziz ? Jika perebutan kuasa itu bersabit selepas kematian Raja Abd Aziz dan berlakunya huru hara di bumi Mekah pada 1982 sepertimana dimaksudkan hadis, maka, tahun 1981 atau 1982 lebih tepat menjurus kpd kelahiran Al Mahdi…

Dikhabarkan Al Mahdi muncul diusia 40 tahun maka 2021 adalah tarikh kemunculan zahirnya----wallahualam

Oleh : Merong

Wednesday, September 28, 2011

Thursday, September 22, 2011

Friday, September 16, 2011

Dia kagum dengan apa yang ditemukan, bahwa Makkah merupakan pusat bumi.

div align="justify">Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan seksama posisi ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan pembentukan garis bujur dan garis lintang.

Setelah dua tahun dari kajianyang rapi dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan keadaan yang berbeda, serta banyak hal lainnya. Dia kagum dengan apa yang ditemukan, bahwa Makkah merupakan pusat bumi.

Ia menyadari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Agustus 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mantap secara ilmiah bahwa lapisan-lapisan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar garis Arab. Garis-garis ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut :

Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya.. (asy-Syura: 7)

Kata Ummul Quran berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang penting di dalam budaya Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ibu memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekat yang lalu.

Ada banyak hujah-hujah ilmiah untuk membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Inggris. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan. (ar-Rahman:33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata qutr yang berarti diameter, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadits dapat dipahami bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi. Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu berarti bahwa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadits yang mengatakan bahwa Masjidil Haram di Makkah, tempat Kabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)

Nabi bersabda, Wahai orang-orang Makkah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kalian berada di bawah pertengahan langit.

Thawaf di Sekitar Makkah

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Kabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron-elektron di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Perputaran matahari pada porosnya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistimnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada porosnya berlawanan dengan arah jarum jam.
..........................
Inilah Rahasia KA'BAH

Ka’bah, rumah Allah sejuta ummat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tamu - tamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) ummat muslim dalam melaksanakan sholat, dari negara manapun semua ibadah sholat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg berarti “mata kaki” atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg berarti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandung istilah ‘ka’bah’ yg artinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub putaran utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi

Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan seksama posisi ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan proyeksi garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sulit dan berat itu, ia terbantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeda, serta banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahwa Makkah merupakan pusat bumi.

Ia menyadari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Agustus 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika studi-studi lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahwa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Studi ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeda, bukan dimaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, studi ini diterbitkan di dalam banyak majalah sain di Barat.

Allah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim sebagai berikut:‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur'an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)

Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang penting di dalam kultur Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

Makkah atau Greenwich

Berdasarkan pertimbangan yang seksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh studi-studi dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekade yang lalu.

Ada banyak argumentasi ilmiah untuk membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah nol bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Inggris. GMT dipaksakan pada dunia ketika mayoritas negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu shalat
.

Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-Rahman:33)

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang berarti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Dari ayat ini dan dari beberapa hadits dapat dipahami bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu berarti bahwa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadits yang mengatakan bahwa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka‘bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)

http://jendralmeong.blogspot.com

Kiamat & Tanda Akhir Zaman by Harun Yahya from Harun Yahya on Vimeo.

Tempat yang Paling Angker,Paling Menakutkan & Paling Menggerikan

Tahukah anda di mana tempat yang paling menakutkan, paling mengerikan dan bakal membaham jutaan manusia ? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya.

Kita semua tahu tempat itu, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan bersedia untuk mengelaknya. Masih ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Tempat itu adalah Neraka ! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan Kematian, Azab semasa Sakaratul Maut, Siksa Kubur, Bencana Kiamat, Hisab di Padang Mahsyar, Meniti Titian Sirot dll, yang mana semua ini sudah amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia sekalipun yang bergelar 'Super Duper Genius' sekalipun cuba memikirkannya. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.

Neraka yg sebenar adalah jauh lebih menyeramkan drp yg dibayangkan oleh manusia

Sedikit Maklumat Tentang Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dan dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka ?

Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya...

Lalu nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam

Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?

Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda
( nota - bermakna bahagian yang lebih bawah adalah lebih panas )

Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu ?

Jawab Jibrail : Pintu yang terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim

Pintu ketiga tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha

Pintu kelima Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah

Pintu keenam tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir

Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w.
Sehingga ditanya : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?

Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ?

Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.

( dipetik dari Kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai' )

Dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Neraka yg sebenar adalah jauh lebih menyeramkan drp yg dibayangkan oleh manusia

Tahukah kamu bahawa Neraka Jahanam Ku itu :

01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu,
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat ( yang diseret itu adalah manusia )

Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

copy paste dari http://kedah2u.com/angker/tempat-paling-angker-mengerikan-menakutkan.html

Kronoloji 3

Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI! (Sambungan)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.

Pada penulisan saya yang lalu, saya menulis mengenai cara untuk kita mengenali Al Mahdi, seorang pemimpin besar yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui lisan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saya telah menulis mengenai fasa-fasa yang sepatutnya kita ketahui berhubung kronologi perlantikan Al Mahdi. Saya telah menyatakan fasa pertama iaitu kelahirannya dan fasa kedua iaitu perlantikannya. InsyaAllah pada kali ini saya akan berusaha untuk menyambung fasa yang ketiga.

Fasa ketiga kedatangan Al Mahdi: Misi Kelahirannya:
Al Mahdi dilahirkan ke dunia ini mempunyai suatu misi yang sangat besar iaitulah sebagai ‘Penyelamat Ummah’. Kerana itu, sebagai seorang Penyelamat Ummah, sebagaimana ‘Penyelamat Ummah’ terdahulu, dia akan melaksanakan misinya melalui beberapa peringkat.

Peringkat pertama Misi Al Mahdi: Mengembalikan Sunnah Rasulullah s.a.w
Dalam banyak penulisan saya yang lalu, saya berusaha untuk menyatakan hakikat sebenar ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ supaya kita dapat menyedari bahawa ‘Sunnah Rasulullah’ itu bukan hanya pada perkara-perkara remeh dan perkara-perkara kecil yang langsung tidak melibatkan persoalan ‘akidah’ tetapi ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ sebenarnya adalah untuk membawa Islam itu sebagai ‘Rahmatan lil Alamin’.

Hari ini, persoalan ‘Sunnah Rasulullah’ telah difahami dengan sebegitu ‘dengkel’ sehingga kita sanggup untuk berpecah belah kerana hal-hal yang sangat ‘tidak masuk akal’. Pada hal, perpecahan itu adalah merupakan suatu ‘fitnah besar’ dan ianya adalah merupakan suatu bid’ah yang sangat merosakkan bukan sahaja merosakkan ‘Akidah’ tetapi juga merosakkan ‘Ummah’.

Pada zaman Khulafa’ Ar Rashidin, tidak ada perselisihan dalam ‘Akidah’, walaupun kadang-kadang mereka terpaksa berperang sesama mereka kerana terdapat perselisihan dalam perkara tertentu, tetapi setelah mereka selesai berperang, mereka kembali kepada ‘Al Quran’ dan mereka saling berdoa semuga Allah mengampunkan kesalahan mereka dan kesalahan orang yang memerangi mereka. Tetapi hari ini, bila kita berdebat sahajapun, walaupun yang berdebat dengan kita itu adalah seakidah dengan kita, kita menganggap orang itu adalah sebagai ‘musuh’ kita. Jika kita kalah ‘berdebat’, maka kita mempergunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan ‘musuh’ kita itu, kita sanggup untuk mengeluarkan kata-kata fitnah dan membuat ‘makar’ melalui kekuasaan yang kita ada untuk menjatuhkan ‘musuh’ kita itu, bukannya untuk menerima kebenaran yang dibawa olehnya. Inilah sifat ‘Yahudi dan Nashara’ yang sangat merosakkan dan kerana kerosakan itulah mereka akan dilemparkan kedalam neraka.

Ketahuilah bahawa semasa Khulafa Arrashidin, tidak ada perpecahan dalam Islam, tetapi fitnah berupa bid’ah yang datang selepas itu menyebabkan berlakunya banyak kerosakan kepada umat ini. Rasulullah menunjukkan khalifah Uthman a.s sebagai pintu kepada fitnah yang besar yang bakal merosakkan kesatuan ummah, selepas kematian Syaidina Uthman, pintu itupun terpecah, kerana Muawiyah menggunakan isu perkauman untuk menjatuhkan khalifah Ali r.a di mana Syaidina Uthman adalah dari Bani Umaiyah sementara Syaidina Ali adalah dari Bani Hashim. Muawiyah menuduh Syaidina Ali tidak mengambil tindakan segera di atas kematian Syaidina Uthman, dia mengumpulkan seluruh Bani Umaiyah, maka terjadilah peperangan.

Selepas kematian Syaidina Ali r.a, Para ahli dalam pemilihan khalifah (Jawatankuasa Pemilihan) telah berbai’ah kepada Syaidina Hassan r.a iaitu anak kepada Syaidina Ali dan Syaidatina Fatimah, beliau adalah merupakan cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Disebabkan untuk menjaga kemashlahatan Ummah, Syaidina Hassan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Demikian itulah, bagaimana seorang yang berakhlak Islam, beliau langsung tidak mementingkan kepentingan dirinya tetapi lebih mementingkan kemashlahatan Ummah.

Selepas kematian Khalifah Muawiyah, suatu bid’ah besar yang lain telah berlaku iaitu tiada lagi pemilihan Khalifah, sebaliknya pemilihan ‘Jawatankuasa’ untuk memilih khalifah telah diabaikan terus. Jawatankuasa ini melantik Syaidina Hussain sebagai Khalifah sementara Yazid iaitu anak kepada Khalifah Muawiyah mengistiharkan bahawa jawatan khalifah itu adalah miliknya. Yazid menggunakan kekuatan tenteranya untuk meruntuhkan system kekhalifahan dan selepas itu bermulalah kaedah pemilihan khalifah berdasarkan kepada keturunan. (Sistem Beraja).

Sayangnya tiada seorangpun ulama’ yang dapat melihat bahawa system tersebut adalah bid’ah yang nyata, sesat dan boleh menyesatkan kerana ‘Iman tidak boleh diwarisi’, tidak semestinya seorang anak akan ‘Islam’ sekiranya bapanya adalah ‘Islam’ maka ketentuan khalifah berdasarkan keturunan menyebabkan lahirnya khalifah yang menegakkan ‘Islam’ dan khalifah yang menegakkan ‘mungkar’. Tetapi Allah SWT tetap memelihara Islam, masih ada mereka yang ikhlas dalam ‘Aqidah’nya hingga akhirnya Islam itu terus berkembang.

Disebabkan untuk menjaga kedudukan dan pangkat, akhirnya Syaidina Hussain iaitu khalifah yang dilantik dan dibai’ahkan oleh ‘Jawatankuasa Pemilihan Khalifah’ telah dibunuh dengan kejam dimana kepalanya telah dipenggal dan diarak ke serata jajahan takluk bagi menunjukkan bahawa system ‘Kekhalifahan Arrashidin’ itu telah diruntuhkan dan digantikan dengan ‘Sistem Beraja’. Berapa orangkah yang berjuang untuk mempertahankan system ‘Khalifahtul Rashidin’ dan menolak system bid’ah?, hanya 40 orang sahaja termasuk wanita dan anak-anak kecil. Selepas itu ‘Ahlul Bait’ yang berusaha untuk memulihkan system ‘Khalifatul Rasyidin’ telah ditindas dan dianiaya. Terpisahlah mereka itu dari ‘ummah’ kerana dianggap sebagai ‘pengacau’ dan kebanyakan mereka membawa diri ke Mesir, Yaman dan Iraq/Iran malahan hingga ke India dan Nusantara (Malaysia dan Indonesia).

Akibat dari ‘penindasan’ ini, lahirlah beberapa ‘puak’ yang berbelas kasihan kepada ‘Ahlul Bait’. Mereka ini berusaha untuk membela ‘Ahlul Bait’ tetapi akhirnya mereka disingkirkan dan dipaksa ‘terpisah’ dari ‘ummah’. Akibat dari itu lahirnya ‘Syiah’ yang pada permulaannya bukanlah berdasarkan ‘agama’ tetapi lebih kepada untuk membela ‘Ahlul Bait’. Disebabkan mereka itu ‘terpisah’ dengan ‘ummah’, maka berlakulah beberapa kerosakan dalam ‘pemahaman’ Islam. Walaupun demikian ‘akidah’ mereka tidak menjadi rosak kerana salah faham itu hanyalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang berasaskan kepada hal-hal ‘politik’.

Saya membawakan kisah mengenai bagaimana berakhirnya system ‘Khalifatul Rashidin’ dan bagaimana bermulanya perpecahan yang berlaku kepada Umat Islam ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada sahabat dan saudara-saudara semua bahawa ‘Ahlul Bait’ itu tidak bermakna ‘Syiah’ tetapi ‘Syiah’ itu adalah kalangan mereka yang berusaha membela ‘Ahlul Bait’. Tahukah anda apakah maknanya ‘Ahlul Bait’? dan tahukah anda bahawa Imam Shafie sendiri adalah diantara mereka yang mengasihi ‘Ahlul Bait’? dan yang pasti lagi adalah bahawa Al Mahdi yang kita tunggu-tunggu itu adalah dari kalangan ‘Ahlul Bait’. Ini adalah sesuatu yang mesti diingat oleh setiap dari kita.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Jika anda adalah seorang penegak ‘Sunnah’ dan penentang “bid’ah”, maka bukalah kedua-dua mata anda untuk melihat makna “bid’ah” yang sesat yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya setiap yang ‘baru’ yang boleh merosakkan ‘akidah’ itulah perkara yang “bid’ah”. Ketahuilah bahawa ‘sistem’ yang bid’ah itulah yang lebih menyesatkan daripada ‘solat sunat’, ‘berdoa beramai-ramai’, ‘majlis memperingati Rasulullah s.a.w’ dan beberapa yang lain lagi yang semuanya itu langsung tidak merosakkan ‘akidah’.

Apa salahnya mengadakan majlis tahlil? jika anda mengatakan itu adalah suatu bid’ah, sebenarnya anda tidak tahu mengenai sejarah. Tahukah anda bahawa ‘menghiburkan’ mereka yang kematian ‘karib’ terdekat itu adalah merupakan suatu saranan dari Rasulullah s.a.w! bukankah Rasulullah yang menyuruh untuk masyarakat menyediakan makanan dan menghiburkan mereka yang kematian ahli keluarga? Apakah yang lebih menghiburkan mereka daripada jika seluruh masyarakat setempat mendoakan keselamatan dan keampunan Allah untuk simati? Dan apakah yang lebih menyenangkan mereka daripada seluruh masyarakat datang berziarah sambil membawa makanan dan keperluan-keperluan mereka?

Yang bid’ah sebenarnya adalah sikap ‘materialistik’ dan ‘individualism’ masyakat termasuklah diri kita sendiri yang membiarkan waris simati mengadakan ‘majlis tahlil’. Jika ‘waris’ simati mengadakan majlis tersebut dan masyarakat tidak ikhlas dalam mendoakan simati, maka majlis itupun menjadi sesuatu yang membazir dan tidak berfaedah sama sekali. Kenapa ‘waris’ simati yang mengadakan majlis itu? Kemana perginya sikap gotong royong, hormat menghormati, bantu membantu, saling berkasih sayang, saling bertanggung jawab yang ada pada kita?

Semuanya itu hilang hasil dari ‘sistem’ bid’ah yang kita amalkan sekarang ini. Dari sistem inilah lahirnya ‘jiran tak mengenali jiran’, ‘anak tak pedulikan ibu-bapa’, ‘kubur aku bukan kubur engkau’ dan pelbagai perkara lain yang semua itu lahir dari system sekularisma dan kapitalisma yang telah menular masuk ke dalam tubuh dan jiwa umat Islam hari ini. Bukalah mata anda, lihatlah dengan jelas apakah yang bid’ah itu sebenarnya.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Saya bawakan semua ini adalah untuk kita memahami bahawa tugas pertama Al Mahdi itu nanti adalah untuk mengembalikan ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ dan meruntuhkan ‘bid’ah” yang merosakkan akidah dan cara hidup umat Islam. Jika kita ingin bersedia menerima Al Mahdi, maka kita juga mestilah bersedia untuk menerima kesatuan Ummah dan meruntuhkan ‘sistem’ yang merosakkan umat Islam waktu ini.

Peringkat kedua Misi Al Mahdi: Membina kekuatan Ummah
InsyaAllah, peringkat kedua ini akan kita ulas pada penulisan yang berikutnya. Semuga Allah SWT menunjuki kita jalanNya yang benar lagi lurus, Amin.

Wallah hu aqlam
Wassalam.

copy paste dari http://soleh.net/2010/07/10/kronologi-yang-wajib-difahami-oleh-umat-islam-kini-iii/

Kronoloji 2 round

Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.

Daripada topik yang lepas, saya berharap semuga sahabat dan saudara-saudara semua dapat memahami situasi kita dan di fasa manakah kita berada sekarang ini. Dengan mengetahui situasi diri kita, maka kita dapat memikirkan perancangan lanjut untuk kita bina diri kita kearah kemantapan Iman dan Taqwa, InsyaAllah.

Sahabat dan saudara-saudaraku,

Dalam topik terdahulu, saya berusaha untuk memahamkan saudara-saudara bahawa sesungguhnya kita sekarang ini berada di waktu terakhir pada Fasa yang ke 4 iaitu pada era di mana Islam itu sudah ‘kembali dagang’ dan kerana Islam itu sudah kembali dagang, maka adalah amat perlu kepada kelahiran seorang pemimpin yang dapat mengembalikan Islam itu di atas landasannya yang sebenar. Kita perhatikan bahawa keadaan zaman gelap di mana umat Islam telah dipecahkan bukan sahaja melalui ideology pegangan seperti apa yang berlaku terhadap Syiah dan Sunni, tetapi yang lebih memparahkan lagi keadaan adalah apabila umat Islam ini terpecah kepada kelompok-kelompok kecil dalam bentuk ‘negara-negara’ di mana pada setiap negara kecil umat Islam itu, Islam tidak lagi didominasikan dalam system pemerintahan tetapi umat ini telah menerima system moden seperti kapitalisma dan komunisma dengan beranggapan bahawa system itu adalah selari dengan system Islam.

Sebenarnya saudara-saudara, pada hari ini kalau kita dapat melihat dengan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita iaitu mata zahir dan mata hati, pasti kita dapat melihat dengan jelas mengenai pembohongan-pembohongan besar yang sedang berlaku kepada umat Islam. Pada zaman Firaun dan Namrud atau pemimpin-pemimpin besar zaman dahulu yang menolak ‘iman’ kepada Allah SWT, mereka itu memaksa umat yang ‘Islam’ untuk menerima system ‘kuffar’ mereka dan umat yang ‘Islam’ saat itu boleh melihat dengan jelas mengenai kepalsuan yang dipaksakan keatas mereka kerana Firaun dan Namrud menolak hukum Allah SWT dengan terang dan jelas.

Tetapi pada waktu ini, di zaman yang kita ada sekarang ini, dengan pembohongan-pembohongan besar (Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai ‘fitnah’), umat ini telah diperdayakan untuk menerima suatu kaedah yang amat bertentangan dengan Islam dan kaedah itu pula diyakini sebagai salah satu daripada kaedah Islam. Umat ini telah jatuh dalam suatu kancah ‘kerosakan akidah’ tanpa mereka mengetahui bahawa sebenarnya akidah mereka telah dirosakkan. Lebih dahsyat lagi adalah kerana sebahagian para Ulama’ dizaman ini tidak dapat melihat fitnah besar yang sedang berlaku itu, disebabkan itu mereka memfatwakan sesuatu yang bid’ah sebagai halal sedangkan Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa setiap yang bid’ah itu adalah sesat.

Kerana kerosakan atau fitnah yang sedemikian besar itu telahpun berlaku, sudah menjadi ketentuan Allah SWT bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia yang berkeyakinan pada keujudanNya untuk terus dirosakkan. Demikian itu adalah kerana kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Kita melihat, bagaimana pada setiap zaman, apabila kerosakan telah berleluasa, maka Allah akan menghantarkan seorang ‘penyelamat’ untuk menyelamatkan ‘kekasih-kekasihnya’ di atas muka bumi ini. Diatas keyakinan itu jugalah saya sangat percaya bahawa Al Mahdi akan didatangkan dalam waktu yang terdekat ini.

Diperkuatkan pula dengan beberapa petanda yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kedatangan seorang Al Mahdi atau ‘penyelamat’ seperti:-

Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa antara tanda-tanda dekatnya kelahiran Al Mahdi itu ialah akan berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari pada bulan Ramadhan tahun yang sama.
Petanda ini telah berlaku pada tahun 1982 iaitu gerhana bulan berlaku pada 14hb Ramadhan dan gerhana matahari pada 28hb Ramadhan.

Kerana itu jika kita dapat memerhatikan hal ini dengan ‘dua mata’, ini adalah merupakan suatu petanda bahawa umat Islam bakal menerima seorang Al Mahdi dalam tempoh yang terdekat.

Melintasnya dari arah timur ke barat ‘bintang berekor’ dan manusia dapat melihatnya. Hal ini berlaku apabila komet ‘Haley’ melintasi bumi pada tahun 1986 dan ianya dapat dilihat oleh penduduk bumi bergerak dari arah timur ke barat. Ini juga adalah merupakan suatu petanda yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dan komet Haley ini sering dikaitkan dengan kelahiran manusia-manusia ‘besar’ semenjak dari zaman Adam a.s
Seperti mana telah pecahnya tembok-tembok istana tanda kebesaran kerajaan Parsi iaitu salah sebuah dari kuasa besar dunia semasa kelahiran Rasulullah s.a.w, maka hari ini telah berlaku tragedy 11 September yang telah meruntuhkan tanda kebesaran kerajaan Amerika suatu kuasa besar dunia ketika ini.
Sebenarnya terdapat lebih banyak lagi tanda-tanda bahawa kelahiran Al Mahdi itu sudah sangat hampir, cuma persoalannya, apakah persediaan kita untuk menerima kedatangannya.Kita akan menerima kedatangan seorang tetamu yang amat kita nanti-nantikan, yang akan menjadi seorang pemimpin kepada seluruh umat Islam sedunia ketika ini. ‘Super VVIP’ ini telah dikhabarkan kedatangannya semenjak lebih 1400 tahun yang lalu oleh seorang pemimpin terulung seluruh manusia iaitu nabi besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Jika seorang menteri datang ke tempat kita, kita siapkan pelbagai persediaan, maka apakah persediaan kita untuk menerima kedatangan seorang pemimpin yang dijanjikan untuk menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam?

Kearah membuat persiapan ini, ingatlah pada peringatanku ini wahai sahabat dan saudara-saudaraku, ingatlah bahawa kita ini jangan sampai menjadi seperti Yahudi dan Nashara atau Ahli Kitab pada ketika sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka ternanti-nanti kedatangan seorang Nabi Penyelamat Ummah, mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, mereka mengetahui segala petanda semasa kelahirannya, mereka mengetahui tanda-tanda kenabiannya, mereka ketahui tempat dia akan menyempurnakan risalah kenabiannya dimana mereka telah berhijrah ke sana (ke Yathrib) untuk menyambut kedatangannya, tetapi setelah kedatangannya, setelah Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT, mereka menolak risalah yang dibawanya, mereka menolak misi yang diusahakannya sehinggakan penantian yang mereka buat untuk sekian lama itu menjadi sia-sia sahaja. Apakah kita akan melakukan hal yang sama?

Sahabat dan saudara-saudaraku,

Untuk itu, sebelum kita membuat sebarang persediaan, hendaklah kita mengetahui terlebih dahulu bagaimanakah kronologi kedatangannya dan apakah misi yang akan dibawa oleh Al Mahdi . Iaitu bagaimanakah cara kelahirannya, cara perlantikannya dan apakah yang akan dilakukannya setelah dia diangkat sebagai Al Mahdi? Jika kita gagal memahami persoalan ini, maka kita mungkin tidak mengenalinya walaupun dia sudah berada dihadapan kita.

Fasa pertama kedatangan Al Mahdi: Kelahirannya:

Baginda akan dilahirkan sebagai manusia biasa sebagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w ‘tanpa sebarang mukjizat kelahiran’ (sebagaimana Isa Putra Maryam yang dilahirkan boleh bercakap), hanya Ibu atau bapa baginda yang akan diberikan petunjuk mengenai kelahirannya seperti ibu Rasulullah s.a.w yang bermimpi bahawa anak yang bakal dilahirkannya bercahaya seumpama bulan. Nama Baginda adalah samada Ahmad atau Muhammad dan nama bapa Baginda adalah Abdullah. Baginda adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w iaitu daripada keturunan Hassan atau Hussin anak kepada Syaidina Ali dan Syaidituna Fatimah Az Zahra.

Baginda akan dibesarkan dalam pemeliharaan Allah SWT dan Allah jugalah yang akan melindunginya sebagaimana Allah telah melindungi Nabi Musa a.s. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu melindungi orang yang dipilihnya kerana kelahirannya bukan sahaja ditunggu oleh kita umat Islam, tetapi juga dia sedang dinantikan oleh kaum Zionis Yahudi dan ‘Jasassah’ Dajjal. Mereka iaitu Zionis Yahudi dan Dajjal mengetahui bahawa Baginda adalah diantara manusia pilihan yang akan menewaskan mereka. Sudah tentulah mereka akan berusaha untuk membunuhnya jika mereka mengetahui kelahirannya sebagaimana Firaun berusaha membunuh Musa a.s

Fasa kedua kedatangan Al Mahdi: Perlantikannya:

Sesungguhnya tidak akan ada lagi nabi atau Rasul sesudah Muhammad s.a.w yang bermakna bahawa tidak akan ada lagi ‘wahyu’ yang akan turun dari langit sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. Perkara ini mestilah diingat dengan bersungguh-sungguh dan difahami dengan teliti. Ketahuilah bahawa Al Masih Isa Putra Maryam a.s ketika diturunkan nanti itupun tidak akan lagi menerima wahyu dari langit. Pintu wahyu telah tertutup dan tidak akan terbuka lagi dan sesiapa yang mengatakan bahawa dia menerima wahyu dari Allah SWT, maka manusia itu adalah ‘Dajjal’ atau penipu besar. Saya mengingatkan hal ini adalah kerana Al Mahdi yang kita nantikan itu bukanlah seorang Nabi kerana itu janganlah keliru atau dikelirukan dengan berita-berita bohong yang mungkin saja akan sampai kepada kita nanti.

Sesungguhnya junjungan kita, Muhammad s.a.w itu adalah manusia biasa, tiada keganjilan dalam sifat kemanusiaannya maka sebegitu juga dengan Al Mahdi. Dia adalah manusia biasa tanpa sebarang keganjilan pada sifat kemanusiaannya. Dia bukanlah manusia yang telah mati tetapi dihidupkan semula ataupun dia bukan juga seorang manusia yang telah hidup beratus tahun dahulu kemudian ghaib dan akan muncul kembali.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri, keluarga dan keturunan saya serta sahabat dan saudara-saudara semua bahawa mimpi seorang Islam (yang benar dalam ‘Iman’, ‘Amal’ dan ‘Taqwa”nya) akan menjadi mimpi yang benar ketika hampir tibanya waktu Al Mahdi dibai’ahkan. Jika Allah memberikan mimpi kepada saudara bahawa Al Mahdi akan dibai’ahkan pada waktu tertentu, maka pergilah ke Makkah untuk menyambut Baginda dan berbai’ah kepada Baginda.. Jika anda tidak meyakini bahawa orang itu adalah Al Mahdi, maka mintalah dia menunjukkan tanda kelahirannya kerana tanda kelahiran Al Mahdi adalah sama dengan tanda kelahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Hanya itulah petanda untuk kita pergi berbai’ah kepada Baginda sebagai merestui perlantikan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda. Hanya itulah sahaja cara untuk kita mengetahui mengenai siapakah yang hendak kita bai’ahkan sebagai Al Mahdi sepertimana yang ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w.

Jika sekiranya kita tidak dapat menghadirkan diri ataupun kita tidak memperoleh sebarang perkhabaran mengenai “bai’ah” itu, suatu petanda lagi yang sepatutnya kita tahu ialah bahawa sesudah baginda di bai’ahkan, akan berlaku dimana baginda akan diperangi oleh tentera-tentera kaum kuffar. Kita tidak mengetahui samada tentera itu merupakan tentera kepada penjaga ‘Haramain’ ataupun tentera kuffar dari luar. Mereka (tentera kuffar) itu mengejar untuk membunuh Al Mahdi sehingga tiba di padang pasir, kemudian Allah SWT akan menenggelamkan sebahagian besar tentera-tentera itu kedalam bumi. Bermakna bahawa akan berlaku peperangan diantara Al Mahdi dan mereka yang berbaiah kepadanya dengan tentera-tentera kuffar tetapi Allah SWT menyelamatkan pemimpin yang dipilihNya. Dengan petanda itu, selagi kita tidak mendengar berita mengenai peperangan yang meletus berhampiran Makkah dan orang yang diperangi itu mencapai kemenangan, maka selagi itulah Al Mahdi itu belum lagi dibai’ahkan.

Fasa ketiga dan seterusnya insyaAllah akan kita muatkan dalam penulisan yang akan datang. Jika sahabat dan saudara semua mempunyai kesukaran untuk mendapatkan penulisan ini, bolehlah sahabat dan saudara-saudara semua dapatkannya dari http//manmanan.blogspot.com

Semuga Allah menunjuki kita kejalanNya yang benar lagi lurus.

Wallah hu aqlam.

copy paste dari http://soleh.net/2010/07/01/kronologi-yang-wajib-difahami-oleh-umat-islam-kini-ii/

Kronoloji Yang Wajib DiFahami Oleh Umat Islam Kini 2

Kronologi Yang Wajib DiFahami Oleh Umat Islam Kini 1

Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?

Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian
Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.

Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin
Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah

Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit
Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.

Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam.

Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan

Fasa 4: Zaman Gelap
Iaitu suatu zaman di mana umat Islam berpecah menjadi lebih dari 73 golongan dan hanya mementingkan lingkaran masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan golongan yang lain.

Dalam setiap golongan ini, pemerintah mereka akan mengamalkan kaedah ‘Raja-Raja yang memegang cambuk/cemeti’ iaitu mereka akan menggunakan ‘kekuasaan ketenteraan’ untuk mengekang ‘kebenaran’ bagi mengekalkan kekuasaan mereka sebagaimana Firaun.

Dalam zaman kegelapan inilah ‘penyakit ‘wahhan’ disebarkan dan Umat Islam akan mengikuti ‘Yahudi dan Nashara’ walaupun mereka itu memasuki lubang biawak sekalipun.
Waktu inilah juga Islam itu kembali ‘Dagang’ seperti semasa kedatangan Islam di fasa kenabian kerana waktu ini manusia yang mengajak kepada ‘kebenaran’ akan dianggap menyalahi kehendak dan kemahuan seluruh umat kerana ‘kami hanya mengikuti apa yang Ibu Bapa kami nyatakan’ bukannya seperti apa yang Rasulullah nyatakan.

Pada zaman inilah akan berkembangnya ‘fitnah’ seumpama keping-keping malam yang jatuh, Wanita ‘berpakaian’ tetapi ‘telanjang’, ‘Musik’ berleluasa sehingga memasuki masjid-masjid, ,’Arak’ dan ‘Judi’ di jual ditepi-tepi jalan, ‘Maksiat dan Zina’ berleluasa, ‘anak-anak zina’ bertambah dalam bilangan yang besar, Masjid-masjid dibina untuk bermegah-megah dan bukannya untuk ‘ibadah’ dan akan terbiar kosong tanpa ‘di imarahkan’.

Pada zaman inilah umat Islam hanya memberi ‘salam’ hanya kepada orang yang mereka kenali sahaja, ‘Ulama’ dimatikan tetapi tiada lagi pengganti yang seumpama mereka dan lebih dahsyat lagi ialah pada zaman inilah mereka yang bergelar Para Ulama menjadi punca terbitnya ‘Fitnah’ kerana dari merekalah akan tersebarnya kekalutan dalam ‘beragama’ dan akan tersebarnya ‘perpecahan’ umat kerana ‘ceteknya’ ilmu mereka walaupun pada mata kasarnya mereka itu seperti ‘berilmu tinggi’.

Pada penghujung zaman inilah akan lahirnya ALMAHDI, AL MASIH DAJJAL akan menampakkan dirinya, akan turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya ‘YAKJUJ DAN MAKJUJ’ akan menampakkan dirinya yang sebenar.

Sudahkah anda dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya dimanakah Fasa yang sedang kita berada sekarang ini? Jika anda belum dapat melihatnya, wasiat saya untuk kalian seluruhnya, janganlah melihat dengan ‘satu mata’ kerana Allah menganugerahkan untuk kita ‘dua mata’, janganlah hanya melihat dengan ‘mata zahir’ sahaja, tetapi lihatlah juga dengan ‘mata hati’ yang Allah berikan kepada kita.

Sesungguhnya, manusia yang melihat dengan satu mata sahaja yang akan menjadi ‘pengikut’ Al Masih Dajjal kerana Al Masih Dajjal itu hanya mempunyai satu mata. Ingatlah Allah menyuruh kita menggunakan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita.

Sesungguhnya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, tentunya kita akan dapat melihat dengan mata kita sendiri akan kelahiran AL MAHDI, turunnya AL MASIH DAJJAL, turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya berleluasanya YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia sudah mulai merasai keperitan zaman kegelapan ini, keluh kesah telah mulai kedengaran dan suara-suara yang mengajak kepada ‘kebenaran’ sudah mulai dialunkan. Inilah petandanya bahawa sesungguhnya zaman kegelapan ini sudah hampir sampai kepada penghujungnya.

Aku berwasiat kepada diri ku, kepada anak cucu dan seluruh keturunanku juga kepada kalian saudara-saudaraku semua untuk mempersiapkan diri. Sesungguhnya kesengsaraan yang dahsyat akan melanda bumi, peperangan yang besar akan meletus dan ‘Ujian’ keimanan kita akan diperhebatkan.

Ketahuilah bahawa pada hari pertama Al Masih Dajjal itu membukakan dirinya, ‘sehari’ yang kita lalui akan dirasakan seperti setahun, sebulan dan seminggu. Tahukah kalian kenapakah hal itu berlaku? Demikianlah keperitan hidup yang akan dilalui oleh mereka yang ingin mengekalkan ‘iman’ mereka, kerana hari itu, keperitan yang dahsyat akan berlaku sehingga kita akan menghitung setiap detik yang berlalu dan kita akan merasakan bahawa hari yang kita lalui itu sedemikian panjang.

Ketahuilah bahawa dia akan memerintah dunia selama 40 hari, walaupun pendek waktunya, tetapi besar kesengsaraan yang akan kita lalui kecuali bagi mereka yang akan menjadi pengikut-pengikutnya kerana dia membawa syurga dan neraka bersama dengannya.

Aku berwasiat kepada kalian, bahawa ‘Syurga’ yang di bawanya itu adalah merupakan ‘Neraka’ di Akhirat, dan ‘Neraka’ yang dibawanya adalah merupakan ‘Syurga’ di Akhirat.

Aku juga berwasiat kepada kita semua, bahawa sesudah kematian ‘Dajjal’, maka timbullah Yakjuj dan Makjuj yang akan berperang sesama mereka, banyak kerosakan yang akan berlaku, benyak kesengsaraan yang akan dialami. Kerana itu, berhati-hatilah.

FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal, mematahkan salib dan membunuh babi. Dia juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya.

Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.

FASA 6: Kembalinya zaman Khulafa Ar Rasyidin An Nabiyin
Seperti mana zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Rasulullah SAW, sedemikian itu jugalah akan berlangsungnya zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Al Masih Isa.

Tidaklah kita mengetahui tempoh waktu tertegaknya zaman itu. Tetapi sesuatu yang pasti ialah bahawa zaman itu akan bermula sebagai zaman kegemilangan, di mana diwaktu itu, tidak akan ada lagi manusia yang akan menjadi miskin.

FAZA 7: Zaman Kegelapan yang Pekat:
Sesungguhnya, ini adalah merupakan fasa yang terakhir dalam umur dunia ini. Ketika datangnya zaman kegelapan yang pekat ini, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. Perebutan harta akan berlaku dengan dahsyat, Nabi Isa a.s akan kembali dituhankan dan tiada lagi orang yang akan mengucapkan ‘Kalimah Syahadah’.

Madinah akan ditinggalkan dan tidak akan ada yang akan menziarahi makam Rasulullah SAW lagi walaupun oleh orang-orang arab quraish sendiri, Amalan Haji akan terhenti Kaabah akan diruntuhkan dan Makkah tidak akan dikunjungi lagi sehingga yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah.

Pada zaman inilah bumi akan digoncangkan dengan kegoncangan yang dahsyat, bumi, bulan dan matahari akan di hancurkan menjadi debu-debu yang berterbangan dan seluruh ruang angkasa akan kembali kosong, yang ada hanyalah debu-debu yang berselerakkan. Itulah hari KIAMAT iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan hari itu pasti terjadi.

Wallah hu aqlam.

copy paste dari http://soleh.net/2010/06/28/kronologi-yang-wajib-difahami-oleh-umat-islam-kini/#more-1023

Khutbah Nabi Mngenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.... Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir.... Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan..... Ingatlah bahawa Tuhan yang ben ar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu se ben arnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.... Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau satu ayat."