Wednesday, April 10, 2024

DAY 297 HIDAYAH DAN RAHMAT ALLAH ADA DI MASJID - BERSEGERAH PERGI KE SANA


Jom kita serapkan bicara Illahi ini ke dalam urat nadi kehidupan seharian kita sebagai hamba Nya @ kepentingannya kepada kita semua??!!

Arahan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada ayat pertama dan kedua yang bermaksud 
“wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat islam)”
kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB memikul tugas dalam memberi peringatan kepada siapa sahaja,dan meyelamatkan umat manusia dari lembah maksiat.Walau pun surah ini diturunkan kepada Rasulullah SAW tetapi bukannya di khususkan ibrahnya(pengajarannya) kepada Rasulullah SAW sahaja,tetapi kepada kita yang masih bergelar umat islam atau hamba Allah.Ini yang kita patut buat.

Kemudiannya ALLAH mengarah baginda agar memberi peringatan pada diri Rasulullah SAW pada ayat ke tiga yang mambawa maksud;
“Dan tuhanmu,maka ucap dan ingatlah kebesaran-Nya!”

kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB kembali kepada yang Maha Pencipta walau apa sahaja kerja yang kita lakukan.Sesungguhnya segala manusia,segala sesuatu,segala nilai,segala hakikat…..sebenarnya KECIL sahaja berbanding kuasa ALLAH.Maksudnya walau apa jua penat lelah dalam berda’wah,kesukaran, dan bebanan dalam memberi amaran kepad umat manusia kita mesti meletakkan kebesaran ALLAH mengatasi apa jua yang kita lakukan jadi dugaan-dugaan yang kecil seperti fitnah,tipu daya dan apa sahaja ketika kita berda’wah hendaklah kita merasa KECIL sahaja sebab hanya ALLAH sahaja yang Maha Besar,tiada apa yang lebih besar berbanding ALLAH..

ayat ke empat pula membawa maksud

“Dan pakaianmu,maka hendaklah engkau bersihkan”

kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB bersihkan HATI kita.Pakaian di sini bermaksud akhlak kita,hati kita,amalan kita,bukan bermaksud baju semata-mata dan ini merupakan kinayah(bahasa kiasan yang ALLAH S.W.T gunakan)Sebagai seorang umat islam kita hendaklah senantiasa membersihkan hati kita dalam perkara-perkara yang baik.Mana mungkin kita menyeru kepada kebaikan sedang kita sendiri masih melakukan kesilapan yang besar.Ini sangat menyalah dan sangat songsang dalam hukum ALLAH (rujuk surah al-Baqarah ayat 44).Jadi,sebagai seorang daie…jelas…kena bersihkan hati sebelum member sihkan hati orang lain.

ayat ke lima yang membawa maksud

“Dan segala kejahatan,maka hendaklah engkau jauhi”

kita sebagai daie/pelajar/murabbi/umat islam WAJIB menjauhi apa sahaja bentuk perkara-perkara yang buruk seperti syirik kepada ALLAH dan amalan jahiliyyah yang lain dan sebagai seorang umat islam WAJIB bagi kita sentiasa berada dalam keadaan tidak melanggar hukum ALLAH S.W.T

5 ayat dalam surah al-Muddatsir sudah cukup memberi impak(kesan) yang paling dalam sebagai seorang daie/pelajar/murabbi/umat islam.Jelas kepada kita bukan sengaja ALLAH S.W.T menurunkan surah ini hanya untuk peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja,malah ianya patut bagi kita mengambil iktibar dalam setiap inci yang di firmankan ALLAH.Dan setiap yang di keluarkan itu membuatkan satu rumusan yang saya sendiri rasa ianya bernas iaitu berkaitan “AMAL” kita,bila kita jaga AMAL kita insyALLAH akhlak,minda,dan lain-lainya akan bertambah bagus dan sentiasa meniti setiap firman ALLAH S.W.T dalam surah ini.Jadi solusinya adalah berkaitan dengan “AMAL”

Bila AMAL mantap,insyALLAH,ALLAH akan jaga kita semua dari melakukan keburukan di dunia.InsyALLAH semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dari ALLAH S.W.T.

Tiada daya upaya melainkan pertolongan kekuatan dari Allah SWT.Wallahu aqlam.Amin!


SUBUH JUMAAT 3 SYAWAL 1445H / 12 APRIL 2024M 
AKU BERAZAM UTK JADI KAKI MASJID,INSHA ALLAH!



No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...