Showing posts with label Nota Amalan. Show all posts
Showing posts with label Nota Amalan. Show all posts

Wednesday, April 3, 2024

KELEBIHAN SELAWAT

SOLAT SUNAT TASBIH


 Solat sunat Tasbih telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Solat Tasbih dapat membuka pintu ampunan Allah SWT atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak ataupun tersembunyi.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak 4 rakaat dan 1salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam).
Setiap rakaat jumlah tasbihnya sebanyak 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.
Kaedah Dan Cara nya :-
Lakukan seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi ditambah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah pada pergerakan seterusnya.
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
▪
Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, baca 15 kali tasbih
▪
Rukuk – 10 kali tasbih
▪
I’tidal – 10 kali tasbih
▪
Sujud pertama – 10 kali tasbih
▪
Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
▪
Sujud kedua – 10 kali tasbih
▪
Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

JOM BERZIKIR

MASIH TAK NAK SOLAT KER

UMUR MASJID DAHHHHHH

AMALAN UNTUK ELAK PENYAKIT NYANYUK,DENGAN IZIN ALLAH SWT

r
Surah Al Isra ayat 111 (ayat terakhir)

 Jika kau ingin Allah bercakap padamu; maka bacalah al-Quran. Dan jika kau ingin bercakap pada Allah; maka solatlah.

KAABAH DARI MASA KE SEMASA

SELAWAT KENA BANYAK

5 AMALAN SELAMAT DARI API NERAKA

BERPUASA 13,14 DAN 15HB SETIAP BULAN

Amru bin Al Ash (sahabat Nabi SAW) membawa anaknya,Abdullah bin Amru (sahabat Nabi SAW) mengadu kekhuatirannya terhadap amalan anaknya itu yang setiap siang hari berpuasa dan setiap malam hari qiam.(Bimbang amalan anaknya itu salah sebab itu minta pandangan Nabi SAW)

Nabi bersabda berpuasalah 3 hari sebulan (13,14 dan 15hb) seumpama berpuasa setiap hari dalam sebulan itu.

Abdullah bertegas nak juga berpuasa setiap hari dan Nabi SAW hanya tersenyum (tidak melarang)

Bila Abdullah bin Amru semakin menua,beliau dah semakin tak mampu/berdaya untuk istiqomah terus berpuasa setiap hari,mulalah beliau menyesal.Seandainya dia akur dengan nasihat Nabi SAW dulu (berpuasa 3 hari iaitu 13hb,14hb dan 15hb) tentulah hingga ke usia tua sebegini masih mampu istiqomah berpuasa. 

BERSUNGGUHLAH JADI SUAMI YANG BAIK

Sunday, March 31, 2024

22 AMALAN HARIAN YANG PERLU DIJAGA

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Kredit : Ustazah Fatimah

Thursday, March 28, 2024

NOTA 17R HAYATI PERISTIWA NUZUL AL- QURAN,

REBUT GANJARAN MEMBACANYA SEPANJANG RAMADHAN


AL-QURAN merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala al-Quran bermakna bacaan atau himpunan.

Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril.

Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]

Al-Quran diturunkan oleh Allah pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW.

Firman Allah; "Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan al-Quran pada Malam Qadar" - Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran: "Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan."


Perbanyakkan bacaan al-Quran kerana amalan itu dapat menjadi penyelamat kepada manusia bagi setiap kesulitan.

Di antara keutamaan amalan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ini adalah membaca al-Quran.

Baginda Nabi Muhammad SAW apabila masuk bulan Ramadan, Baginda memperbanyakkan membaca al-Quran bahkan khatam dalam bulan Ramadan.

Sempena sambutan Nuzul al-Quran yang disambut hari ini (19 April 2022) marilah kita mendalami kepentingan membaca kitab suci ini dengan melihat kepada tiga perkara berikut:

Pertama: Hendaklah kita sentiasa membaca al-Quran dan mempelajarinya. Alhamdulillah di serata masjid dan surau kita lihat pada bulan Ramadan ini, kita mengadakan tadarus al-Quran iaitu mmembaca al-Quran secara berkumpulan. Pada malam terakhir insyaAllah khatamlah 30 juzuk.

Bagusnya tadarus ini kerana kalau salah seorang ahlinya tersilap membaca maka yang lain dapat menegurnya dan membetulkannya.

Ada sesetengah surau dan masjid mengadakan tadabbur iaitu membaca Al-Quran sambil membacakan maknanya.

Pada kesempatan yang lain sepatutnya dengan al-Quran ini kita pelajari tafsirnya iaitu apa yang Allah maksudkan secara tersurat dan tersirat dengan terperinci, baharulah al-Quran akan menjadi petunjuk kepada umat manusia.

Banyak ayat dalam al-Quran Allah menegaskan bahawa kitab itu menjadi petunjuk, tapi kalau kita tidak faham apa yang Allah sampaikan kepada kita bagaimana nak jadi petunjuk?



Tadarus al-Quran ialah amalan membaca kitab suci secara berkumpulan yang mampu membantu megesan kesilapan dan kelemahan pembacanya.

Kedua: Hendaklah kita mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Dalam satu riwayat diterangkan rahsia yang terkandung di sebalik kitab suci al-Quran dan tujuan membacanya.

Ibn Mas’ud pernah mengatakan; “Demi Allah, tidaklah seseorang duduk membaca al-Quran melainkan akan ada yang bertambah dan berkurang. Orang yang membaca al-Quran, keimanan dan keyakinannya akan bertambah.”

Kita memohon kepada Allah agar memberi ampunan kepada orang yang membaca al-Quran namun kurang mengamalkan isi kandungannya.

Contohnya, al-Quran menyuruh supaya berbakti kepada ibu bapa: “Dan Tuhan mu telah perintahkan, supaya engkau menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Si pembaca al-Quran dilaknat oleh al-Quran lantaran dia derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Al-Quran selalu memerintahkan untuk berperilaku baik dan menjauhi dusta.

Orang yang enggan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terdapat di dalam al-Quran dianggap telah mendustakan al-Quran. Apatah lagi kalau mulut kita asyik bercakap bohong saja.

Firman Allah; “Ingatlah, kutukan Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim.”

Al-Quran melaknat orang yang berlaku zalim. Dan pada ayat lain al-Quran memerintah kita untuk menyambung tali silaturrahim.


Banyak ayat dalam al-Quran Allah menegaskan bahawa kitab itu menjadi petunjuk.

Di dalam al-Quran disebutkan; “Maka apakah sekiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakanNya penglihatan mereka.”

Jika yang membacakan ayat ini ternyata adalah orang yang suka memutuskan hubungan silaturahim maka dia adalah termasuk orang yang dilaknat oleh al-Quran.

Jika apa yang dibaca tidak diamalkan dalam kehidupan seharian, maka apa gunanya dia membaca al-Quran? Oleh itulah kaum salaf soleh pernah menyatakan, bahawasanya pada hari kiamat nanti al-Quran akan datang menjadi pembawa syafaat atau sebaliknya menjadi saksi yang dapat menjerumuskan orang yang membacanya ke dalam api neraka. Nauzubillah.

Ketiga: Hendaklah kita menyebarluaskan ajaran al-Quran agar diri kita selamat daripada murka Allah, laknat dan kebencian-Nya. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat–malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkannya”. [Al-Tahrim:6].

Ini menunjukkan bahawa kewajipan kita sebagai seorang suami contohnya atau pemimpin dalam pelbagai peringkat hendaklah mengajarkan ajaran al-Quran, seperti fardu ain dan fardu kifayah kepada ahli keluarga kita.

Kalau setiap ayah bersikap begitu dengan al-Quran maka tiadalah manusia yang jahil dan melakukan kemungkaran kepada Allah.

Dek kerana ajaran Al-Quran itu tidak disampaikan maka lahirlah manusia yang hilang petunjuk ke jalan yang benar dan istiqamah di atas jalan yang lurus sebagaimana kita selalu mohon dalam surah al-Fatihah iaitu; “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” Malangnya kita tak tau maknnaya, maksud dan kehendak Allah melalui kalamnya.

Monday, March 25, 2024

JOM AMALKAN AYAT-AYAT MANZIL AYAT 33 SURAH AR RAHMAN


timestamp untuk memudahkan bacaan dan hafalan.
Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad.
Bismillah
0:00 Surah al-Fatihah (Ayat 1-7).
0:48 Surah al-Baqarah (Ayat 1-5).
1:48 Surah al-Baqarah (Ayat 163).
2:00 Surah al-Baqarah (Ayat 255). - Ayat Kursi
2:44 Surah al-Baqarah (Ayat 256).
3:10 Surah al-Baqarah (Ayat 257).
3:40 Surah al-Baqarah (Ayat 284).
4:10 Surah al-Baqarah (Ayat 285).
4:42 Surah al-Baqarah (Ayat 286).
5:40 Surah Ali Imran (Ayat 18).
5:58 Surah Ali Imran (Ayat 26).
6:26 Surah Ali Imran (Ayat 27).
6:44 Surah al-A'raf (Ayat 54).
7:13 Surah al-A'raf (Ayat 55).
7:23 Surah al-A'raf (Ayat 56).
7:42 Surah al-Isra' (Ayat 110).
7:59 Surah al-Isra' (Ayat 111).
8:21 Surah al-Mukminun (Ayat 115).
8:31 Surah al-Mukminun (Ayat 116).
8:41 Surah al-Mukminun (Ayat 117).
8:57 Surah al-Mukminun (Ayat 118).
9:06 Surah al-Saffat (Ayat 1-4).
9:23 Surah al-Saffat (Ayat 5).
9:30 Surah al-Saffat (Ayat 6).
9:38 Surah al-Saffat (Ayat 7).
9:45 Surah al-Saffat (Ayat 8).
9:53 Surah al-Saffat (Ayat 9).
9:58 Surah al-Saffat (Ayat 10).
10:05 Surah al-Saffat (Ayat 11).
10:18 Surah al-Rahman (Ayat 33).
10:36 Surah al-Rahman (Ayat 34). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan.”
10:44 Surah al-Rahman (Ayat 35).
10:54 Surah al-Rahman (Ayat 36). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan.”
11:01 Surah al-Rahman (Ayat 37).
11:11 Surah al-Rahman (Ayat 38). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan.”
11:19 Surah al-Rahman (Ayat 39).
11:32 Surah al-Rahman (Ayat 40). فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ “Maka nikmat Tuhan kamu
yang manakah yang kamu dustakan.”
11:42 Surah al-Hasyr (Ayat 21).
12:02 Surah al-Hasyr (Ayat 22).
12:13 Surah al-Hasyr (Ayat 23).
12:34 Surah al-Hasyr (Ayat 24).
12:53 Surah al-Jinn (Ayat 1).
13:09 Surah al-Jinn (Ayat 2).
13:17 Surah al-Jinn (Ayat 3).
13:27 Surah al-Jinn (Ayat 4).
13:34 Surah al-Kafirun (Ayat 1-6).
14:06 Surah al-Ikhlas (Ayat 1-4)
14:22 Surah al-Falaq (Ayat 1-5)
14:48 Surah al-Nas (Ayat 1-6) Link DOA & AYAT MANZIL untuk rujukan bacaan dan maksud.
https://akuislam.com/panduan/doa-ayat-manzil/ Semoga memberi manfaat. InsyaAllah.


KELEBIHAN MENGAMALKAN AYAT-AYAT INI

DENGAN IZIN ALLAH SWT :-

1. Perlindungan diri dari gangguan sihir
2. Perlindungan diri dari gangguan makhluk halus
3, Perlindungan diri dari kejahatan manusia yang jahat


CARA AMAL DAN FADHILAT AYAT MANZIL
(Pelindung/Penyembuh)

1. Dibaca selepas Solat Subuh...dan kalau
tak sempat...baca bila-bila masa sebelum
matahari tegak atas kepala...

2. Dibaca pada waktu petang selepas asar...atau selepas
Solat Maghrib...atau kalau tak sempat...
dibaca selepas Solat Isya....

3. Kalau benar-benar tak sempat kerana tak cukup masa.. ia dibaca sekali sehari. Bila-bila masa terluang...contohnya pada
tiap-tiap malam...

Namun kalau dapat diamalkan pagi dan petang maka ia lebih baik dan berkesan...

Sebaik-baiknya ia dibaca dalam keadaan berwuduk dan menghadap ke arah kiblat...

Kalau tak sempat...boleh dibaca sambil melakukan sesuatu kerja...dan sebaik-baiknya juga dalam keadaan berwuduk...

KELEBIHAN AYAT MANZIL

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai syifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jilid 3 m/s 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf ra. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan : Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, "Ya Rasulullah SAW, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila" menjawab orang tersebut. Rasulullah membacakan surah al-fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan Wailahukum ilahun wahid...., ayat Kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun (Fataaalallahuuumalikul haq...,) ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat, tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr, Surah al-ikhlas, Surah al-Falaq dan surah An Nas.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak. Dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir, jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat² tersebut ataupun orang lain boleh membacakan dan menghembus di atas air. Air ini diminum oleh pesakit.

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tiada syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H