Showing posts with label Taman PKP 2020. Show all posts
Showing posts with label Taman PKP 2020. Show all posts

Wednesday, March 31, 2021

Khasiat Bunga Telang

Bunga Telang atau "Butterfly Pea Flower" ada banyak khasiat. Air rebusan bunga keluarkan warna biru berkhasiat antioxidan. "Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan jingga.

Komponen antosianin ini terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser. Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba." Ia biasanya digunakan sebagai minuman, kueh mueh dan masakan.

Daun pokok bunga telang juga berkhasiat.

Kita hanya tanam manakala Allah Yang tumbuhkan. Alhamdulillah
☘🌷

###########################################

Rutin saya dan suami bila masuk keluar kampung kebiasaan akan singgah di warung kopi yang ada pengunjung terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.
Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya.
" Alaa...mek . Kalau orang perempuan nak awet muda tegang tak berkedut kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni" katanya kepada saya.
Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.
Cara penyediaan teh bunga telang :
• Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit
• Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak
• Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa
• Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis
Di percayai antara khasiat bunga telang ialah:
• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit

Amalan orang lama memang bagus

Thursday, March 4, 2021

TILLANDSIA @ TAMAN PKP 2020

Tillandsia is a genus of around 650 species of evergreen, perennial flowering plants in the family Bromeliaceae, native to the forests, mountains and deserts of northern Mexico and south-eastern United States, Mesoamerica and the Caribbean to mid Argentina.

Genus: Tillandsia; L.‎
Order: Poales
Subfamily: Tillandsioideae
Family: Bromeliaceae

lihat minit 19+

Friday, February 5, 2021

PKP & TAMAN PKP 2020 - AKAN MENJADI SEJARAH NEGARA YANG TERPAHAT DALAM KENANGAN


Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur,takkan sesekali aku lupa! .

PKB FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
PKB FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
PKB FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
PKB FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh

Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

Taman permainan kanak-kanak ditutup.

Kekurangan stok penutup muka, gaun,dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.

Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

Rak-rak di kedai menjadi kosong.

Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020

Kenapa saya simpan status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain.Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu !

Akan jd kenangan abadi selamanya.

Nota Diri Ku : atas tujuan mengurangkan pendedahan kepada wabak ini di kalangan anggota kerja di pejabat,penggiliran hadir berkerja telah dilakukan.Separuh anggota hadir bertugas dan separuh lagi bercuti rehat pada hari tersebut.Esoknya hadir bertugas dan yang bertugas hari ini esoknya bercuti.

Luang masa yang ada telah aku gunakan untuk aktiviti bersenam mengeluarkan peluh menlanskap sisi kanan rumah kediaman ku mengujudkan TAMAN PKP 2020 - fokus menanam pokok-pokok bunga yang berbau wangi sahaja untuk mensejahterakan persekitaran dari bau-bauan yang kurang enak.

SEMOGA ALAM SEKITAR LEBIH HARUM DAN PERNAFASAN SEMAKIN MURNI.

Nota Kini :

1. Tak tau dah la ni fasa ke berapa .... hingga la ni pun tak ada data penunjuk wabak ini akan berakhir.
   
Ya Allah Ya Tuhan ku,jangan la Ramadhan 1442H yang bermula pada 13hb. April 2020 nanti masih di dunia PKP lagi ... aku capek deh!

2. Harga barang-barang keperluan termasuk petrol dah mencanak naik.

3. Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia "KITA JAGA KITA" pada pendapat aku tak tepat mungkin wajar dicari perkataan lain yang lebih harmonis,yang lebih mesra dengan konsep takdir Illahi.

"KITA JAGA ALLAH,ALLAH JAGA KITA"

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H