Solat sunat Tasbih telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Solat Tasbih dapat membuka pintu ampunan Allah SWT atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak ataupun tersembunyi.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak 4 rakaat dan 1salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam).
Setiap rakaat jumlah tasbihnya sebanyak 75 kali, maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4 rakaat = 300 kali.
Kaedah Dan Cara nya :-
Lakukan seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi ditambah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah pada pergerakan seterusnya.
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, baca 15 kali tasbih

Rukuk – 10 kali tasbih

I’tidal – 10 kali tasbih

Sujud pertama – 10 kali tasbih

Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih

Sujud kedua – 10 kali tasbih

Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
No comments:
Post a Comment