Thursday, May 20, 2021

KEHIDUPAN KITA AKAN LEBIH BAIK APABILA ...

 

"Kehidupan Kita Akan Lebih Baik Apabila"
1 - Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2 - Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3 - Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4 - Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5 - Tidak tidur selepas subuh.
6 - Tiada iri hati melihat orang lain.
7 - Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8 - Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang
terbaik
kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9 - Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10 - Istighfar sekurangnya 100 kali.
11 - Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12 - Taat ibubapa.
13 - Solat di awal waktu.
14 - Hargai dengan apa yang ada.
Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.
Aamiin

Kredit : Mohd Johari

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H