Saturday, November 4, 2023

KHASIAT MINYAK HABBATUSSAUDA

 


Habbatussauda

Nama saintifiknya ialah Nigella sativaa. Ianya berbentuk butiran biji-bijian yang berwarna hitam. Habbatus sauda telah dikenalpasti ribuan tahun yang lalu sbg herba utk mengubati pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya diamalkan secara meluas oleh masyarakat di Timur Tengah, Pakistan & India.


Khasiat Minyak Habbatussauda

Ibnu Sina (980 – 1037 M) seorang bijak pandai perubatan Timur Tengah yang namanya tercatat di dalam hampir semua buku sejarah perubatan timur dan barat, telah menemui pelbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan perubatan. Terdapat lebih dari 200 kajian universiti seluruh dunia dan artikel dalam bentuk journal mendukung penggunaan Habbatussauda secara tradisional dan telah tercatat pada 1400 tahun yang lalu.

Minyak Habbatussauda sangat kaya dan mempunyai pelbagai komposisi kimia. Bahan utamanya crystalline nigellone, juga mengandung 15 asam amino, protein, karbohidrat, baik fixed oils (84% asam lemak, termasuk linolenat, dan oleat) dan minyak volatile, alkaloids, saponin, dan serat kasar, mahupun mineral seperti kalsium, besi, natrium dan kalium.

  • Membantu melegakan batuk dan selsema.
  • Membantu penghidap asthma dan masalah pernafasan.
  • Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati.
  • Membantu mengawal darah tinggi dan hypertension.
  • Membantu merendahkan kolesterol.
  • Membantu mengimbang paras insulin / gula dalam badan.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Sebagai anti-kanser / anti-oksidan.
  • Sebagai anti-histamin / cegah alahan.
  • Membantu memperkuatkan sistem imunisasi.

No comments:

Post a Comment