Hijrah tu apa ye?
Macam mana aku nak mulakan hijrah aku?
Aku kena pergi bertapa muhasabah diri ke?
Percaya tak ramai antara kita yang inginkan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dalam hidup, tapi mereka tidak tahu mana yang harus dituju. Ke mana mereka nak luahkan masalah mereka. Ada ke orang peduli mereka?
Dan tidak kurang yang sering merendah diri. Diri aku ni kotor, Allah masih nak terima aku ke? Solat pun kalau rajin macam mana aku nak berhijrah? Nanti orang kata "ahhh sekejap je tahan tu nanti jadi jahat balik". Aku nak jadi baik macam kau tapi aku takde kawan.
Haaaa banyak rintangan kan? Biasalah syurga Allah kan mahal. Kenalah bersusah sikit nak dapt nikmat kat sana. Mari kita intai definisi hijrah dulu ye.
HIJRAH
Percaya tak ramai antara kita yang inginkan sesuatu perubahan ke arah kebaikan dalam hidup, tapi mereka tidak tahu mana yang harus dituju. Ke mana mereka nak luahkan masalah mereka. Ada ke orang peduli mereka?
Dan tidak kurang yang sering merendah diri. Diri aku ni kotor, Allah masih nak terima aku ke? Solat pun kalau rajin macam mana aku nak berhijrah? Nanti orang kata "ahhh sekejap je tahan tu nanti jadi jahat balik". Aku nak jadi baik macam kau tapi aku takde kawan.
Haaaa banyak rintangan kan? Biasalah syurga Allah kan mahal. Kenalah bersusah sikit nak dapt nikmat kat sana. Mari kita intai definisi hijrah dulu ye.
HIJRAH
Berasal daripada perkataan "Hajara-yahajiru-uhjur" yang bermakna: "tinggalkan" atau "menjauhinya" (tidak melakukan segala perbuatan keji).
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: "dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! " (surah al-Muddathir:5)
PERKARA YANG MENGHALANG DALAM PENGHIJRAHAN
-SELESA DENGAN CARA SEKARANG
Melanggar perintah tanpa melihat kemudaratan. Ataupun melanggar perintah tanpa ditimpa apa apa musibah.
Sebagai contoh, kita meninggalkan solat fardhu. Allah tidak timpakan apa apa musibah/ kemudaratan/ kesakitan. Kita membuat kesimpulan bahawa Allah masih sayangkan kita dan Allah masih maafkan kita atas dosa meninggalkan solat. Maka bergembiralah kita di hari seterusnya tanpa menunaikan solat dan kita selesa dengan keadaan itu.
Jawapannya tidak! Teguran Allah boleh datang dalam pelbagai cara sama ada kenikmatan/ kesenangan/ kesempitan/ kesedihan. Atau mungkin kita tergolong dalam golongan istidraj (sangat bahaya). Golongan ini Allah akan menegur mereka dari segi kesenangan/kenikmatan dengan tujuan untuk menambahkan kesesatan mereka. Nauzubillah.
-TIADA TEGURAN.
Tiada teguran dari masyarakat sekeliling. Sebagai contoh keluarga atau kawan kawan tidak mengambil berat langsung tentang diri kita. Mereka menganggap "kau dah besar dah boleh bezakan mana baik mana buruk"
Tak! Hidup kita perlu ada bimbingan atau panduan. Sama seperti Al-Quran dan sunnah yang menjadi pegangan kita. Sama seperti perlakuan kita, seharusnya ditegur dan dibimbing oleh keluarga dan masyarakat sekeliling. Sudahlah selesa dengan dosa yang dilakukan, ditambah pula dengan tiada yang menegur. Dan ada juga yang menegur hanya sekadar berbasa basi dan tidak bersungguh ataupun hanya ditegur ketika di dalam ceramah/ khutbah.
-BISIKAN SYAITAN.
Ramai yang tidak bersetuju dengan sebab ini kerana tidak nampak apa itu bisikan syaitan. Tetapi yakinlah bahawa mereka wujud dan mereka tidak akan pernah berputus asa dalam misi untuk menghanyutkan manusia dengan dosa. Allah dan Rasulnya telah mengajar kita bagaimana caranya untuk melindungi diri kita daripada bisikan syaitan tetapi ramai antara kita yang tidak ambil peduli pun. Maka mudahlah bagi syaitan dan sekutunya untuk terus melekakan kita.
-NAK BERUBAH TAPI... TUNGGULAH
Seseorang yang sudahpun tahu perkara yang dilakukannya salah dan bercadang untuk berhijrah apabila sudah tua. Mesti ada antara kita yang pernah jumpa golongan ini kan? Jawapan cliche yang mereka akan berikan ialah "alahhhh tunggu lah muda hanya sekali dah tua nanti aku taubatlah".
Salah! bukan semua orang akan mati tua. Bukankah sekarang anak anak muda yang lebih ramai meninggal berbanding warga tua?
Salah! bukan semua orang akan mati tua. Bukankah sekarang anak anak muda yang lebih ramai meninggal berbanding warga tua?
PANDUAN UNTUK BERHIJRAH
-BERTAUBAT.
Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya, insyaAllah. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya sebelum itu.
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
“Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa. (Hadis Riwayat Ahmad)
Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya. Dan sesungguhnya sebaik baik taubat ialah taubat nasuha.
-BERUBAH DI USIA MUDA.
Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan seawal mungkin dan tidak hanya menanti apabila memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas dan berseronok ketika usia muda. Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini.
Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik. Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu” (Hadis Riwayat Tirmizi).
-MENGGUNAKAN AKAL BUKANNYA NAFSU.
Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran.
Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkatan keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak, disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau". (Hadis Riwayat Hakim).
Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan. Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini.
-KEAZAMAN DAN ISTIQAMAH.
Kehendak diri kita sendiri yang inginkan perubahan harus menjadi faktor nombor satu untuk memulakan langkah hijrah. Dengan adanya semangat kita yang berkobar-kobar untuk berubah menjadi baik, tidak mustahil kita dapat menjadi sorang insan yang diredhai Allah. Istiqamahlah dalam setiap perkara kebaikan dengan tujuan suatu hari nanti kita mahu menggapai syurga Illahi.
#MOVE IT ... MOVE IT - BETTER LATE THAN NEVER
##################################################
###################################################
No comments:
Post a Comment