Wednesday, July 27, 2022

MADU LEBAH - AMALAN HARIAN KU

Di sini aku paparkan amalan harian ku berkaitan madu lebah.Aku tak nak katakan ini terbaik namun setiap kali meminumnya aku berdoa memohon keberkatan dari Allah SWT, 

Kaedah amalan ini aku dapat dari kuliah Ustazah Dato Nurhafizah Musa yang aku tonton videonya kat Youtube.

Campurkan madu lebah,minyak zaitun,jus delima,minyak habbatussauda ke dalam segelas air,kacau2 dan minum.Berselawatlah sebelum minum.

Air - aku gunakan Air Zamzam (kos mahal (air biasa pun boleh - semua tu makhluk Allah swt juga)

Madu Lebah - aku gunakan produk Madu 7

Minyak Zaitun - aku gunakan produk Sihate

Minyak Habbatussauda - aku gunakan produk Sihate

Jus Delima - aku gunakan produk Sihate

(bukan nak iklan produk yerr CUMA produk-produk ini serasi dengan selera tekak ku - itu jaa)

Masukkan 1 sudu Madu Lebah + 1 sudu Minyak Zaitun + 1 sudu Jus Delima + 7 spray Minyak Habbatussauda  kedalam 1 gelas Air Zamzam.Kacau hingga sebati,berselawat dan berdoalah.Jangan lupa doa Allahumma barilana fima rozaktana waqina azabannar tu sebab memohon keberkatan,

Baca bismillah sebelum menegoknya dan baca Alhamdulillah selepas menelannya - buat 3 kali.

Minum setiap awal pagi sebaik saja bangun tidur.

Ini adalah hanya usaha kita untuk kesihatan kesannya hanya Allah swt yang menentukan,Amin!.

No comments:

Post a Comment

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR)

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR) Penyusun/Penerbit : Cikgu Sukarno bin Abdul Hamid Edisi terakhir : Oktober,2020 : RM90....