Wednesday, July 27, 2022

KHASIAT DAN PANTANG LARANG MADU LEBAH

 8 Khasiat Madu Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu, Salah Satunya Menguatkan Sistem Imun Badan!

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai kebaikan madu dan ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah anda mengetahui manfaat madu untuk kesihatan?

Fakta ringkas mengenai madu

·      
Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan

·    Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria

·       
Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat

·        
Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun


Apakah manfaat madu untuk kesihatan?

Berikut adalah beberapa manfaat madu untuk kesihatan:

1.   
Membantu dalam mengurangkan berat

Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.

Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.

Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.


2.   
Kebaikan madu: mengandungi nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu.

Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.

Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

3.   
Kebaikan madu: menguatkan sistem imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

4.   
Manfaat madu untuk kesihatan: kekalkan tenaga

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra.

Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.

Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam.

Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

5.   
Kebaikan madu: baik untuk jantung

Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol.

Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

6.   
Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit

Selain mengandungi antioksidan, madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Madu juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.


7.   
Menyuburkan kulit dan muka

Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit.


8.   
Manfaat madu untuk kesihatan: merawat batuk

Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk.

Pengambilan 1 sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.

Kini anda telah tahu lapan manfaat madu untuk kesihatan yang paling utama.

Madu memang banyak khasiat tapi ada 4 pantang larang yang anda perlu tahu!

Ramai yang menjadikan madu sebagai makanan tambahan kerana ia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Bagaimanapun di sebalik kebaikannya, tahukah anda, ada pantang larang yang tidak boleh dilakukan selepas minum madu?

Ada mengatakan, jika pantang larang ini dilanggar ia mungkin membuatkan khasiatnya tidak berguna kepada tubuh kita, malah boleh menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman. Apa pantang larang tersebut?

1. Jangan tidur selepas minum madu

Ada sesetengah orang yang minum madu sebelum tidur kononnya untuk menjaga kesihatan. Tetapi sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi.

Satu sudu madu sekurang-kurangnya mempunyai 64 kalori sementara gula hanya mengandungi 49 kalori dalam jumlah sama.

Ganti kebiasaan minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti.

2. Elak makanan bergula selepas minum madu


Ramai menjadikan madu sebagai pengganti gula. Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, madu asli juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.

Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu.

3. Jangan minum madu dalam kedaan panas

Sebaik-baiknya jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya.

Masyarakat India juga percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh.

4. Jangan beri madu pada bayi

Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor.

No comments:

Post a Comment

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR)

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR) Penyusun/Penerbit : Cikgu Sukarno bin Abdul Hamid Edisi terakhir : Oktober,2020 : RM90....