1. Solat Tahajjud di waktu ¾ mlm sekurang-kurangnya 2 rakaat & Solat Sunat Witir sekurang-kurang nya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
Tahajjud merupakan jalan org2 yg Soleh, amalan para Nabi dan Wali2 Allah yg terdahulu. Jgn ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, Zikir {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
Zikir sgt penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya org yg benar2 jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL utk mendapat kan makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah Surah Yasin.
Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.
Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusan mu pada hari itu.
5. Kemudian Solat Sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudah kan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.
Nabi SAW bersabda: “Segala lsesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran ada lah Surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat2 Allah dan dgn amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sgt baik utk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas Solat Fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’.
Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besar nya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas2 kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dgn membaca nya. Sesungguh nya Allah akan mengampunkan dosa2 mereka yg mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas Solat Maghrib, Solat sunat Auwabin.
Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa2 melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah Surah Al-Waqiah.
Allah janji sesiapa yg istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah Surah Al-Mulk.
Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Surah penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, Solat Sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa2 dan bagi setiap amalan yg baik, nyatakan kesyukuran mu kepada Allah.
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut dan sering lupa."
(HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment