Thursday, July 8, 2021

PERINGATAN BUAT DIRI KU @ PESARA

Bismillah
Tundukkan hatimu dengan penuh sabar dan lapang dada atas apapun yang sudah Allah gariskan, karena ketika kamu piawai mengendalikan hatimu dengan kesabaran maka disitulah kamu akan menemukan kedamaian dalam setiap langkah yang kamu tapaki dalam hidupmu.
Jadi senantiasalah peringatkan hati agar jangan biasakan mengeluh atas ketetapan Allah, sekalipun benar hal tersebut adalah sesuatu yang tidak mengenakkan.
Percayalah, apa-apa yang Allah datangkan kepadamu sudah sesuai dengan kebaikan yang kamu butuhkan dalam hidupmu.
Serta selalu ingatlah, tugasmu di dunia ini hanyalah terus yakin dan taat pada setiap aturan yang sudah Allah tetapkan, dan bukankah setiap aturan telah Allah berikan jaminan kebaikan yang luar biasa? maka pastikan kamu terus berusaha menjadi peribadi yang taat, karena pasti hidupmu akan selalu indha dengan kebaikan-Nya


📎 AMALKAN! JANGAN HANYA DISAMPAIKAN
👤 Abu Qilabah rahimahullah berkata :
إذا أحدث الله لك علماً فأحدِثْ لله عبادة
ولا يكن همّك أن تحدث به الناسَ
"Jika Alloh memberimu ilmu baru maka amalkanlah ibadah baru (yang belum engkau amalkan) lillahi ta'ala, janganlah orientasimu hanya untuk menyampaikannya kepada manusia saja"


14 AMALAN PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH (AHLI KUBUR)
1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
2. Perbanyakkan membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al-Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.
3. Perbanyakkan berselawat keatas Nabi s.a.w.
4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.
5. Melazimi membaca Ayatul Kursi, selepas solat fardhu.
6. Perbanyakkan membaca Sayyidul Istighfar.
7. Sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah Ta'ala.
8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.
9. Melazimi membaca Doa Nabi Yunus a.s (40x) ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.
10. Mengamalkan solat sunat Dhuha..setiap hari yang dihapuskan dosa-dosa terdahulu.
11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.
12. Menghadiri majlis Ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju kesyurga, dan beroleh ganjaran pahala.
13. Menziarahi kubur dan duduk disisinya, sambil mendoakan si mati.
14. Amalkan doa (3x) sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. "Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."
Semoga bermanfaat dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H