Tuesday, February 2, 2021

IQRA' - BACALAH ....... KENAPA MEMBACA?


Kenapa membaca?
Ahh, itu persoalan atau kata sindiran? Kerana hanya melihat lambakan buku di rak?
Jadi pada anda, mengapa kita perlu membaca?
Ada 5 perkara yang boleh disimpulkan.
1. Wahyu pertama yang turun, ialah perintah membaca.
Baca untuk mendapat ilmu. Baca untuk mencari kebenaran. Dan baca juga adalah ibadah dan simbol kepada kehambaan kepada Tuhan.
2. Membentuk peribadi.
Buku apa yang dibaca, watak-watak siapa yang menjadi idola ketika pembacaan memangkin pembentukan peribadi seseorang. Lihat percakapan orang yang banyak membaca dengan orang yang sebaliknya. Ada beza tak?
3. Menjana pemikiran yang hebat.
Melalui pembacaan, lebih banyak akal berfikir mencari isi dan cerita. P. Ramlee banyak mengarah filem yang hebat, hasil daripada pembacaan hikayat-hikayat lama dan dongeng silam. Begitu juga, Buya Hamka dan Pendeta Za'ba. Masing-masing hebat dalam berfikir hasil daripada pembacaan yang banyak.
4. Membuahkan ilham baru.
Ilham kadangkala muncul tak kira masa. Melihat gelagat manusia, alam ciptaan Tuhan, dan ketika membaca boleh menjemput ilham datang. Idea menulis dapat dikembangkan dengan membaca bahan bacaan yang banyak. Seperti kata A. Samad Said, untuk menjadi penulis yang baik, pertama sekali haruslah membaca, kedua membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima barulah menulis.
5. Bukan sekadar hobi atau trend.
Kita makan apabila lapar, kita minum apabila haus. Bagaimana dengan minda kita? Minda kita perlu santapan bahan bacaan untuk ia kenyang dan seterusnya menyihatkan intelektual.
Jadi, kenapa membaca?
Tanya diri, jawapan ada pada anda sendiri.
Bahan bacaan apa yang sedang anda baca hari ini?

sumber : Jejak Tarbiah

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H