Wednesday, February 28, 2024

DILAKUKAN SELEPAS SOLAT SUBUH SEBELUM WAKTU SYURUK (SUNRISE)

 

Sememangnya kita hidup ini penuh dengan pelbagai dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Di sini ingin berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat fb atau WhatsApp.

Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh ke esokan harinya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Maka dari itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka “pick up” apa yang saya katakan.pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, “apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat” itulah kata-katanya.

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap….memanggil namanya IBU…setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya…tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

.CARANYA?…mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL….iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga….dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan…

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita…

Credit to : Sharifah Fazilah.

KEUTAMAAN SEDEKAH JUMAAT

KELEBIHAN SEDEKAH BERBANDING AMALAN LAIN

FADILAT SEDEKAH : SYAIKH UL-HADIS HADRAT 
MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAWI
MAKTABAH ILMIAH SDN BHD (2016) : RM40.00 (784 m/s)

TAZKIRAH SEDEKAH

Muhasabah Diri - Istighfar & Sedekah

Bismillah ...
Saat kita merasa futur, mungkin disebabkan karena dosa dosa yang kita perbuat.
Maka putuslah rasa futur itu dengan perbanyak istighfar..

BAIKNYA BERSEDEKAH

NOTA SEDEKAH

*BERSEDEKAH*


 *BERSEDEKAH*

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.
2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.
4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.
5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.
6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”
7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.
8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.
9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.
10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.
Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.
Hamba Allah yang mengharapkan redhanya

MENITI USIA SENJA DENGAN BANYAKKAN BERSEDEKAH


DI PADANG MAHSYAR KELAK ,KETIKA MATAHARI  HANYA SEJENGKAL DI ATAS KEPALA,BAHANG PANAS YANG TERAMAT TERIK, LALU GUMPALAN AWAN SEPERTI ITU YANG TERHASIL DARI AMALAN SEDEKAH KITA SEMASA DI DUNIA AKAN DATANG MEMAYUNGI KITA
-  MAHU TAK ??? 

BANYAKKAN BERSEDEKAH SUPAYA GUMPALAN AWAN ITU JUGA BESAR

SURAH AL FATH IRAMA JIHARKAH


TAK SEMBAHYANG MASUK NERAKA SAQAR

Monday, February 26, 2024

10 Persiapan Menyambut Ramadhan.

 1. Tidur & bangun awal - Tolong susun masa kita sebaiknya. Jangan tidur lambat, lalai dengan masa.


2. Berlamaan dengan Quran - Kalau sebelum ni hanya tilawah sahaja. Kali ni, baca makna, cuba hafaz dan jika mahir cuba mengajar orang lain.

3. Lazimi zikir - Boleh letak nak zikir apa pada sela masa. Selawat, istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya. Nanti waktu Ramadan, banyak masa terluang.

4. Tidak lagha - Hati-hati dengan apa yang ada di hujung jari. Handphone dan gadget. Mula hadkan masa dengan media sosial. Mungkin selama ni 10 jam, sekarang kurangkan 2-5 jam sahaja.

5. Dekat masjid - Kalau sebelum ni solat berjemaah 1 waktu, cuba kali ni penuh 5 waktu khususnya lelaki. Iktikaf dan baca Quran di rumah Allah.

6. Semak hukum hakam - Cuba refresh ilmu² mengenai halal haram, makruh sepanjang bulan ini. Jaga dan berhati-hati dengan kehidupan kita sehari-hari.

7. Jaga kesihatan - Puasa sebenarnya membuatkan kita lebih sihat. Elakkan berbuka berlebihan sehingga terkesan kepada kesihatan. Fokus perbanyakkan ibadah.

8. Sucikan jiwa - Persediaan hati dan jiwa untuk fokus kepada matlamat akhir Ramadan iaitu membakar segala mazmumah (kejahatan) dalam diri sehingga lahirnya insan bertaqwa.

9. Suasana di rumah - Ajak keluarga wujudkan suasana beribadah sepanjang Ramadan. Ada ruang khusus untuk solat, baca Quran, qiam dan sebagainya.

10. Sasaran Ramadan - Letak sasaran mahu kualiti Ramadan bagaimana tahun ini. Adakah sama seperti tahun sebelumnya atau lebih baik?

Jom pujuk hati kita, buat persediaan bersungguh-sungguh bertemu Ramadan.

‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Sya'ban & sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan"

KELEBIHAN WANITA SOLAT DI RUMAH

Tips Menghafal Al Quran (Cikgu Adi Hidayat)

 


sunber  Ustaz Adi Hidayat)










Thursday, February 22, 2024

1/112 SURAH AD DUKHAN (ASAP)



Apakah kelebihan Surah ad Dukhan yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam Surah Dukhan dan kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.

Apakah surah Dukhan?

Surah Dukhan ( الدخان) adalah surah ke-44 dalam Al-Quran. Ia tergolong dalam surah Makkiyah dan mempunai sebanyak 59 ayat. Duhkan atau Ad-Dukhan bermaksud kabut, jerebu, atau asap. Hal ini kerana pada ayat ke-10 surah ini, dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah SWT telah memberikan amaran kepada kaum kafir musyrik yang telah menentang Nabi Muhammad SAW. 

Mereka diancam dengan azab sengsara seperti yang difirmankan: “Semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.” (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).

Kelebihan surah Ad Dukhan

Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri. Antaranya seperti:

1.  Diberikan keampunan atas dosa-dosa

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.” – (Hadis Riwayat  Ibnu Katsir).

2. Dibina sebuah rumah dalam syurga

Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (Hadis Riwayat At Tabrani).

3. Terhindar dari dimasukkan ke dalam neraka

Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” – (Hadis Riayat Al Baihaqi).

4. Mendapat penjagaan Allah ketika hari kiamat

Dari Abi Ja’far RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

 “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” – (Hadis Riwayat Abu Hamzah Tsumali).

5. Menerangkan mengenai Al-Quran itu diturunkan pada malam berkat 

Malam berkat yang dimaksudkan dalam Surah Dukhan ini adalah malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar adalah satu malam yang cukup istimewa di bulan Ramadan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Selain daripada itu, Al-Quran juga menegaskan tujuan ia diturunkan adalah sebagai rahmat, peringatan dan amaran. Diibaratkan Al-Quran sebagai road map yang membawa manusia kepada pencipta Yang Maha Esa, Allah SWT. Penuh dugaan hidup di dunia, Al-Quran tidak akan sesekali menyesatkan kita malah menunjukkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, dari Usman bin Affan RA:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengamalkannya.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

6. Menunjukkan yang Allah Maha Agung

Allah SWT memberikan amaran yang tegas kepada kaum musyrik yang menentang dakwah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang maha dahsyat. 

Rasulullah SAW menghadapi penentangan yang hebat dari orang-orang kafir Mekah yang sangat melampui batas dengan menghalangi agama Islam, menyakiti, dan mendurhakai baginda. Oleh kerana itu, baginda berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. 

7. Surah yang digalakkan dibaca ketika hari Jumaat

Pada setiap hari Jumaat, kita dianjurkan untuk membaca Surah Ad-Dukhan seperti mana kita membaca Surah Al-Kahfi. Ini berdasarkan daripada Abi Hurairah RA  berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.” – (Hadis Riwayat Ibnu Katsir)

8. Terselamat dari segala gangguan

Membaca surah ini boleh mendatangkan hati yang segar, tenang, dan sabar sehingga memperoleh rahmat dari Allah SWT dan perlindungan para malaikat dari segala kejahatan sama ada yang nampak atau tersembunyi.

9. Memberi syafaat ketika tiba hari kiamat

Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana kelak ia akan menjadi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.

Berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah bait Al-Quran karena sesuyngguhnya pada hari kiamat nanti akan datng memberikan syafaat yangbaik kepada pembacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

10. Mendapat pahala kebaikan 

Setiap baris perkataan dan ayat dalam Al-Quran memberikan kita pahala dari setiap hurufnya. Bayangkan surah yang mempunyai 59 ayat ini, berapa hurufkah yang ada? Lantas berapa banyak pahala yang kita boleh peroleh?

Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan Surah Dukhan ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna. Sama-samalah kita lazimkan diri membaca Al-Quran setiap hari. Jika tidak mampu satu surah setiap hari, baca satu muka. Jika tidak mampu, baca setengah muka. Dan akhirnya sekali paling rendah, bacalah satu potong ayat semampunya. 

Sumber : https://akumuslim.asia/kelebihan-surah-ad-dukhan/

SEMAKIN KE AKHIR ZAMAN SEMAKINLAH BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW

DETIK ISTIMEWA HARI JUMAAT

34

Tuesday, February 20, 2024

IRAMA JIHARKAH (IRAMA KESUKAAN RASULULLAH SAW)



OCHI YOSI Official

AMALAN SUPAYA DICUKUPKAN SEGALA KEPERLUAN


- Jangan Tinggal 3 Amalan Ini! 😦
- Amalan Supaya Dicukupkan Segala Keperluan 🤲
- Amalan Supaya Kuat Bersandar Kepada Allah 😳
- Amalkan Zikir Ini Selepas Solat 😯
- Paling Sikit Selawat 10 Kali 😦
- SYARAT Kena Takut Dengan Allah 😧
- Amalan Supaya Bertambah Percaya Dengan Allah 😯
Maahad yang diusahakan oleh Ustaz Ahmad Rizam
Maybank : 563 01930 5759
Darul Atiq Dakwah Center

PERGILAH KE MASJID KERANA ADA RAHMAT ALLAH DI MASJID

MULAKAN DAN AKHIRKAN HIDUP MU DENGAN AL QURAN

Mulakan harimu dengan Al-Quran dan tutuplah ia juga dengan Al-Quran.
Setiap hari selepas celik mata sebolehnya jangan lakukan aktiviti lain selagi belum membaca/ menghafaz Al-Quran.
Jangan melayari internet, facebook, Whattsap, dan lain-lain selagi belum membaca/menghafaz Al-Quran. Antara cabaran sekarang adalah cabaran teknologi.
Sudah menjadi trend hari ini, manusia lebih sibuk dengan dunia alam maya sehinggakan satu hari tanpa internet sudah berasa rimas dan cemas.
Al-Quran tidak dibaca tak apa. Hal ini seharusnya tidak berlaku kepada kita ummat yang diturunkan Al-Quran.
Bukan tidak boleh menggunakan kemudahan internet dengan melayari whattsap ini tapi janganlah lalai. hadkan waktu yang amat minimum untuk itu. Buat satu peraturan dan perjanjian untuk diri sendiri, katakan tidak kepada HP kecuali sesudah menatap dan membaca Al-Quran.
Tidak rugi jika kita habiskan masa kita dengan Al-Quran. Berlama-lama dengan Al-Quran lagi bagus berbanding menghadap gadjet yang melalaikan dan merosakkan fikiran. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang amat besar bagi mereka yang selalu mendampingi Al-Quran. Pada hari akhirat kelak Al-Quran akan memberi syafaat kepada para pembacanya.
Hari ini ramai orang mengeluh apabila tidak dapat melayari internet dalam masa sehari tapi berapa ramai yang tak selesa hidupnya jikalau seharian tidak sempat menatap Al-Quran?
Mulakan dan akhirkan hidup anda dengan Al-Quran.

sumber : Jomtojannah

BERHIJRAH DAN BERISTIQOMAHLAH


AGAR ISTIQOMAH DALAM HIJRAH

Oleh: Ummu Nayla

Hijrah, adalah kata yang tak asing lagi didengar. Hampir semua orang kini mengenal kata hijrah karena telah menjadi "trend" di masyarakat, dari kalangan artis sampai orang biasa.

Hijrah sendiri memiliki arti berpindah, maksudnya adalah berpindah dari keadaan jahiliyyah menuju kepada Islam, berpindah dari kebiasaan maksiat menjadi seorang Muslim yang taat. Yang awalnya tidak menutup aurat merubah pakaiannya menjadi syari, yang tidak pernah ibadah menjadi rajin beribadah baik wajib maupun sunnah. Dan lain sebagainya.

Hijrah dengan sekadar berpindah saja itu mudah, namun untuk mempertahankan ketaatan dalam hijrah adalah perkara yang sulit. Ada saja rintangan yang muncul pada jalan hijrah seseorang.

Ada beberapa hal yang bisa membantu untuk istiqomah dalam hijrah, di antaranya:

Pertama, perbanyak mengingat pemutus kenikmatan. “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (TQS. Ali Imran: 185).

Ingatlah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati, karena memang tidak ada yang abadi di dunia ini. Dan semua manusia akan dimintai pertanggungjawaban atas seluruh perbuatannya di dunia. Dengan mengingat kematian akan mendorong seseorang untuk terus melakukan amal salih, dengan harapan Allah akan memanggilnya dalam kondisi sedang dalam ketaatan, meninggal dalam kondisi husnul khotimah yang menjadi idaman setiap Muslim. Dan dengan mengingat pemutus kenikmatan akan membuat manusia enggan berbuat maksiat, karena takut Allah memanggilnya dalam kondisi sedang melakukan maksiat dan mendapat suul khotimah.

Kedua, masuklah ke dalam lingkungan yang mendukung untuk taat. Lingkungan berperan penting dalam pembentukan kepribadian dan kebiasaan seseorang. Jika berada pada lingkungan yang baik maka akan mudah bagi seseorang untuk terus menjadi baik, dan sebaliknya lingkungan yang buruk akan membentuk seseorang menjadi buruk. Untuk itu carilah komunitas atau jamaah yang bisa mendukung untuk bisa istiqomah dalam ketaatan. Karena dengan berjamaah akan banyak saudara yang mengingatkan ketika diri mulai futur.

Ketiga, rindu nasihat. Nasihat itu ibarat obat. Pahit tapi menyembuhkan. Maka jika ingin terus berada pada jalan yang lurus jangan pernah menolak nasihat. ”Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (TQS. Adz-Dzariyaat: 55).

Keempat, saling mendoakan. Doa adalah senjata paling ampuh bagi umat Muslim. Saling mendoakan sesama Muslim sangat dianjurkan. Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya doa seorang Muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah doa yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendoakan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Tatkala dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi.” (HR Muslim). Dengan saling mendoakan insya Allah menambah keistiqomahan di jalan Allah.

Demikianlah beberapa hal yang bisa membantu agar mendapat keistiqomahan berhijrah di jalan taat. Semoga kita termasuk orang-orang yang Allah tunjuki jalan yang lurus.

Wallahu'alam.


Hijrah bukan lagi hal yang tabu saat ini bagi kita. Kalau dulu hijrah seakan menjadi hal aneh di kalangan masyarakat. Tapi sekarang, hijrah seakan-akan menjadi trend yang lagi booming-boomingnya di Indonesia. Trend hijrah ini dimulai saat beberapa artis dan aktor di Indoensia berbondong-bondong berhijrah.

Berawal dari hijrahnya para artislah trend hijrah mulai menjadi daya tarik bagi masyarakat. Melihat idolanya berhijrah, masyarakat pun juga mulai mengikuti langkah idola mereka untuk berhijrah menjadi lebih baik.

Ngomongin trend nih, biasanya kan trend-trend tuh nggak bakal bertahan lama bukan? Mungkin bakal bertahan Cuma 1-2 bulanan aja. Habis gitu, udah deh balik lagi kayak dulu. Apalagi kalo tentang hijrah. Kalo hijrah kita cuma sekedar ngikutin trend, bisa dipastiin deh nggak bakalan bertahan lama. Kok gitu? Karena, niat kita diawal udah salah. Kalo niat kita cuma ikutan trend bukan niat karena Allah, pasti nggak bakal istiqomah deh hijrahnya, alias nggak bertahan lama.

Nah…terus gimana sih caranya biar kita bisa istiqomah berhijrah? Yuk kita bahas bareng tipsnya.

1. Niat Berhijrah karena Allah

Niatkan hijrah kita karena Allah. Percaya deh kalo kita niatkan semua karena Allah, semuanya akan dipermudah sama Allah. Allah pasti akan bantu kita untuk belajar lebih baik lagi. Intinya, jangan pernah meniatkan sesuatu kepada selain Allah. Karena nanti, ujung-ujungnya nggak bakal bertahan lama. Sama kayak ngikutin trend hijrah. Kalo niat kita sekedar ngikutin trend, pasti akan ada rasa bosen, capek, putus asa, apalagi kalo trend hijrah udah nggak booming lagi. Pasti bakal berhenti hijrah deh. Jadi, niatkan hijrah kita karena Allah, jangan ke yang lain.

2. Berjamaah


Berjamaah ini juga penting banget loh. Kalo kita udah ada niatan hijrah dan masuk ke sebuah kelompok berjamaah, Insya Allah bakalan istiqomah deh. Kok gitu? Karena yang namanya iman itu naik turun, kadang di atas kadang di bawah. Kadang semangat ikut kajian, semangat ibadahnya, rajin sholat tahajjud. Tapi kadang juga bisa jadi loyo ikut kajian, ibadahnya males-malesan. Jadi, kita butuh yang namanya temen hijrah. Biar kalau kita futur, ada temen yang bisa nyemangatin dan ngingetin. Gitu juga sebaliknya, kalau temen kita futur, kita bisa nyemangatin mereka juga. Hijrah sendiri itu berat, guys, makanya kita harus hijrah bareng-bareng biar lebih mudah. Yuk, Hijrah berjamaah.

3. Semangat Berjuang

Berjuang itu emang susah. Tapi kalo kita udah niat pingin bener-bener berubah, pasti bakal dikasih kemudahan kok sama Allah. Apalagi kalo kita berjuangnya bareng-bareng, pasti bakal lebih mudah lagi. Kita harus inget, susah payah kita untuk berubah jadi lebih baik itu ntar bakal ada imbalannya. Imbalannya sih bukan di dunia, tapi di akhirat. Saat kita hijrah untuk jadi pribadi yang lebih baik lagi, kita juga sedang memperjuangkan tempat kembali kita nanti, yaitu Surga.

Jadi, tetep semangat hijrahnya, ya, sobat. Surga menanti dirimu. Semangat. (az)

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...