Tuesday, February 20, 2024

MULAKAN DAN AKHIRKAN HIDUP MU DENGAN AL QURAN

Mulakan harimu dengan Al-Quran dan tutuplah ia juga dengan Al-Quran.
Setiap hari selepas celik mata sebolehnya jangan lakukan aktiviti lain selagi belum membaca/ menghafaz Al-Quran.
Jangan melayari internet, facebook, Whattsap, dan lain-lain selagi belum membaca/menghafaz Al-Quran. Antara cabaran sekarang adalah cabaran teknologi.
Sudah menjadi trend hari ini, manusia lebih sibuk dengan dunia alam maya sehinggakan satu hari tanpa internet sudah berasa rimas dan cemas.
Al-Quran tidak dibaca tak apa. Hal ini seharusnya tidak berlaku kepada kita ummat yang diturunkan Al-Quran.
Bukan tidak boleh menggunakan kemudahan internet dengan melayari whattsap ini tapi janganlah lalai. hadkan waktu yang amat minimum untuk itu. Buat satu peraturan dan perjanjian untuk diri sendiri, katakan tidak kepada HP kecuali sesudah menatap dan membaca Al-Quran.
Tidak rugi jika kita habiskan masa kita dengan Al-Quran. Berlama-lama dengan Al-Quran lagi bagus berbanding menghadap gadjet yang melalaikan dan merosakkan fikiran. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang amat besar bagi mereka yang selalu mendampingi Al-Quran. Pada hari akhirat kelak Al-Quran akan memberi syafaat kepada para pembacanya.
Hari ini ramai orang mengeluh apabila tidak dapat melayari internet dalam masa sehari tapi berapa ramai yang tak selesa hidupnya jikalau seharian tidak sempat menatap Al-Quran?
Mulakan dan akhirkan hidup anda dengan Al-Quran.

sumber : Jomtojannah

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...