Thursday, February 22, 2024

1/112 SURAH AD DUKHAN (ASAP)



Apakah kelebihan Surah ad Dukhan yang perlu anda tahu dan kepentingannya dalam kehidupan manusia? Artikel pada kali ini akan berkongsi secara mendalam aspek-aspek yang ditekankan dalam Surah Dukhan dan kelebihan yang ada padanya namun tidak ramai orang tahu.

Apakah surah Dukhan?

Surah Dukhan ( الدخان) adalah surah ke-44 dalam Al-Quran. Ia tergolong dalam surah Makkiyah dan mempunai sebanyak 59 ayat. Duhkan atau Ad-Dukhan bermaksud kabut, jerebu, atau asap. Hal ini kerana pada ayat ke-10 surah ini, dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah SWT telah memberikan amaran kepada kaum kafir musyrik yang telah menentang Nabi Muhammad SAW. 

Mereka diancam dengan azab sengsara seperti yang difirmankan: “Semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.” (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).

Kelebihan surah Ad Dukhan

Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri. Antaranya seperti:

1.  Diberikan keampunan atas dosa-dosa

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.” – (Hadis Riwayat  Ibnu Katsir).

2. Dibina sebuah rumah dalam syurga

Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (Hadis Riwayat At Tabrani).

3. Terhindar dari dimasukkan ke dalam neraka

Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” – (Hadis Riayat Al Baihaqi).

4. Mendapat penjagaan Allah ketika hari kiamat

Dari Abi Ja’far RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

 “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” – (Hadis Riwayat Abu Hamzah Tsumali).

5. Menerangkan mengenai Al-Quran itu diturunkan pada malam berkat 

Malam berkat yang dimaksudkan dalam Surah Dukhan ini adalah malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar adalah satu malam yang cukup istimewa di bulan Ramadan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”

Selain daripada itu, Al-Quran juga menegaskan tujuan ia diturunkan adalah sebagai rahmat, peringatan dan amaran. Diibaratkan Al-Quran sebagai road map yang membawa manusia kepada pencipta Yang Maha Esa, Allah SWT. Penuh dugaan hidup di dunia, Al-Quran tidak akan sesekali menyesatkan kita malah menunjukkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, dari Usman bin Affan RA:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengamalkannya.” – (Hadis Riwayat Bukhari)

6. Menunjukkan yang Allah Maha Agung

Allah SWT memberikan amaran yang tegas kepada kaum musyrik yang menentang dakwah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang maha dahsyat. 

Rasulullah SAW menghadapi penentangan yang hebat dari orang-orang kafir Mekah yang sangat melampui batas dengan menghalangi agama Islam, menyakiti, dan mendurhakai baginda. Oleh kerana itu, baginda berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. 

7. Surah yang digalakkan dibaca ketika hari Jumaat

Pada setiap hari Jumaat, kita dianjurkan untuk membaca Surah Ad-Dukhan seperti mana kita membaca Surah Al-Kahfi. Ini berdasarkan daripada Abi Hurairah RA  berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.” – (Hadis Riwayat Ibnu Katsir)

8. Terselamat dari segala gangguan

Membaca surah ini boleh mendatangkan hati yang segar, tenang, dan sabar sehingga memperoleh rahmat dari Allah SWT dan perlindungan para malaikat dari segala kejahatan sama ada yang nampak atau tersembunyi.

9. Memberi syafaat ketika tiba hari kiamat

Nabi Muhammad SAW sangat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana kelak ia akan menjadi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.

Berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah bait Al-Quran karena sesuyngguhnya pada hari kiamat nanti akan datng memberikan syafaat yangbaik kepada pembacanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

10. Mendapat pahala kebaikan 

Setiap baris perkataan dan ayat dalam Al-Quran memberikan kita pahala dari setiap hurufnya. Bayangkan surah yang mempunyai 59 ayat ini, berapa hurufkah yang ada? Lantas berapa banyak pahala yang kita boleh peroleh?

Diharapkan artikel berkenaan dengan kelebihan Surah Dukhan ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan ilmu pengetahuan yang berguna. Sama-samalah kita lazimkan diri membaca Al-Quran setiap hari. Jika tidak mampu satu surah setiap hari, baca satu muka. Jika tidak mampu, baca setengah muka. Dan akhirnya sekali paling rendah, bacalah satu potong ayat semampunya. 

Sumber : https://akumuslim.asia/kelebihan-surah-ad-dukhan/

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...