Monday, February 26, 2024

10 Persiapan Menyambut Ramadhan.

 1. Tidur & bangun awal - Tolong susun masa kita sebaiknya. Jangan tidur lambat, lalai dengan masa.


2. Berlamaan dengan Quran - Kalau sebelum ni hanya tilawah sahaja. Kali ni, baca makna, cuba hafaz dan jika mahir cuba mengajar orang lain.

3. Lazimi zikir - Boleh letak nak zikir apa pada sela masa. Selawat, istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya. Nanti waktu Ramadan, banyak masa terluang.

4. Tidak lagha - Hati-hati dengan apa yang ada di hujung jari. Handphone dan gadget. Mula hadkan masa dengan media sosial. Mungkin selama ni 10 jam, sekarang kurangkan 2-5 jam sahaja.

5. Dekat masjid - Kalau sebelum ni solat berjemaah 1 waktu, cuba kali ni penuh 5 waktu khususnya lelaki. Iktikaf dan baca Quran di rumah Allah.

6. Semak hukum hakam - Cuba refresh ilmu² mengenai halal haram, makruh sepanjang bulan ini. Jaga dan berhati-hati dengan kehidupan kita sehari-hari.

7. Jaga kesihatan - Puasa sebenarnya membuatkan kita lebih sihat. Elakkan berbuka berlebihan sehingga terkesan kepada kesihatan. Fokus perbanyakkan ibadah.

8. Sucikan jiwa - Persediaan hati dan jiwa untuk fokus kepada matlamat akhir Ramadan iaitu membakar segala mazmumah (kejahatan) dalam diri sehingga lahirnya insan bertaqwa.

9. Suasana di rumah - Ajak keluarga wujudkan suasana beribadah sepanjang Ramadan. Ada ruang khusus untuk solat, baca Quran, qiam dan sebagainya.

10. Sasaran Ramadan - Letak sasaran mahu kualiti Ramadan bagaimana tahun ini. Adakah sama seperti tahun sebelumnya atau lebih baik?

Jom pujuk hati kita, buat persediaan bersungguh-sungguh bertemu Ramadan.

‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Sya'ban & sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan"

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...