Friday, November 10, 2023

BESERHANA KETIKA MAKAN

".... dan makanlah dan minumlah. Janganlah kamu melampau-lam pau.Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas....."

Surah al-A'raf,ayat 31.

Sabda Rasulullah SAW;

"Sudah berlebih-lebihan apabila engkau makan semua yang engkau mahukan"

"Makanlah ketika lapar dan ber hentilah sebelum kenyang"

"Orang yang paling disukai Allah diantara kalian adalah mereka yang sedikit makannya dan paling ringan badannya" - diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.

"Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan sekadar bagi menegakkan badannya.Sekiranya nafsunya masih mendorongnya makan lebih dari itu,perlu ia mengisi satu pertiga perutnya dengan makanan,satu pertiga dengan minuman dan satu pertiga lagi baginya bernafas.Makanan satu orang cukup bagi dua orang.Makanan dua orang cukup bagi empat orang.Makanan empat orang cukup bagi lapan orang makan" - diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Pesanan Saidina Umar Ibn Khattab RA;
"Jauhilah sikap rakus dalam makan kerana perbuatan itu merosakkan tubuh,mengundang penyakit dan membuatkan kita malas mengerjakan solat.Kamu perlu bersikap sederhana kerana ini adalah lebih baik bagi tubuh.JAUHILAH DIRI DARI SIKAP BERLEBIHAN KERANA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG YANG ALIM TETAPI GENDUT" - diriwayatkan oleh Abu Nuaim

No comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1455H