Friday, July 8, 2022

SEJARAH BIR ALI

(kalau kita singgah di Bir Ali,, ingatkan bahawa empunya Nama inilah yang Syahid Mati dibunuh oleh British)
Inilah Tempat Miqat yang jemaah Umrah pasti tidak asing bagi mereka...
Abyar Ali Atau Bir Ali
(Telaga Ali)
Nama ini diambil dari nama Al Marhum sultan Ali Dinar Rahimahullah,,,
Beliau merupakan sultan terakhir bagi kerajaan Sultanah Darfur al islamiah saat itu..
(Darfur saat ini merupakan Salah sebuah wilayah di Sudan)
Beliaulah yang menyarungkan Kaabah dengan kain kiswah yang diperbuat dari sutera..
Pada Saat negara ummat islam yang lain tidak mampu untuk melakukannya...
Beliau mengutuskan setiap tahun kain kiswah untuk disarungkan pada kaabah selama 20 tahun lamanya..
Bahkan lebih dari tu
Beliau juga yang mengarahkan agar digali sebuah telaga Air buat kegunaan jemaah haji dan Umrah di Bir Ali...
Apabila telaga itu digali dan dimanfaatkan oleh ummat islam.
lalu ummat islam meletakkan pada telaga itu dengan namanya....
Dan sehingga kini kekal namanya disebut sebut Oleh jemaah haji dan umrah..
Miqat Bir Ali
Al Marhum Ali dinar memerintah dengan adil....
Beliau dapat membasmi kemiskinan rakyatnya...
Seluruh rakyatnya memiliki tanah dan binatang ternakan....
Saat itu zakat negaranya disumbangkan kebarat dan ke timur.
Dikatakan negara pimpinannya di Darfur ukurannya sebesar bumi perancis saat ini sebelum datangnya penjajah British...
Apabila Datangnya British..
Habis dicuri segala khazanah yang terdapat dalam negaranya....
Dipendekkan cerita.
Akhir sekali beliau Syahid pada saat menentang penjajah British dalam peristiwa perang Barangay
Iaitu 6 November 1916,,
Ketika itu British dapat Mengenal pasti titik lokasi al Marhum Sultan Ali Dinar,,,
Lalu diserang menggunakan pesawat tempur,,,
Maka gugurlah beliau syahid mempertahankan tanah airnya dari penjajah British....
Semoga Allah merahmati beliau dan golongkan ia dalam golongan orang soleh
Amin..

No comments:

Post a Comment

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR)

KITAB MAALIMUL ABRAR (PANDUAN AMALAN GOLONGAN ABRAR) Penyusun/Penerbit : Cikgu Sukarno bin Abdul Hamid Edisi terakhir : Oktober,2020 : RM90....