Inilah peta
Negara Uzbekistan.Nama resminya Republik Uzbekistan,negara di Asia Tengah yang
sebelumnya merupakan bagian dari Uni Soviet. Negara dengan wilayah yang
terkurung daratan ini bersempadanan dengan Kazakhstan di sebelah barat dan
utara; Kirgizstan dan Tajikistan di timur; dan Afganistan dan Turkmenistan di
selatan. Bahasa resmi satu-satunya adalah bahasa Uzbek, sebuah bahasa Turkik,
tetapi bahasa Rusia tetap dipergunakan secara luas, sisa peninggalan
pemerintahan Soviet.
Pada awal pembebasan dari cengkaman Rusia,ibu negara Uzbekistan adalah Samarqand tetapi pada tahun 1930 ibu negara Uzbekistan dipindahkan ke Tashkant.Samarqand adalah bandar bersejarah dan padanya terakam kisah sejarah Islam yang melibatkan Iskandar Zulqarnain dan Genghis Khan (puak Monggol).Bandar inilah yang melahirkan seorang tokoh sufi iaitu Imam Nasr bin Muhammad Abu al-Laith Samarqandi @ Abu Laith as-Samarqandi.
Pagi ini aku teruja dengan nama ini kerana kisah hidupnya yang membuktikan bahawa USIA BUKANLAH BATASAN UNTUK KITA MENDALAMI ILMU ALLAH SWT.
Kenapa dikatakan begitu ???
Tahukah anda bahawa Abu Laith as-Samarqandi ini pada zaman muda belianya beliau tidak tahu pun membaca AlQuran tetapi disekitar usia 50an barulah beliau mula belajar dan pada usia 57 tahun beliau telah berjaya menguasai Bahasa Arab dan Al-Quran.Seterusnya beliau mula mewariskan ilmu yang ada padanya melalui penulisan.
Yang terkenal sekali ialah Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang Yang Lupa)
Kenapa dikatakan begitu ???
Tahukah anda bahawa Abu Laith as-Samarqandi ini pada zaman muda belianya beliau tidak tahu pun membaca AlQuran tetapi disekitar usia 50an barulah beliau mula belajar dan pada usia 57 tahun beliau telah berjaya menguasai Bahasa Arab dan Al-Quran.Seterusnya beliau mula mewariskan ilmu yang ada padanya melalui penulisan.
Yang terkenal sekali ialah Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang Yang Lupa)
TANBIHUL GHAFILIN : ABU LAITS AS-SAMARQANDI
PENTERJEMAH : H. SALIM BAHREISY
Apa yang nak aku sampaikan kat sini ialah jika Abu Laith as-Samarqandi boleh melakukannya mengapa kita tak boleh ? atau ayat yang lebih tepat ialah jika Abu Laith as-Samarqandi boleh melakukannya mengapa aku tak boleh? Mengapa?
Ini cabaran untuk diriku sendiri di usia ku 62 tahun 8 bulan @ 23 September,2023M / 7 Rabiul Awal 1445H ini!
Belum TERLAMBAT selagi tubuh ini BERNAFAS
Beliau dah buktikan bahawa usia bukanlah batasan @ penghalang untuk berusaha meletakkan diri beliau dalam senarai pilihan Allah SWT sebagai `pencinta ilmu Nya', Insha Allah!
Ilmu Allah SWT itu mahal harganya kerana ianya merangkumi 2 alam iaitu alam dunia dan alam akhirat.Sebanyak mana kita diberi Allah SWT itu ilmu23 berkadar terus dengan usaha dan iltizam serta niat kita mencari dan mempelajarinya.Jika kita tekun dan gigih,kita akan dikurniakan Nya ilmu yang mahal-mahal harganya seperti mana yang ada pada ulamak-ulamak muktabar.
Di usia senja sebegini aku bertekad mahu menjana minda daie dengan menjadikan Abu Laith as-Samarqandi sebagai idola @ ikon dalam usaha ku memeta sisa-sisa perjalanan hidup yang masih berbaki ini agar berupaya menggapai HUSNUL KHATIMAH, Amin!.
Nota : Diriwayatkan Imam al-Ghazali lahir pada tahun 450H dan wafat pada tahun 505H manakala Abu Laits as-Samarqandi wafat pada tahun 375H - maknanya era Abu Laits as-Samarqandi mendahului era Imam al-Ghazali.
No comments:
Post a Comment