Thursday, March 24, 2022

SELAWAT TAFRIJIYAH


Amalkan membaca Selawat Tafrijiyah sebagai salah satu usaha keluar dari masalah


Sesiapa yang rajin mengamalkan Selawat Tafrijiyah, in sha Allah rezeki takkan putus, dan semua mas4lah  akan terungkai.

Begitu juga yang sedang sakit dan yang mempunyai sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.

Makna:

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kem4tian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.

(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.)

Antara kebaikan lain selawat ini

  • Allah akan melenyapkan kes3dihan, kesvlitan serta bah4ya yang menimpa dirinya.
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • Pendapatnya diterima ramai
  • Dilindungi daripada segala benc4na dan malap3taka.
  • Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  • Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari selepas setiap solat lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  • Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang benc4na.
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Sabda Nabii SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.

– Surah al-Ahzab ayat 56

Semoga panduan ini memberi manfaat.

Sumber : Lubuk Maklumat Press



Kelebihan Selawat Tafrijiyah
Antaranya:-
1. Allah akan melenyapkan bahaya, kesukaran, serta kesedihan yang menimpa dirinya.
2. Dipermudahkan segala urusan hidup.
3. Dipermudahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
4. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
5. Dilindungi daripada segala bencana.
6. Apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
7. Pandangan dan pendapatnya mudah diterima ramai.
8. Diri senangi oleh orang ramai..
Jom same2 amalkan semoga ape yg Kita hajatkan tercapai😘

No comments:

Post a Comment