Untuk semua umat manusia di Malaysia khasnya, satu fenomena alam cerkerwala di langit akan berlaku di obit dunia. Para saintis dunia dan pakar astronomy melaporkan, Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi. fenomena Ini berlaku selepas 18 tahun berlalu.
Bulan menghampiri bumi berlaku pada hari Sabtu malam Ahad bersamaan 19 March 2011 atau 15 Rabiul Akhir 1432H. Bulan akan berada di obit bumi 356,700km.
Jarak sebenar bulan dengan bumi ialah 406,300km. Pada malam tersebut bulan nampak besr dan terang benderang. ( bergantung pada cuaca pada malam tersebut).
Fenomena bulan semakin menghampiri bumi, saintis dunia meramalkan keadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal.
Malah santis dan ahli astronomy meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar diramal.
FIKIR FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DIDUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.
Terbaru gempa bumi berskala 9.0 megatidu sehingga berlaku tsunami di Jepun. Lihatlah dengan matahati jangan lihat dengan mata.
(sumber berita dipetik Nasa/makalah@journal astronomy/saintis dunia dan akbar malaysia).
Tsunami dan tragedi Di Jepun Peringatan Dari Allah! "Kematian dan kemusnahan melahirkan rasa insaf kepada manusia yang masih hidup. Sesungguhnya manusia, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Anas menyatakan anak Adam itu akhirnya akan tua, tetapi ada dua perkara yang kekal, iaitu nafsu dan kehendak yang keras. Dalam sebuah hadis dari Abu Darda' pula dinyatakan bahawa sekiranya tidak ada tiga perkara, tidak ada anak Adam yang akan menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan kematian. Di sebalik tiga perkara itu ada balasan ataupun hikmahnya. Kematian dan kemusnahan sewajarnya menjadi renungan kepada manusia yang masih hidup. Setiap orang perlu mengambil iktibar daripadanya. Rasulullah menyuruh agar setiap orang yang beriman itu menziarahi kubur-kubur. Dengan berbuat demikian, ia akan memberi peringatan akan kehidupan di akhirat. Baginda juga menyuruh agar setiap orang itu mengendalikan mayat, mandi, mengkafan dan juga mengurus jenazah di kubur, kerana sesungguhnya mengurus jasad orang yang mati itu merupakan nasihat atau peringatan yang mendalam. Sembahyangkan jenazah kerana dengan berbuat demikian ia akan melahirkan rasa insaf diri. Orang yang sedih itu sentiasa dalam naungan Allah dan akan memperoleh kebajikan. Memikiri tentang kematian dan kemusnahan itu melahirkan rasa insaf diri. Membuktikan bahawa setiap yang hidup itu akan musnah dan mati. Hanya masa sahaja yang menentukan. Setiap sesuatu yang berada di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya zat Allah, Yang Maha Agung lagi Mulia (ar-Rahman: 26). Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, biarpun kamu berada dalam benteng yang kuat dan begitu kukuh. (An-Nisa': 78). Hasil daripada pemerhati kemusnahan dan kematian, apatah lagi dengan merenung kemusnahan tsunami baru-baru ini manusia yang berakal dan berupaya menggunakannya untuk berfikir akan mengingsafi bahawa Allah itu adalah zat yang agung lagi perkasa yang tidak ditandingi oleh sesuatu, Dialah Pencipta yang menghidupkan lagi mematikan. Urusan Allah itu, apabila Ia hendak sesuatu itu berlaku, Ia memerintahkan dengan firmannya: Jadilah! Maka akan berlakulah. Dalam keadaan seumpama ini, setiap orang perlu sentiasa berwaspada, bahawa semuanya boleh berlaku di luar dugaan atau jangkaan manusia. http://waksab.blogspot.com/
Di Jepun, Trauma dengan Tsunami dan Nuklear, Di Jeddah Pula Trauma dengan Hujan!
Ruangan Editorial Arab News melahirkan rasa janggal apa yang berlaku di Jeddah. Setiap kali ada ramalan hujan semua aktiviti ekonomi tergendala kerana bukan sahaja sekolah bahkan bank, pejabat telah diminta kakitangannya supaya pulang.
Setelah berlaku banjir besar pada 25 November 2009 dan kemudian berlaku lagi pada 26 Jan 2011, setiap warga Arab mempunyai alasan untuk takut. Mereka tahu apa yang terjadi. Sebahagian besar bandar kelihatan seperti Bandar Sendai di Jepun yang terkena tsunami.Bangunan hancur, jalanraya runtuh, ribuan kereta hanyut dan rosak dan ratusan dilaporkan hilang.
Orang-orang tahu bahawa bandar ini tidak mempunyai saluran air yang teratur, walaupun telah digantikan dengan longkang2 yang besar. Bagaimanapun masih tidak dapat menampung keperluan air hujan yang banyak. Ini adalah akibat dari tangan2 perbuatan manusia yang melakukan pembangunan dengan menyekat wadi yang dapat menyalurkan air hujan yang begitu lebat. Mereka tahu bahawa ketika hujan lebat, bandar ini kembali akan berada di bawah air.
Apakah yang menghairankan, dalam keadaan demikian penduduk Jeddah. Mereka tahu bahawa keadaan cuaca boleh berubah. Mungkin peramal membuat ramalan yang silap, tapi tiada seorang pun berani membantah. Setiap kali hujan lebat diramal, orang akan menjaga anak-anak mereka di rumah, mereka tidak akan pergi bekerja.
Keadaan ini menyebabkan Jeddah menjadi bandar yang mungkin akan lumpuh, setiap kali berlakunya hujan. Penduduk lebih rela menunggu untuk melihat apakah ada bencana lain yang menimpa bandar itu setiap kali ramalan hujan tersiar.
Posted by aby4466 at 3/17/2011 09:30:00 AM
No comments:
Post a Comment