Monday, July 31, 2023

Don't Cry Joni (1975) Conway Twitty & Joni Lee Jenkins

AGONGNYA KASIH MU YA RASULULLAH - JOM LAZIMI SOLAWAT

KELEBIHAN MEMBACA / MENGAJI AL QURAN

Al-Quran adalah satu mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat islam di muka bumi ini. Ia merupakan sehebat-hebat anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya. Al-Quran itu mukjizat yang terdapat padanya kebenaran yang abadi lagi hakiki.

Al-Quran merupakan wahyu dan kitab suci yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS. Ia adalah kitab yang sesuai pada setiap zaman mahupun generasi. Hingga ke hari ini, Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan setiap manusia.

Sebagai umat Islam kita perlu membaca dan mempelajari Al-Quran. 

Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai peluang untuk belajar Al-Quran sebelum ini, masih belum terlambat untuk mula belajar mengaji dari sekarang. Tambahan pula, pada waktu ini ada banyak kelas mengaji Al-Quran dewasa mula diwujudkan di negara kita. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuang sikap malu dalam diri dan mula wujudkan keinginan untuk belajar mengaji. Lagipun, ada beberapa kelebihan mengaji Al-Quran yang wajib anda tahu sebagai umat Islam. Antaranya ialah:


#1 Mukjizat Yang Paling Agung

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan bagi menyelesaikan segala permasalahan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan cahaya, hidayah dan zikir-zikir serta panduan. Sebagai kitab wahyu yang tiada tolok bandingnya, maka wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk menjaga serta memeliharanya supaya Al-Quran sentiasa kekal terpelihara kemuliaannya. Bahkan ianya juga perlu dibaca dan difahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9:

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.”

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca Al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah SAW bersabda:

“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan yang baik.” Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, lalu Baginda SAW bersabda, “Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat.” 

Justeru itu, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah, kita wajib mempelajarinya. Ia adalah benteng perisai bagi orang yang beriman dan menjadikan diri lebih mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.


#2 Bacaan Menjadi Semakin Lancar

Bagi yang sebelum ini mungkin tidak tahu dan tidak pernah mengaji Al-Quran, dengan mula belajar mengaji, ia menjadikan bacaan Al-Quran kita menjadi semakin lancar dan tidak lagi merangkak-rangkak seperti sebelum ini. Bukan itu sahaja, dengan belajar mengaji juga, kita dapat mengetahui hukum tajwid dan cara bacaan yang betul. Ia sekaligus dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan sewaktu membacanya nanti.

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. 

(Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)


#3 Mendapat Pahala

Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kelebihan mengaji Al-Quran ini sungguh tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingatiku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas maklukNya. 

Dalam satu hadith lain yang bermaksud: 

“Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.”

Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (Alif, Lam, Mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” 

(Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: 

“Barangsiapa membaca Al-Quran maka mereka akan dinaikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja.” 

Muka pembaca Al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.


#4 Menenangkan Akal Fikiran

Setiap manusia pasti dan pasti tidak akan lari daripada pelbagai masalah kehidupan. Maka, sandarkan segalanya kepada Dia yang mencipta masalah tersebut. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Rad ayat 28,

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ 

Maksudnya: 

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

Sesungguhnya setiap apa yang diuji itu datang daripada Allah SWT. Maka, berdasarkan ayat ini juga Allah mahu mendidik hambaNya untuk sentiasa mengingati Allah walaupun dalam keadaan susah mahupun senang, gembira mahupun lalai. Tidak ada yang boleh keluarkan kita daripada masalah melainkan yang menguji kita dengan masalah iaitu Allah SWT. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik penolong.


#5 Mendapat Ganjaran Yang Tinggi

Nabi Muhammad SAW sendiri amat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan tersebut boleh memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, bahawa  Rasulullah SAW bersabda.

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya:

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas memerintahkan kepada kita supaya sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama harian kita. Ini kerana, sekiranya kita membaca, beramal serta berpegang teguh selalu dengannya di dunia, maka nescaya kelak ia akan menjadi sebagai sahabat dan penolong (syafaat)  kita di akhirat.  

Untuk mendapatkan syafaat tersebut, maka seseorang itu perlulah sentiasa berdamping dan memiliki hati yang terikat kuat dengan Al-Quran. Menjadikan ia sebagai panduan utama dalam hidup dan mengamalkan segala isi kandungannya yang tersirat mahupun tersirat tanpa ada ragu dan syak wasangka dengannya. 

Sebagai Umat Islam, Kita Wajib Belajar Mengaji Al-Quran Walaupun Sudah Berumur.

Usia bukan penghalang untuk kita terus belajar ilmu Al-Quran. Walaupun sudah dewasa, ia tidak bermakna kita sudah terlambat untuk mempelajarinya. Sebaliknya, ia adalah peluang buat kita untuk belajar mengaji supaya menjadi lebih mahir dan lancar. Justeru itu, sebelum terlambat, rebutlah kelebihan mengaji Al-Quran dan gunalah peluang yang ada untuk mula belajar mengaji di kelas mengaji dewasa yang terdapat dalam negara kita. 

NOKTAH KEHIDUPAN

ANTARA AMALAN YANG MENYELAMATKAN DARI AZAB KUBUR

Sunday, July 30, 2023

KEMATIAN YANG DICEMBURUI - KETIKA SEDANG MEMBERI KULIAH SUBUH


Pensyarah USIM Dr Mohd Sobri bin Awang meninggal dunia ketika sedang memberi kuliah subuh bertajuk “ Hari Mahsyar” di Surau Al Ittihadiyyah Seksyen 9 Shah Alam.
Semoga merahmati Al Marhum dan ditempatkan Rohnya bersama dengan roh orang-orang yang soleh Insyaallah… Aminnnnn.
الفاتحة الى الروح المرحوم

***********************************************************************

Al-Marhum Dr Soberi Awang: Tafsir al-Jalalain dan Syazzal Urfi fi Fanni As-Sorfi.
Secara jujur, saya tak pernah menjadi murid formal kepda al-marhum Dr Soberi Awang. Saya pelajar jurusan undang-undang & syariah, al-marhum pula mengajar kebanyakkannya pelajar jurusan fiqh & fatwa.
Tahun 2017 al-marhum masuk mengajar di Fakulti Syariah & Undang-undang, USIM. Ketika itu saya turut sama mengatur dan menguruskan program Talaqqi Rabu bersama pensyarah-pensyarah USIM di FSU. Suatu hari, saya dimaklumkan bahawa ada seorang pensyarah menyertai kelas tersebut tetapi hanya dari luar. Saya tanya, pensyarah mana? Kata sahabat saya, pensyarah baru nama Dr Soberi.
Masa berlalu beberapa minggu, sehingga saya sendiri bertemu dengan Dr Soberi. Perbualan pertama kami adalah berkenaan ilmu dan pembacaan kitab. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, saya menyatakan hasrat untuk meminta Dr Soberi turut sama membaca kitab pada kelas Talaqqi Rabu. Namun beliau dengan kerendahan diri menyatakan beliau segan dan tidak mahu membebani pelajar lain. Saya tidak melanjutkan permintaan tersebut kerana faham dan hormat.
Selang seminggu saya bertemu lagi Dr Soberi. Beliau bercerita tentang tafsir al-jalalain. Saya menelan liur, tak berani lagi memohon untuk menjadi muridnya. Namun, saya minta seorang kenalan untuk pujuk Dr Soberi sehingga bermulalah kelas tafsir al-jalalain di bilik beliau. Setiap lepas asar hari rabu, bilik beliau akan dipenuhi kami berlima untuk kelas Jalalain sehingga maghrib.
Dr Soberi tak akan mengajar banyak, sekadar setengah muka surat sekali pertemuan. Namun apa yang kami dapat, lebih dari setengah muka surat tersebut.
Selang beberapa pertemuan, Dr Soberi menyatakan bahawa rugi belajar tafsir sahaja, ada baiknya ditambah dengan ilmu nahu dan sorof juga. Lalu beliau cadangkan untuk baca Syazzal Urfi Fi Fannis Sorfi. Namun untuk kitab ini, tak sempat kami lalu banyak bab kerana pada waktu itu kami tiada kitab dan tiada wang untuk membeli kitab. Setelah kami semua ada kitab, barulah Dr Soberi mulai baca kitab tersebut.
Dari kelas khusus di bilik beliau, Dr Soberi maklumkan dia akan mengajar di Talaqqi Rabu juga kerana ada keperluan untuk orang lain juga belajar sama. Jadi kami teruskan pembelajaran dan teruskan juga menguruskan kelas-kelas beliau sehinggalah akhirnya semua daripada kami bergraduasi.
Kami sempat menghabiskan 3/4 juzuk 30 di dalam Tafsir Al-Jalalain, manakala untuk sorof pembelajaran terhenti di bilik beliau sahaja mengenangkan hadirin Talaqqi Rabu pada waktu itu kurang pendedahan kepada Ilmu Sorof untuk memungkinkan pembacaan kitab Syazzal Urfi tersebut difahami ramai.
Begitulah cerita saya dengan al-marhum Dr Soberi. Beliau orang yang suka bercerita dan mempunyai ilmu yang cukup dahsyat. Beliau orang yang berkelana mencari ilmu ke pelusuk dunia.
Kali terakhir saya berziarah kepada al-marhum adalah pada awal tahun ini di USIM. Beliau bertanyakan tentang kehidupan, saya menyatakan tentang kerisauan hidup berkeluarga. Beliau berpesan agar banyakkan membaca al-quran dan sentiasa ikhlas dalam perbuatan.
Setelah itu kami berpamitan, dan pamitan itulah yang terakhir bagi kami. Hari ini khabar tentang pengakhiran hayatnya yang mulia meruntun jiwa saya. Saya menjadi saksi kemuliaan dan kesungguhan al-marhum di dalam lapangan ilmu ini.
Semoga beliau diampunkan segala kesilapan dan ditempatkan di tempat yang
terbaik
bersama para rasul, nabi dan orang-orang yang mulia.

Al-Fatihah.

Edit :
Antara murid awal di bilik al marhum adalah Sidi Farid Wajdi, Sidi Luqman Hamzah & baba Wan Hafizuddin

Sumber : Basyīr Latīf

BILA NAK BERTAUBAT ???

Saturday, July 22, 2023

 hari ni usia dah 62.5 usia ku.Dah begitu jauh dan panjang perjalanan ku di dunia ini.Dah semakin hampir dengan titik penamatnya.Aduhaiiiii

Sebagai manusia biasa yang jahi dan lemah pastinya terkumpul begitu banyak dosa-dosa yang dirangkul dikumpul di sepanjang masa perjalanan itu.Pastinya sarat dengan dosa kecil dosa besar yang tanpa sengaja berlaku.Aduhaiii

Baki usia yang masih ada tetap rahsia Allah swt.Entah sebanyak mana yang masih ada sisanya.Namun yang pasti akan semakin mendikit seiring upaya juga semakin minima.

Mampukah aku untuk memaksimakan ibadah dikala upaya semakin minima ini?

Ibadah solat ku masih tak setimpal/tak seimbang dengan tahap usia ku.Masih ada lompang-lompangnya di sana sini,Masih tak memahami erti bacaandi dalam solat apatah lagi menggapai tahap kusyuk. 

Mengapa diwajibkan solat 5 kali sehari - Maghrib,Isya,Subu,Zohor dan Asar?

Syeikh Abdul Rahman Boti,Ulamak dari Syiria -Pencipta kita Allah swt amat rindukan hamba ciptaannya @ kita.Allah nak kita datang selalu bertemu Dia,Dimana? Di rumah Dia iaitu Masjid.

Allah swt wakilkan kepada Muazzin untuk azan memanggil hamba-hanmba NYA utuk datang bertemua DIA di masjid ... 5 kali dalam sehari.Waktu-waktu yang agak sukar untuk hamba NYA datang - Isya,Subuh dan Asar,dikurniakannya ganjaran pahala yang lebih berbanding Maghrib dan Zohor.

Persoalannya adakah respon kita setimpal dengan kerinduan dan kasih sayang Al Khalik itu? Kita abaikan saja laungan azan Muazzin - lebih suka solat sendiri malah ada yang tak solat pun.

Persoalan berikutnya ialah di kalangan yang rutin solatnya terjaga.Solat wajib dan solat sunat terjaga tidak culas walau satu waktu pun.

Pernah tak terfikir adakah solat kita ini terjaga sejak kita akil baligh sehinggalah ke detik ini? Jika tidak ertinya sedikit sebanyak ada yang telah ada yang kita culas.Telah ada waktu-waktu solat yang kita tak solat.Telah ada hutang solat kita dengan Allah swt.Hutang solat wajib di qada'

Qada' kan dulu solat-solat yang terhutang itu seiring dengan gahirahnya kita melakukan solat sunat waima solat malam @ tahajjud.

(Jika ada sesiapa pun yang mengatakan tak perlu qada' cukuplah sekadar istighfar berdoa minta ampun sahaja - orang itu berfahaman Wahabi)

Dah azan tu,yuk kita ke masjid - solat berjemaah!

Sunday, July 2, 2023

"KETIKA REZEKIMU HABIS, MAKA AJAL MU PUN TIBA"

Jangan perdulikan jasadmu yang akan busuk dan hancur !
Kaum muslimin akan melaksanakan kewajiban mereka;
1. Memandikan mu
2. Mengkafani mu
3. Menyalati mu
4. Menguburkan mu
Yakinlah bahwa,

Dunia tidak akan sedih kerana kematian mu
Alam semesta tidak berduka atas kepemergian mu
Segala sesuatu akan berjalan seperti biasa dan tidak berubah dengan ketiadaan mu
Perekonomian akan terus berputar
Pekerjaan mu akan diganti oleh orang lain
Harta mu akan berpindah hak secara halal kepada ahli waris
Sementara kamu akan dihisab atas segala sesuatu hinggakan perkara-perkara yang besarkan dan perkara-perkara yang kecil

Yang pertama lepas dari mu adalah nama mu..
Saat kamu meninggal dunia - orang-orang bertanya - ​​Dimana mayatnya dikebumikan?​​
Mereka tidak lagimemanggil mu dengan namamu apatah lagi pangkat gelaran kebesaran mu. Namamu telah tinggal kenangan belaka.
Ketika mereka akan menshalati, mereka berkata - ​​Bawa sini jenazahnya!
Mereka tidak lagi menyebutkan namamu. - Betapa cepat namamu hilang berlalu saja​
Ketika mereka akan menguburkan mu, mereka berkata - ​Dekatkan mayatnya!​ tanpa menyebutkan namamu
Karena itu
Janganlah tertipu oleh kehormatan, status sosial dan kelebihan kelompokmu
Jangan terperdaya oleh kedudukan, jabatan dan nasab keturunanmu

Alangkah hinanya dunia ini... dan betapa besar apa yang akan kita hadapi berikutnya

3 macam kesedihan orang atas kepergian mu :

1.Orang yang mengenal mu sepintas akan mengatakan: ​​Kasihan!
2.Teman dan sahabat mu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka kembali pada rutinitas dan canda tawa mereka.
3.Kesedihan mendalam di rumah.Keluargamu akan bersedih sebulan,dua bulan atau hingga satu tahun kemudian mereka akan meletakkanmu dalam album kenangan...
Demikianlah.

Kisah mu di antara manusia telah berakhir
Anda hanya tinggal ​album kenangan
Kisah mu yang sebenarnya baru dimulai bersama sesuatu yang nyata, iaitu; Alam Akhirat​"
2 alam telah pun dilalui dan 2 alam lagi menanti dan setiap alam tersebut lebih sukar dari yang sebelumnya sehinggalah bertemu akhirnya iaitu syurga atau neraka

1. Alam Rahim
2. Alam Dunia
3. Alam Barzah
4. Alam Akhirat
Syurga / Neraka

Telah lepas darimu :
1.Ketampanan/Kecantikan
2.Harta, Rumah
3.Kedudukan/Jabatan
4.Anak
5.Istri/Suami

Kehidupan yang sesungguhnya baru bermula
Apa yang dilakukan di dunia akan dipertanggungjawabkan.Koleksi wang atau harta benda dan barang kemas yang dikumpulkan secara haram @ rasuah akan dinikmati oleh ahli waris di dunia sedangkan kamu akan di soalsiasat dan disiksa.
Pertanyaannya sekarang adalah;
​Apa yang telah Anda siapkan untuk kubur dan akhirat mu?
Ini adalah kenyataan yang akan terjadi dan perlu direnungkan
​Check ibadahmu,yang wajib dan yang sunnah​...
​Check Amal shaleh dan Sedekah​ mu...
​Check perilaku dan tingkah laku mu...
​Semoga kita semua menyiapkan bekal utk kehidupan yg kekal semoga selamat di akhirat
Allah berfirman;
(وذكّر فإن الذكرى تنفعُ المؤمنين)
"Dan berilah peringatan! karena peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman"
Kenapa mayat memilih "Sedekah"​ jika kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah;
رب لولا أخرتني إلى أجل قريب: فأصدق
"Ya Allah! jika Engkau tunda ajalku sebentar saja, niscaya aku akan bersedekah"​
Mereka tidak mengatakan:
➡ Niscaya Aku akan Haji/Umrah..
➡ Niscaya Aku akan Shalat..
➡ Niscaya Aku akan Puasa..
Para ulama menjelaskan : "mayat hanya mengatakan "SEDEKAH" karena dia melihat dampak sedekah yang sangat besar setelah kematian"
Maka ​perbanyaklah sedekah dengan niat karena Allah, Aamiin Ya Rabb

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Ya Allah...
✅ Muliakanlah orang yang membaca dan membagikan maklumat ini
✅ Permudahkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✅ Lapangkanlah hatinya dan bahagiakanlah keluarganya
✅ Luaskan rezekinya seluas lautan
✅ Mudahkan segala urusannya
✅ Kabulkan cita-citanya
✅ Jauhkan dari segala musibah
✅ Jauhkan dari segala penyakit,fitnah,prasangka keji,berkata kasar dan mungkar dan Amiin Ya
Rabb

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...