Thursday, July 28, 2022

SAKITNYA MELAHIRKAN - JASA IBU

LELAKI KENA TAHU..
Sesungguhnya, sakit nak melahirkan anak ada 3 fasa:
Fasa 1: sakit contraction
Fasa 2: sakit masa meneran
Fasa 3: sakit masa kena jahit
.
Tapi, tetap perempuan willing untuk melahirkan anak lagi, dan lagi. So, please.. Hargailah isteri anda.. (Ni kalau beranak and baby tak muat nak keluar then Dr kena potong sikit, after potong tu jahit balik lah. Tapi kalau normal beranak no need jahit macam ni). Mak aku beranak 7 kali.. semua normal Alhamdullillah.. aku ckp kat mak.."xnk anak ramai², sakit".. mak jwb.."Allah.. baru 3.. mak 7 org dah.." huhuhu.. Respect sgt!!

ALLAH MENYAYANGI HAMBA2 NYA YANG BERTAUBAT

MY LIFE FOR ALLAH : MIFTAHUR ASROR MALIK
PUSTAKA ILMUAN (2022) : RM30.00

ORANG YANG PERTAMA SOLAT

 ORANG PERTAMA SOLAT

Solat Subuh:
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun solat dua rakaat.
Rakaat pertama:
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Solat Zohor:
Orang yang pertama mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat:
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Solat Asar:
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:
Kelam dengan perut ikan Nun.
Solat Maghrib:
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
Solat Isyak:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu Nabi Musa a.s. telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu Nabi Musa a.s solat empat rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat pertama:
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:
Dukacita terhadap anak Firaun.
Semoga kita jadi orang yang tetap mendirikan solat.
Aamiin ♥️

DOA


 

KISAH NYATA

 *KISAH NYATA*

*Percakapan Pasien RS dengan Jururawat Pria (Bruder) di suatu RS*
*BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT SEMUA*
*Pasien:*
*"Abang Jururawat, seneng ya kerja di Rumah Sakit ? Sdh lama ya kerja di sini ?"*
*Jururawat:"Lumayanlah, ada suka-dukanya. Tapi, selama 5 th kerja di sini, banyak dpt pengalaman yg sangat berkesan, yg orang luar sana tidak akan mengetahuinya".*
*Pasien:*
*"Apa yg menyenangkan? Perawat-perawatnya (Suster-susternya) cantik-cantik ya?" *
*Jururawat:*
*"Bukan. Itu biasa saja. Ada lagi yg lebih mengesankan".*
*Pasien:*
*"Wah, apa itu?"*
*Jururawat:*
*"Di sini setiap hari saya melihat pasien meninggal dunia. Kerja saya ngurusi kencing & kotoran mereka, bersihkan mereka sampai ke urusan jenazah."*
*"Apa yg saya lihat sepanjang saya bekerja di RS ini, betapa ramainya di antara mereka, baik yg sdh meninggal...maupun sebelum meninggal, yaitu meminta-minta apakah ada dari keluarga ahli waris atau jururawat yg bawa kitab al-Qur'an ?"*
*"Ada yg tidak bisa baca al-Qur'an, ada yg nyuruh kami membacakannya. Ada juga yg tidak sempat sentuh al-Qur'an, tidak sempat membaca al-Qur'an namun Allah telah mengambil nyawanya."*
*"Saat dibacakan al-Qur'an, mereka berlinangan air mata"*.
*"Saya lihat betapa orang-orang yg berada di saat2 akhir kehidupannya, sebagian besar ingin sekali menyentuh al-Qur'an. Kalau bisa, maunya mati dg memeluk al-Qur'an. Pengalaman-pengalaman yg saya lalui di sini, membuat hati ini insaf, sadar, tentang satu hal yg sangat penting."*
*Pasien:*
*"Hmm, apa itu?"*
*Jururawat:*
*"Apa yg kita biasa pegang ketika kita masih sehat, apa yg biasa kita baca dan belai ketika masih hidup......itu jualah yg kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat kita."*
*"Jika kita selalu pegang handphone di setiap waktu ...sholat tidak tepat waktu ... sepanjang waktu memegang HP dan sibuk dg gadget..... maka mungkin pula di akhir hayat kita nanti...itu pula yg akan kita kerjakan*.
*Dapatkah kita sentuh dan pegang al-Qur'an? Sedangkan tangan kita tidak biasa memegang al-Qur"an, sehari sekali pun susah kita membuka al-Qur'an, apalagi membaca atau mentadabburinya...Yaa..Allah... Yaa Rahman ... Yaa Rahim..*
*Sungguh, kita sdh tidak akan perlu handphone atau gadget lagi di akhir nyawa kita.....kita sangat memerlukan al-Qur'an.... Barulah kita sadar saat itu, bhw waktu yg kita miliki selama ini sdh terbuang sia-sia begitu saja......Yaa Allah, ampunilah aku*..."
*Pasien (meneteskan air mata..) dan kmd berkata:*
*"Mas Jururawat tolong bacakan saya al-Qur'an...saya tidak bisa membaca al-Qur'an..saya buta tajwid..."*
*Jururawat itu tersenyum, kmd dikeluarkannya al-Qur'an mini dari dlm saku / kantong bajunya, lalu dia membacakannya kepada pasien tsb*
*✔Hampir 9 dari 10 pasien yg beragama Islam, yg berada di Rumah Sakit itu kebanyakannya memperlihatkan wajah penuh kesedihan serta menyesal, menyesal & menyesal tidak mengambil kesempatan untuk membaca al Qur'an di saat sehat & lapang ?*
*✔Wajah-wajah ketakutan & seram, bila sdh ambang maut, bila maut sdh mendekati ? Naudzubillahi minzalik*
*Saya sbg penulis KISAH ini tersadar pula akan waktu yg sdh tersia-siakan. Juga bagi pembaca yg membaca postingan ini, belum terlambat dan pintu taubat masih terbuka luas untuk kita memuliakannya (al Qur'an, Hadist, dan waktu)... Insyaa Allah*
*Yg singkat itu, "WAKTU"*
*Yg menipu itu, "DUNIA"*
*Yg dekat itu, "KEMATIAN"*
*Yg besar itu, "HAWA NAFSU"*
*Yg berat itu, "AMANAH"*
*Yg sulit itu, "IKHLAS"*
*Yang mudah itu, "BERBUAT DOSA"*
*Yg susah itu, "SABAR"*
*Yg senantiasa lupa itu, "BERSYUKUR"*
*Yg membakar amal itu, "MENGUMPAT"*
*Yg membawa ke neraka itu "LIDAH"*
*Yg berharga itu, "IMAN"*
*Yg menentramkan hati itu, "selalu mengingat Allah, berzikir, serta teman2 sejati yg senantiasa mengingatkan kita"*
*Yg ditunggu Allah Subhana Wa Ta'ala itu "TAUBAT"*
*Semoga bermanfaat, khususnya bagi saya pribadi..*
*Silahkan share sebanyak2nya, sebagai pengingat dan nasehat diri...*




MADU

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.
Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.
Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?
Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.
Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang
hebat
. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah
hebat
ciptaan Allah ini.
Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang
terbaik
saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?
Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.
“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”
Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda
Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.
1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.
Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.
Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.
Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.
2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.
3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.
Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.
Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.
4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.
Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.
Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.
Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.
Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit
1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.
2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.
2. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.
Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.
Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.
3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.
4. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.
Tip Ini Penting!
√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.
√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.
√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.
Jika Badan Panas
Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.
Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas
√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.
√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.
√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.
√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.
√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.
Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.
Kenali Dr Hisham Hashim
Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan Mufti Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.
Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.
Sumber/Foto/Video : Youtube Abu Khadijah Studio
Credit: MINGGUAN WANITA

 

ZIKIR FATIMAH

 


"Zikir Fatimah"
Zikir Fatimah ini adalah penawar mujarab untuk meredakan kepenatan dan kelelahan menghadapi bebanan tugasan harian.
Lumrah kehidupan wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menguruskan perihal rumahtangga, juga kerjaya yang kadang kala mendatangkan kepenatan dan tekanan.
Kebiasaan wanita akan melepaskan lelah dengan ber‘me time’ seperti pergi membeli belah, bercuti, mahupun juga melakukan hobi yang diminati.
Kisah puteri Nabi Muhammad SAW iaitu saidatina Fatimah yang mengadu kepenatan akibat bebanan kerja telah menyebaban beliau berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, baginda tidak dapat memenuhi permintaan puterinya itu.
Baginda SAW berkata,
'Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 33 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.'
- Hadis Riwayat Muslim, no: 4906 -
Semenjak daripada itu, Saidatina Fatimah tidak pernah meninggalkan zikir yang diajar oleh ayahnya.
Zikir Fatimah ini adalah penawar mujarab untuk meredakan kepenatan dan kelelahan menghadapi bebanan tugasan harian.
Marilah kita melazimi zikir ini dengan istiqomah, semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita dalam menyelesaikan tugasan harian dengan sabar dan berhemah.
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Kebaikan di amalkan setelah solat fardhu.
Barangsiapa mengucapkan zikir sesudah solat fardhunya,
"Subhanallah" (Maha Suci Allah) 33 kali,
"Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) 33 kali,
"Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) 33 kali lalu digenapkan yang keseratusnya dengan (membaca): "Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu lahulmulku
walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir" (Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah segala kekuasaan dan pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa) maka akan terampuni dosa-dosanya (walaupun) sebanyak buih di lautan.
- HR. Muslim -
Semoga tulisan ini dapat memberikan hikmah, baik kepada penyampai mahu pun kepada semua pembaca.
Marilah kita meningkatkan takwa kita, ibadah kita, dan amal kebajikan semata-mata keranaNya.
Alhamdulillah ♥️

Wednesday, July 27, 2022

LALAI

 Tanda-tanda lalai :

1 - Kurang membaca Al Quran.
2 - Kurang berzikir.
3 - Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat berjemaah.
4 - Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton televisyen.
5 - Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.
6 - Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, mudah stress.
7 - Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8 - Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.
9 - Tangguh untuk bertaubat.
10 - Malu untuk belajar agama.
11 - Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
"Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al Quran".
Akibat lalai :
1 - Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2 - 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3 - Hilang fokus dalam hidup.
4 - Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-sebab lalai :
1 - Mengulangi dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2 - Berkawan dengan orang yg lalai.
3 - Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh) pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4 - Tidak berzikir.
5 - Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh) berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan seumpamanya.
Cara-cara untuk mengatasi penyakit LALAI :
1 - Cari sahabat yang baik & soleh.
2 - Hadiri majlis ilmu.
3 - Bangun malam untuk solat tahajjud.
4 - Banyakkan zikir & taubat.
5 - Rajin baca quran.
6 - Bersangka baik pada orang lain.
7 - Pemaaf.
8 - Ingat mati.
9 - Kurangkan makan.
10 - Amalkan sunnah Nabi saw.
11 - Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Alhamdulillah ♥️

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...