Thursday, July 28, 2022

ORANG YANG PERTAMA SOLAT

 ORANG PERTAMA SOLAT

Solat Subuh:
Orang yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang di lihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun solat dua rakaat.
Rakaat pertama:
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Solat Zohor:
Orang yang pertama mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat:
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Solat Asar:
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s. di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:
Kelam dengan perut ikan Nun.
Solat Maghrib:
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa a.s. lalu solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
Solat Isyak:
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu Nabi Musa a.s. telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu Nabi Musa a.s solat empat rakaat sebagai tanda syukur.
Rakaat pertama:
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:
Dukacita terhadap anak Firaun.
Semoga kita jadi orang yang tetap mendirikan solat.
Aamiin ♥️

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...