Wednesday, July 27, 2022

LALAI

 Tanda-tanda lalai :

1 - Kurang membaca Al Quran.
2 - Kurang berzikir.
3 - Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat berjemaah.
4 - Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton televisyen.
5 - Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal sahaja.
6 - Sentiasa sibuk dengan urusan dunia, mudah stress.
7 - Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8 - Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.
9 - Tangguh untuk bertaubat.
10 - Malu untuk belajar agama.
11 - Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.
"Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al Quran".
Akibat lalai :
1 - Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2 - 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3 - Hilang fokus dalam hidup.
4 - Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.
Sebab-sebab lalai :
1 - Mengulangi dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2 - Berkawan dengan orang yg lalai.
3 - Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh) pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat) berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4 - Tidak berzikir.
5 - Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh) berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan seumpamanya.
Cara-cara untuk mengatasi penyakit LALAI :
1 - Cari sahabat yang baik & soleh.
2 - Hadiri majlis ilmu.
3 - Bangun malam untuk solat tahajjud.
4 - Banyakkan zikir & taubat.
5 - Rajin baca quran.
6 - Bersangka baik pada orang lain.
7 - Pemaaf.
8 - Ingat mati.
9 - Kurangkan makan.
10 - Amalkan sunnah Nabi saw.
11 - Bersabar bersyukur & bertawakkal.
Alhamdulillah ♥️

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...