Saturday, April 6, 2024

DAY 303 RAMADHAN INI AKU SEDANG DIUJI ALLAH DENGAN KESIHATAN


".......dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”

Amalkan ayat ini dalam hidup kalian sebagai basahan di bibir kalian pagi dan petang ketika tenang,mampu dan senang.apabila ditimpa kesusahan dan masalah maka tambahkan lagi.lagi banyak lagi bagus drp kalian duduk minta orang tu atau orang ini bila ada kesusahan dan masalah.tak salah kalau meminta tolong tapi kita wajib tolong diri kita sendiri dengan amalan kita seperti solat ,zikir,selawat,doa dan munajat.kan cantik kalau kita sama-sama lakukan kan lebih cantik dan ampuh hajat dan munajatnya.lebih parah lagi sebagai orang yg berhajat kepada Allah tak buat apa-apa dan minta orang lain yg tak berhajat sepertinya untuk berdoa dan buat solat hajat untuknya.


Nota Diri : Ramadhan ini aku diuji Allah dengan masalah kesihatan,Malangnya aku tak sedar dengan hakikat ujian itu lalu aku larut dalam masalah itu tanpa bangkit berusaha untuk bertindak menanggapinya sebagai ujian tuhan dan memperkasakan diri dengan ibadah yang lebih berkualiti.
Semoga kesedaran dihari ini tidak terlalu terlewat - better late than never.Insha Allah aku bangun berdiri di pagi dan akan maju melangkah dengan gagah Ya Allah kerana aku yakin KAU Maha Pengampun,Maha Penerima Taubat,Maha Pengasih dan Maha Penyayang meski pun aku hamba Mu yang hina dan berdosa.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...