Monday, January 22, 2024

SELAMAT TINGGAL DUNIA

JOM BACA : 1 / 18.90


PENULIS : AHMAD RAAJI BIN HAIDAR
PENTERJEMAH : PUTRI MAISARAH TAMAR
PUSTAKA ILMI (2012) : RM18.90


Allah SWT berfirman, maksudnya:  "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali-Imran ayat 185)

Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini..untuk selesa di alam kubur..
Amalkan 4 perkara ini:

1 - Baca Alquran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ini, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau di dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3 - Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang.

4 - Amalkan membaca Sayyidul istighfar
Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...