Monday, January 22, 2024

DAY 42 PERSIAPAN DIRI MENUNGGU RAMADHAN AL MUBARAK


Setelah hampir setahun kita menanti kedatangannya, Alhamdulillah kini sudah semakin hampir. Ahlan wasahlan ya Ramadhan, selamat datang wahai bulan Quran yang ditunggu penuh rindu dan cinta. Seringkali kita digalakkan untuk berdoa semoga diberkati dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan 1445H


Dalam satu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : اْكِرْم ِبِه ِمْن َراِئٍر ُهَو َاٍت َا َتاُكْم َرَمَضاُن َسِّيُد الُّشُهْوِر َفَمْرَحًبا ِبِه َوَاْه ًال َجاَء َشْهُر الِّصَياِم ِبالَبَرَكاِت َف “

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya. Telah datang bulan puasa membawa segala rupa keberkatan. 

Maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” (Hadis Riwayat At-Thabrani). Itulah tetamu agung lagi mulia, bulan suci Ramadhan. Bulan diwajibkan berpuasa sebulan penuh, dan padanya beribu-ribu kebaikan dan ganjaran untuk direbutkan.

Para ulama’ terdahulu, dalam tempoh yang masih lama lagi sebelum datangnya Ramadhan, mereka sudah berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Betapa besarnya nikmat, anugerah dan taufiq bagi mereka yang diberi rezeki oleh Allah untuk bertemu dengannya. 

Kata Mu’alla bin al-Fadhl : “Dahulunya (para ulama salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan sebelum Ramadhan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan. Kemudian mereka berdoa kepada-Nya selama enam bulan berikutnya setelah Ramadhan agar Allah berkenan menerima amal-amal soleh yang mereka kerjakan dalam bulan Ramadhan .” MashaaAllah! Betapa besar himmah dan kesungguhan doa mereka. Dan hendaklah kita ambil dan tiru kesungguhan mereka supaya kita juga dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang mulia sepertimana mereka dipertemukan. 

PERSIAPAN MENJELANG PERTEMUAN 

Dalam keterujaan dan kerinduan kita bertemu Ramadhan, ada beberapa perkara penting yang perlu kita persiapkan dari awal lagi, supaya nanti kita memasuki Ramadhan dengan diri dan hati yang benar-benar bersedia untuk merebut kelebihan dan ganjarannya. 


1. Bertaubat


Tiadalah yang paling utama untuk kita persiapkan dengan sebaik mungkin bagi bertemu Ramadhan melainkan persiapan rohani. Kerana ia adalah tempat tumpuan dan nilaian Allah atas setiap hambaNya. Bersihkan rohani dengan memperbanyakkan taubat untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Mudah-mudahan Allah memilih kita sebagai hambaNya yang menjalani ibadah puasa dengan penuh ketaqwaan. 

2.Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah 


Umum kita tahu bahawa Ramadhan adalah bulan ibadah. Jadi sebelum masuknya bulan Ramadhan, adalah lebih baik kita mulakan latihan ibadah dari awal lagi, dengan cara meningkatkan kualiti dan juga kuantiti ibadah. Ibadah solat misalnya, boleh ditingkatkan kualitinya dengan melakukan di awal waktu, cuba melaksanakan setiap rukun dan syaratnya dengan sesempurna yang boleh di samping memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain. 

3. Belajar ilmu berkaitan puasa


Ilmu wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu berperanan untuk membezakan sesuatu perkara yang benar dengan yang salah, serta menentukan sesuatu ibadah itu sah ataupun batal. Sebagai keutamaan sebelum memasuki Ramadhan, persiapkan diri dengan bekalan ilmu terlebih dahulu untuk mengelakkan ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan nanti menjadi sia-sia. 

4. Latih puasa lebih awal


Antara sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah memperbanyakkan puasa sebelum bertemu Ramadhan. Selain bulan Ramadhan, Baginda turut berpuasa penuh pada bulan Sya’ban, dan memperbanyakkannya pada bulan Rejab. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah r.h : ْيُت َرسوُل هَّللا صلى الله عليه وسلم َيُصوُم َشْهَرْيِن ُم َت َتاِب َعْيِن ِإاُّل َشْعَبان َوَرَمَضاَن” اَلْت : ”َما َرَأ ُّم َسَلَم ْة َق َعْن ُأ “

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah beliau berkata : “Tidaklah aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpuasa selama 2 bulan berturut-turut kecuali pada bulan Sya’ban dan Ramadhan” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Ia adalah sebagai latihan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan lebih baik dan sempurna. 

5. Memaafkan sesama saudara Islam adalah agama yang damai lagi mendamaikan. Ia menuntut umatnya untuk sentiasa memberi dan memohon kemaafan daripada siapa sahaja di sekeliling kita, hatta dengan orang yang bukan Islam, kerana setiap manusia pasti ada kesalahan terhadap yang lain. 

Sesuai dengan firman Allah : ِإَّن َهَّللا َغ ُفوٌر اْح َذُروُهْم َوِإْن َتْعُفوا َو َتْص َفُحوا َو َتْغِفُروا َف َها اَّلِذيَن َءاَم ُنوا ِإَّن ِمْن َأْزَواِجُكْم َوَأْواَلِدُكْم َعُدًّوا َلُكْم َف ُّي َيا َأ َرِحيٌم “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. 
Surah (At-Taghabun 6418, 64:14) 

Untuk bertemu Ramadhan dengan hati yang tenang, cubalah lapangkan dada untuk meminta dan memberi maaf kepada semua orang di sekeliling kita. 



6. Jauhkan dari perkara mungkar


Setiap orang mahu bertemu Ramadhan dalam keadaan yang terbaik, sama ada dari segi fizikal, dan juga rohani. Sekiranya kita melakukan dosa, setiap dosa yang dilakukan itu akan mendatangkan kesan dan menginggalkan satu titik hitam bagi hati. Lama-kelamaan, hati akan menjadi keras dan susah untuk menerima kebaikan. 

Jadi sebagai persiapan, hendaklah jauhkan diri dari perkara mungkar dan dosa yang boleh menjadi punca rosaknya nilai pahala ibadah di bulan Ramadhan nanti. 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : ِبِعَقاٍب ِّيُروا، ِإاَّل ُيوِشُك َأْن َي ُعَّمُهُم ُهَّللا ِمْن ُه َّم اَل ُي َغ ِّيُروا، ُث ْقِدُروَن َعَلى َأْن ُي َغ َّم َي َم َعاِصي، ُث َما ِمْن َقْوٍم ُيْعَمُل ِفيِهْم ِباْل “

Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah SWT akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 

7. Jaga kesihatan diri 


Antara nikmat tiada ternilai ialah kesihatan yang membolehkan manusia menjalani kehidupan harian, melakukan kerja dan aktiviti dengan lancar. Lebih penting, ia dapat digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan ad-Daruqutni: َعاَلى َفَرَض َفراِئَض َف َال ُتَضِّي ُعوَها، وحَّد ُحُدوًدا َفال َتْعَتُدوَها، وَحَّرم أْشياَء َفال َتْنَتِهُكوها إَّن هَّللا َت “

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajipan dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya.” 

Jadi, untuk memastikan kelancaran dan keselesaan ibadah sewaktu bulan Ramadhan, kesihatan diri perlulah dijaga dengan sebaik mungkin. Caranya dengan amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup yang baik, dan tidur yang mencukupi. 

Mudah-mudahan dengan semua persiapan ini, Allah جل جلاله menjemput kita sebagai hambaNya yang terpilih untuk melaksanakan ibadah sepanjang dan sesudah Ramadhan sebagai orang yang bertaqwa, dan digolongkan dalam golongan yang dekat dengan rahmat dan kasih sayangNya. َنا ِفى َشْعَباَن َوَبِّلْغَنا َرَمَضان ُهَّم َباِرْك َل الَّل “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada Ramadhan.” Aamiin Allahumma Aamiin.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...