Tuesday, October 31, 2023

Jenazah pemuda Palestin berbau kasturi, tangan pegang tasbih... Rakan dedah amalan arw

KEKEJAMAN rejim Zionis terus-menerus meragut nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa. Terbaharu, melalui perkongsian Cinta Syria Malaysia di platform X, jenazah seorang pemuda Palestin ditemukan memegang tasbih di samping jasadnya berbau haruman kasturi. Arwah yang dikenali sebagai Mustafa Samil terkorban dalam serangan udara Israel. Seorang rakan ketika sedang memapah jenazah sempat menceritakan amalan baik arwah sehingga dia pergi dalam keadaan yang sebegitu mulia. "Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid. “Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” ujarnya. Tambahnya lagi, arwah akan bersedih jika ada sahabat dan jiran tetangga tidak hadir ke masjid untuk solat berjemaah. “Dia juga sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid. Oleh sebab itu, kita dapat bau kasturi daripada tubuhnya. Semoga Allah mengangkat darjatnya ke tempat tertinggi,” katanya. 










 Terjemahan Bahasa Melayu dalam video disediakan oleh Cinta Syria Malaysia.

Jenazah Pemuda Palestin Ditemui Bawah Runtuhan Berbau Harum, Darah Masih Mengalir
Lelaki itu dikenali sebagai Rabi'e Sahwil dan merupakan salah seorang daripada penduduk Gaza yang terkorban.

"As-Syahid, Rabi'e Sahwil berjaya ditemui setelah 3 hari berada di bawah runtuhan. Mereka mendapati jenazahnya berbau harum dan darahnya masih segar mengalir! Allahu akbar!" tulis perkongsian Cinta Gaza Malaysia tersebut.

Video berdurasi 33 saat itu menunjukkan jenazah Rabi'e dikelilingi oleh penduduk Palestin yang teruja dengan penemuan jenazah berbau harum tersebut.

Salah seorang daripada penduduk itu berkata bahawa dia dapat menghidu bau yang harum daripada jenazah berkenaan.

"Saya betul-betul bau jenazah ini berbau harum. Saya bersumpah, pemuda ini telah tersekat selama tiga hari. Dia adalah Syuhada Abdullah Rabi'e Sahwil, MasyaAllah," terang lelaki itu di dalam video perkongsian tersebut.

Lelaki itu juga dilihat menghidu tangan pemuda syahid itu sebagai bukti kepada kata-katanya.

Jenazah masih mengalirkan darah

Selain itu, salah seorang penduduk juga menyatakan bahawa jenazah pemuda itu juga masih mengalirkan darah seperti baru sahaja meninggal dunia.

"Darahnya masih mengalir keluar, sudah tiga hari berlalu. Tiga hari terperangkap di bawah runtuhan, darahnya masih mengalir," kata lelaki itu sambil menunjukkan darah pemuda tersebut.


No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...