Saturday, October 21, 2023

AKU DAN AL QURAN

AMALAN RASULULLAH SAW 

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahwa Abu Hurairah berkata:

"Nabi SAW selalu membaca di pagi hari Jumat Alif Lam Mim Tanzil (Surat As Sajdah, dan Hal ata alal insani (Surat Al-Insan)."

Dikatakan oleh Jabir dalam Hadits Imam Ahmad bahwa:
"Nabi SAW tidak akan tidur sampai beliau membaca Alif Lam Mim Tanzil (Surat As Sajdah) dan Tabarakalladzi biyadihil mulku (Surat Al-Mulk),"


7 SURAH AL MUNJIYAT - SURAH PEMBELA DI AKHIRAT


1. Surah as Sajdah - 30 ayat
2, Surah al Mulk - 30 ayat
3. Surah al Waqiah - 96 ayat
4. Surah Yassin - 83 ayat
5. Surah ad Dukhan - 59 ayat
6. Surah al Ihsan - 33 ayat
7. Surah al Buruj - 22 ayat


SURAH AL MUAWWIZAT - 3 SURAH PELINDUNG DIRI

1. Surah al Ikhlas
2, Surah al Falaq
3, Surah an Nas

Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas)  adalah;
Pelindung / pendinding diri. Penyembuh segala penyakit zahir dan batin. Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna. Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan. Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu. Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat 1. Ketika Wirid Selepas Solat 2. Di Waktu Pagi Dan Petang 3. Waktu Malam Dan Hujan 4. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur 5. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah) Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas). 1.  Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan: عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. )رواهالبخاري( Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-‘ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) 2.  Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti dijelaskan: عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliauberkata, “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Bagindaakan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda hendak tidur).“  (HR. Bukhari no. 5748) Rujukan: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012...


TARGET AMALAN KU,INSHA ALLAH (I LUV QURAN)

SELEPAS SUBUH

1. Surah Yassin (pahala 10x khatam al Quran)
2. 3x Surah al Fatihah (pahala 1x khatam al Quran)
3. 2x Surah Izazul (pahala 1x khatam al Quran)
4. 4x Surah al Kafirun (pahala 1x khatam al Quran)
5. 3x Surah al Ikhlas (pahala 1x khatam al Quran)
6, Surah al Falaq
7. Surah an Nas

SELEPAS ZOHOR

1. Surah al Buruj

SELEPAS ASAR

1. Surah al Ihsan

SELEPAS ISYA

1, Surah al Mulk
2. Surah as Sajdah
3. Surah ad Dukhan
4. Surah al Waqiah

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...