Monday, June 12, 2023

JUS JANTUNG

Assalammualaikum
harini rasa macam nak share something yang sangat berguna untuk kita amalkan hari2.
Bulan lepas tiba2 mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doc suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doc sruh balik dulu dan lpas sebulan p hospital balik untuk buat angiogram. Masa blik dari hospital tu ada sorang kak ni bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari2. lepas tu saya buat kat mak dan kami 1 family amalkan.Dan mak dah amalkan selama sebulan sebelum p hospital balik. Alhamdulillah semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doc kata saluran darah semua berjalan lancar.. Syukur Alhamdulillah, kita hanya ikthiar apa yg terbaik..
Di bawah ni sy share resepi Jus Jantung yg kami amalkan.
Boleh share jika anda semua nak sihat

Jus Jantung

Sukatan Ramuan
(Untuk kisar)
1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli
setiap bahan dikisar dengan 1 cawan air..kecuali madu & cuka epal x perlu tambah air.
Cara Masakan
Semua bahan diatas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk setelah dikisar dan ditapis. Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak). Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan. Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.
*Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais.
Bagaimana nak minum Jus Jantung ini?
Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Jantung. Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari.
Apakah khasiat Jus Jantung ?
– menurunkan kadar kolesterol dalam darah
– Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
– Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
– Menurunkan tekanan darah tingi
– Melancarkan peredaran darah
– Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
– Melawaskan penghadaman
– Merawat sakit dada
– Merawat asthma, resdung, gout
– Menambah tenaga
– Membuang angin dalam badan
– Membuang kahak dan mencairkan lemak
– membantu melegakan sakit kepala
– Melegakan kebas tangan dan kaki
Sekian..
Sekadar perkongsian untuk kita semua sama2 amalkan

Siti Safarliyana

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...