Saturday, April 22, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 1444H / 2023M


Lagu ini dinyanyikan oleh Miss Aminah,Primadona Bangsawan dari Pulau Pinang.Juga dikenali dengan nama Aminah Alias.Alias adalah nama suami beliau yang juga penggiat bangsawan 
semasa itu.Nama sebenarnya Aminah Raden Nani. Lagu ini adalah ciptaan Tengku Alibasha atau dikenali dengan nama “Che Ara Bangsawan”.Lagu ini telah dirakam pada tahun 1936 oleh syarikat rakaman HMV (His Master’s Voice) juga pernah dikenali sebagai ‘Chap Anjing’ (Dog Label) diwaktu Tanah Melayu masih dibawah jajahan British satu ketika dahulu.

Nota : aku bersama keluarga Solat Aidil Fitri di Masjid Sultanah Hanimah,Masjid Daerah Pendang di Tanjong Radin,Tanah Merah,Pendang.Syukur kepada Illahi diberi keizinan semua anak menantu dan cucu dapat pulang beraya bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...