Thursday, May 18, 2023

CORAK HATI MASA TUA

Tindakan yang perlu buat untuk membentuk hati supaya bersih/suci/bercahaya.Orang yang hatinya sebegini akan mustajab doanya.Mendapat ilham/panduan dari Allah swt tatkala mengambil keputusan sesuatu tindakan yang mahu dibuatnya.

1. Membaca Al Quran secara istiqomah biarpun sedikit.Ada riwayat mengatakan seseorang yang tidak membaca ayat-ayat suci Al Quran minima 10 ayat setiap hari - gerak hatinya,fikiranya dan tindakan dalam kehidupannya akan didorong pandu oleh iblis dan syaitan. 

2. Kurangkan makan.Seboleh mungkin selepas waktu maghrib tidak makan apa-apa lagi kecuali minuman. 

3. Mendirikan malam - qiamullail(solat tahajjud,witir dll) 

4. Bermunajat kepada Allah swt pada waktu malam - berzikir dan berdoa dengan lirih seolah-olah bercakap-cakap,merintih,mengadu kepada Allah swt.Sebaik zikir ialah Subhan Allah,Walhamdulillah,Wala ila haillalah,Allahu akbar,Wala haulawal quwatainla billah hil alil hil azim. 

5. Mendampingi orang-orang soleh - berbual dengan mereka atau pun menghadiri majlis-majlis ilmu yang diterajui oleh merek. 

6. Diam dan tidak menyibuk dengan hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan kita (ini sifat salafussoleh) 

7. Menjauhi ahli-ahli maksiat (tidak menggauli atau pun bersekongkol dengan mereka) sekadar memberi nasihat sekiranya perlu/wajar. 

8. Tidak berlebihan dalam mencampuri urusan orang lain (busy body) 

9. Makan makanan yang halal dan berkat.(Makanan yang berkah/barokah semestinya halal tetapi makanan yang halal belum tentu berkat/barokah.

Jom kita cuba buat - tak dapat buat semuanya jangan abaikan semuanya!

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...