Sunday, November 20, 2022

TG HJ ABDUL HADI BIN AWANG & PAS KING MAKER PILIHANRAYA KE 15

PILIHAN RAYA KE 15 NEGARA MALAYSIA PADA HARI SABTU 19 NOVEMBER 2022



Aku kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sebagai seorang tokoh politik.Beliau adalah Presiden Parti PAS.Dengan percaturan politik oleh Perikatan Nasional (gabungan parti-parti politik yang di dominasi oleh Parti PAS) yang disusun atur bidaknya oleh pengalaman mahal minda beliau sehingga meraih kemenangan yang cemerlang dan mampu membentuk kerajaan baru di Malaysia.

Namun sebagai penggemar buku/kitab,aku lebih kagum Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ini sebagai seorang penulis buku/kitab yang prolifik.Disamping jadual tugasnya sebagai ahli politik dalam dan luar negeri yang sentiasa sibuk,buku/kitab-kitab baru karangan beliau tetap muncul di rak toko-toko buku di Malaysia.

Bila ditanya mengenai waktu yang beliau ada dalam keadaan yang sentiasa sibuk masih sempat menulis/mengarang buku/kitab,sambil senyum Ayah Chik berkata "kita tak perlu tidur lama sebab lama dah kita tidur"

(teramat betullah tu kalau dihitung jumlah jam tidur kita sehari dari lahir hingga tua bangka begini dah berapa tahun agaknya masa umur kita diguna untuk tidur sahaja)

Belum ada lagi ahli-ahli politi di Malaysia yang seperti beliau.Semoga Tuan Guru Haji Hadi bin Awang akan diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang kerana rakyat Malaysia masih perlukan nasihat-nasihat dan panduan politik dari beliau dan masih perlukan curahan ilmu agama dari beliau melalui kuliah-kulian ugama dan buku/kitab-kitab karangan beliau.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...