Wednesday, November 23, 2022

Tuesday, November 22, 2022

REBUSA KACANG BENDI

 


Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..

Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah
Bila aku tanya apa rahsia dia...
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn
Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2
Caranya mudah dan murah sj :
1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendit bendi td keluar
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
Selamat mencuba
16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu..
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
✔Mencuci hati.
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang
Sumber: dara anggun

Monday, November 21, 2022

JOM BACA QURAN

AL QURAN TERJEMAHAN PERKATA
DEPARTMEN UGAMA REPUBLIK INDONESIA
(KOLEKSI MUSHAF AL QURAN KU)

Sunday, November 20, 2022

NASIB PAK KADOK (SEMOGA PAK KADOK TU BUKAN ORANG MELAYU)

TG HJ ABDUL HADI BIN AWANG & PAS KING MAKER PILIHANRAYA KE 15

PILIHAN RAYA KE 15 NEGARA MALAYSIA PADA HARI SABTU 19 NOVEMBER 2022



Aku kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang sebagai seorang tokoh politik.Beliau adalah Presiden Parti PAS.Dengan percaturan politik oleh Perikatan Nasional (gabungan parti-parti politik yang di dominasi oleh Parti PAS) yang disusun atur bidaknya oleh pengalaman mahal minda beliau sehingga meraih kemenangan yang cemerlang dan mampu membentuk kerajaan baru di Malaysia.

Namun sebagai penggemar buku/kitab,aku lebih kagum Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ini sebagai seorang penulis buku/kitab yang prolifik.Disamping jadual tugasnya sebagai ahli politik dalam dan luar negeri yang sentiasa sibuk,buku/kitab-kitab baru karangan beliau tetap muncul di rak toko-toko buku di Malaysia.

Bila ditanya mengenai waktu yang beliau ada dalam keadaan yang sentiasa sibuk masih sempat menulis/mengarang buku/kitab,sambil senyum Ayah Chik berkata "kita tak perlu tidur lama sebab lama dah kita tidur"

(teramat betullah tu kalau dihitung jumlah jam tidur kita sehari dari lahir hingga tua bangka begini dah berapa tahun agaknya masa umur kita diguna untuk tidur sahaja)

Belum ada lagi ahli-ahli politi di Malaysia yang seperti beliau.Semoga Tuan Guru Haji Hadi bin Awang akan diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang kerana rakyat Malaysia masih perlukan nasihat-nasihat dan panduan politik dari beliau dan masih perlukan curahan ilmu agama dari beliau melalui kuliah-kulian ugama dan buku/kitab-kitab karangan beliau.

Wednesday, November 16, 2022

NASIHAT PAK SU MID

 NASIHAT PAKSU MID BUAT WANITA

Sudah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi kisah ini, nasihat yang diberikan kepada aku dan sahabatku yang begitu sukar untuk dilupakan, kata-kata yang diberikan oleh seorang Tuan Guru yang sangat dihormati, tinggal di Bukit Tembaga Kedah, senang dikenali sebagai Pak Su Mid.
Awalnya agak keberatan untuk pergi, berasa segan dan malu untuk bertandang ke rumah beliau dan bertemu secara dekat dengannya, namun untuk mendapatkan beberapa nasihat dan ilmu, aku dan sahabatku gagahi jua.
Saat pertama kali melangkah masuk ke rumah Pak Su, kelihatan Pak Su sedang terbaring di atas katil sambil memberikan penerangan kepada mereka yang hadir menziarahi beliau ketika itu, setelah aku dan sahabatku berjalan masuk ke dalam rumahnya , Pak Su menyapa kami dengan soalan..'Tanya orang perempuan belakang tu depa nak dak doa dapat suami soleh?', lebih kurang begitulah pertanyaannya, sudah ku jangka akan diajukan soalan itu kerana pernah diceritakan oleh sahabat daurahku ketika mereka menziarahinya dan Pak Su mengajukan soalan yang sama kepada mereka namun tidakku jangka secepat itu pertanyaan itu diacukan kepada kami.
selepas menyatakan keinginan, Pak Su terus memberikan doa tersebut.
"اللهم إني أُريدُ أَن أَتَزَوَّجَ فَقَدِّر لِي من الرِّجَال أَحسَنَهُم خَلْقًا وَخُلُقًا طَاعَةً حَافِظَةً يُوَافِقُنِي وَأُوَافِقُهُ وَيُغنِينِي فِي دِينِي وَدُنيَايَ"
'Ya Allah, Sesungguhnya aku ingin berkahwin, jodohkanlah aku dengan lelaki yg terbaik kejadian, akhlak, taat, menjaga diri, yang menerimaku dan aku pun menerimanya dan yang mencukupkanku pada urusan agama dan dunia.'
Apabila selesai dicatat dan dirakam kami memperkenalkan diri, kemudian Pak Su meneruskan perbincangan beliau bersama orang yang hadir sebelum kami, ada beberapa persoalan dilontarkan dan dibincangkan oleh mereka.
Setelah selesai, ikhwah yang pada mulanya berada di hadapan kami beransur keluar setelah mendapatkan beberapa nasihat dari Pak Su.
Saat inilah yang kami nanti-nantikan untuk mendapatkan nasihat khusus, aku kemudiannya memberanikan diri mendekati Pak Su lalu menyatakan hasrat.
'Paksu kami nak minta nasihat sikit boleh?
'Nasihat apa? nasihat nak jadi wanita solehah ka?
'Kami tersentak seketika, sepertinya Pak Su tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran kami.
Belum sempat mengiyakan pertanyaannya, Pak Su terus menyambung
'Nak jadi wanita solehah, jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari, nie kena jentik pun tak pernah nak jadi solehah macammana?'
Pak Su berkata sambil tersenyum dan ketawa kecil, kemudian Pak Su memberikan contoh seorang wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki yang terlibat dalam dunia politik, wanita dan suaminya diuji oleh Allah, suaminya dipenjara dan wanita tersebut sering bangun bertahajud pada malam hari berdoa kepada Allah, betapa besar ujian yang ditimpakan kepadanya, itulah dia wanita solehah kata Pak Su.
Dengan serta merta air mengalir dipipiku...
Allahu...
Benar-benar mendalam maksudnya, aku tidak mampu menuturkan apa-apa saat itu, kata-kata yang begitu menyentap jiwa..
Apa yang aku fahami dari kata-kata Pak Su. .
'Nak jadi wanita solehah jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari'
Pak Su tidak bermaksud menasihati kami agar berkahwin dengan samseng untuk menjadi wanita yang solehah, sekiranya benar beliau bermaksud demikian tidak mungkin diberikan doa mendapatkan pasangan yang soleh, ia seakan-akan suatu sindiran, sekiranya tidak berusaha menjadi wanita yang solehah, yang sabar dengan ujian ketika belum berumah tangga, maka carilah suami yang akan menjadi sebab kepada ujian untuk membina peribadi yang solehah.
Kerana menjadi wanita yang baik bukan hanya dengan berharap datangnya kebaikan itu melalui orang lain, seperti sesetengah wanita menyangka, dia akan berubah menjadi wanita yang baik apabila berkahwin dengan orang yang baik, meskipun tidak dinafikan ia merupakan syarat yang penting dalam memilih pasangan dan faktor terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keperibadian seorang isteri, namun ia bukan sebab utama yang menjadikan seorang wanita itu solehah, yang terpenting ialah dirinya sendiri yang melakukan perubahan ke arah kebaikan dan berusaha menjadi lebih baik, jika kita baik maka kita akan mendapat pasangan yang baik, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam firmanNya dalam Surah An-Nur ayat 26.
Seterusnya kata-kata paksu
'Kena jentik tak pernah nak jadi solehah macam mana?'
Seakan-akan Pak Su tahu masalah yang kami sedang hadapi dan sememangnya kebanyakan wanita hadapi, tidak terkecuali juga wanita yang berada dalam medan dakwah.
'Manja yang berlebihan' , ia, ini adalah faktor yang sangat melemahkan seorang wanita, antara kesannya tak bersedia untuk bersusah payah, kekuatan dalaman yang lemah, cepat merungut, cepat berputus asa, mudah mengalah dengan ujian yang datang, tak bersedia untuk berkorban dari sudut masa, tenaga, wang dan sebagainya menyebabkan kesan yang buruk kepada diri mahupun sesebuah institusi. Bagi yang terlibat dengan kerja dakwah, ini antara penyakit yang akan menyebabkan gerak kerja dakwah terbantut dan kelompongan pada gerak kerja yang dilaksanakan. Hasilnya tidak memberikan impak yang besar dan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak berkualiti.
Sahabatku..
Kita mengimpikan dan menginginkan sesuatu yang besar diakhir perjalanan ini, justeru segala tindak tanduk dalam kehidupan kita juga mestilah tingkahlaku dan perbuatan yang besar bersesuaian dengan keinginan kita itu.
Setiap perkara memerlukan pengorbanan, justeru itu, berkorbanlah mengenepikan keinginan hawa nafsu kita, demi merealisasikan matlamat Rab yang mencipta, Semoga di akhir perjalanan ini kita meraih kebahagian yang kekal abadi disisiNya... Aminn
Moga Allah berikan kita kekuatan dan kemudahan untuk beramal dengan kebaikan.
-BintuFatimah

Sunday, November 13, 2022

POKOK PANDAN

 Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.
Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.
Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi*
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf*
Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Mengatasi lemah syahwat*
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula*
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan*
Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot*
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Menghilangkan bau badan*
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Matikan kuman dalam darah*
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol*
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
*Mengatasi sembelit*
Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging*
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan*
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi*
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
*Merawat rambut*
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit*
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami*
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur*
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli*
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan*
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim*
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
*Wallahualam*
Kredit: empunya petua

JOM PAKAT-PAKAT TERASA


Kalau Allah dah tak nak dengar suara kita,
camna Allah nak makbulkan doa permintaan kita???

Saturday, November 12, 2022

KEHEBATAN BERZIKIR

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
*اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ*

KEHEBATAN BERZIKIR
1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2. Zikir adalah menyebabkan Allah SWT redha.
3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.
4. Zikir adalah menggembirakan hati.
5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.
6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni luas rezeki).
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.
9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah SWT kerana cinta itulah merupakan ruh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.
Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.
Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).
11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah SWT menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah SWT.
13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah SWT.
14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah SWT dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah SWT ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152)
Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :
"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."
16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air.

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...