Friday, August 26, 2022

TIP UMRAH SUPAYA BEG TAK BERANAK

Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli…
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut .. konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap2 sandal tercampak…
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai
4. Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5. Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
6. Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah2
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong… untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab
8. Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli obat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag.
Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg.
Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.

Thursday, August 25, 2022

TIPS PENTING PERSEDIAAN UMRAH

JOM GI UMRAH

IKTIBAR MENINGGALKAN SOLAT

 Saksikan Keajaiban..

Seorang gadis yg sentiasa solat dan qiamullail telah meninggal dunia dan dimakamkan selama dua tahun. Kemudian dia datang dlm mimpi ayahnya dan berkata, "Datanglah ayah dan pindahkan kuburku, maka bahawasanya, jiranku tidak solat dan dia menggangguku." Apabila diberitahu kpd pihak berkuasa dan digali kubur tersebut, lihatlah keajaiban solat dan qiamullail.
Cukuplah sekadar kamu menyebarkannya sebagai nasihat kpd orang yg meninggalkan solat.

Wednesday, August 24, 2022

RAHSIA AMALAN HIDUP BERKAT RAHMAT

AKIBAT MALAS MINUM AIR

 


Ini ialah buah pinggang yg telah rosak kronik dan berlaku pertumbuhan batu karang. Yg warna kuning tu batu karang.

AKIBAT MALAS MINUM AIR
ini antara akibat malas minum air kosong.
- sarapan minum kopi/teh tarik/3in1
- minum pagi kena lagi kopi/teh tarik/3in1
- tengahari minum sirap/teh o ais/jus
- petang minum kopi/teh tarik/3in1
- malam minum kopi/teh/3in1
- macam2 makanan dah telan seharian
Buah pingang jadi sesak dengan mineral sehingga membentuk BATU dan menjejaskan fungsi buah pinggang.
Akibatnya terpaksa ulang alik pusat dialisis cuci buah pinggang, 3 hari sekali kena pi cuci darah sebab buah pinggang dah tak boleh cuci. kalau nak pi mana-mana tak boleh lebih 3 hari @ kena booking pusat dialisis ditempat yg nak pi.
Memang susah kan.
Semuanya sebab MALAS MINUM AIR
MARI AMBIL IKHTIBAR.
MULAKAN HARI DENGAN AIR KOSONG
Semoga bermanfaat.

JOM BACA BUKU,JOM TAUBAT NASUHA,JOM BELAJAR ILMU AGAMA

"Menulis dan membaca mengurangkan rasa pengasingan kita. Mereka mendalamkan dan meluaskan dan meluaskan rasa hidup kita: Mereka memberi makan kepada jiwa. Apabila penulis membuat kita menggelengkan kepala kita dengan ketepatan prosa mereka dan kebenaran mereka, dan juga membuat kita ketawa tentang diri kita sendiri atau kehidupan, keapungan kita dipulihkan. Kita diberi peluang untuk menari dengan, atau sekurang-kurangnya bertepuk tangan bersama dengan, tidak masuk akal hidup, dan bukannya dipukul olehnya berulang kali. Ia seperti menyanyi di atas bot semasa ribut teruk di laut. Anda tidak boleh menghentikan ribut yang mengamuk, tetapi menyanyi boleh mengubah hati dan semangat orang-orang yang bersama-sama di atas kapal itu.
Anne Lamott

"Writing and reading decrease our sense of isolation. They deepen and widen and expand our sense of life: They feed the soul. When writers make us shake our heads with the exactness of their prose and their truths, and even make us laugh about ourselves or life, our buoyancy is restored. We are given a shot at dancing with, or at least clapping along with, the absurdity of life, instead of being squashed by it over and over again. It's like singing on a boat during a terrible storm at sea. You can't stop the raging storm, but singing can change the hearts and spirits of the people who are together on that ship."
Anne Lamott

IQRA' 1 (4500)
HAJINYA YANG TERAKHIR : HJ AHMAD TIFLA HJ AHMAD BADARUDDIN
GALERI ILMU SDN BHD (2022) : RM45.00 (350 m/s)
JOM PAKAT BELAJAR ILMU AGAMA

Saturday, August 20, 2022

PANDANGAN DALAM KAABAH



pintu untuk naik ke bumbung kaabah
Rukun Hajarul Aswad

Rukun Yamani
Dibuat tanda sebegitu untuk bekas tempat yang
Rasulullah SAW solat semasa hayat Baginda dulu
(berdekatan penjuru Yamani)

Bani Syaibah (bahasa Arab: Banī Shaybah بني شيبه) adalah suku Arab yang beragama Islam yang memegang dan memelihara kunci pintu emas Kaabah. Ahli suku ini akan diminta untuk menemani pelawat yang akan masuk ke dalam Kaabah khususnya ketika aktiviti pembersihan bahagian dalam dan atap Kaabah. Salah seorang dari suku ini juga akan membuka dan mengikuti lawatan ke dalam Kaabah bagi para jemaah VIP dan Raja-raja
Asalnya tugasan menjaga kunci Kaabah dianugerahkan kepada Tasm, salah satu suku kabilah Aad yang wujud sebelum kaum Arab Quraisy. Lalu tugasan ini diberikan kepada Khuzaah, kemudian kepada Qusai bin Kilab, lalu diberikan kepada anak lelakinya Abd-al-Dar bin Qusai, yang terus memeliharanya hinggalah akhirnya diserahkan kepada anak lelakinya Othman. Pemeliharaan kunci Kaabah berterusan turun-temurun hingga akhirnya kepada Syaibah bin Hashim (Abdul Muttalib). Pemeliharaan kunci berterusan turun temurun dari Syaibah hinggalah kepada keturunannya yang wujud pada hari ini.[petikan diperlukan]
Dipercayai perpindahan penjagaan kunci Kaabah dari Bani Hashim kepada Bani Syaibah adalah suatu bentuk peralihan kuasa yang ditentukan oleh Allah SWT. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah peralihan kuasa penjagaan kunci Kaabah dan penguasaan Makkah adalah dibawah Bani Syaibah.
Namun apabila orang Islam kembali ke Makkah pada tahun ke-7 Hijrah dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad telah menghantar Saidina Ali bin Abi Talib untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Saidina Ali telah pergi menemui Bani Syaibah dan merampas kunci tersebut. Bani Syaibah telah menyerahkan kunci Kaabah tersebut kepada Saidina Ali tetapi suatu peristiwa telah berlaku, apabila pintu Kaabah hendak dibuka, kunci itu tidak berfungsi bagi membuka pintu Kaabah. Lantas, Malaikat Jibril a.s telah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dari Allah berupa ayat Al-Quran dengan tujuan teguran Allah kepada Nabi Muhammad, Firman Allah dalam Surah An-Nisaa' ayat 58 bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Lantaran itu Nabi Muhammad telah memulangkan kembali kunci Kaabah itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Atas pemberian kunci itu kembali kepada mereka, Bani Syaibah mengganggap Muhammad tentu seorang Nabi. Mereka beranggapan jika Muhammad bukan Nabi pasti dia seorang yang gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Namun hanya seorang yang berfikiran rasional dan jujur serta ikhlas sahaja yang akan memulangkan kunci Kaabah itu kepada empunya hak menjaganya. Atas dasar kejujuran dan keikhlasan ini membuatkan ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Atas perintah Allah, Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah, telah menganugerahkan wasiat penjagaan kunci Kaabah kepada Bani Syaibah pada tahun dimana kisah Pembukaan Kota Mekah terjadi. Baginda bersabda, "Ambillah (kunci Kaabah ini), Wahai Bani Talhah, hinggalah tibanya Hari Kiamat, dan ia tidak akan diambil dari kamu sehinggalah (berlakunya) ketidakadilan dan penindasan"

KENALI 6 TIANG DI RAUDHAH

 KENALI 6 TIANG DI RAUDHAH

❤️🕋❤️
Sebut sahaja Raudhah, umum ketahui ianya adalah salah satu taman syurga di dunia dan juga tempat mustajab doa.
Ada segelintir yang sanggup tolak menolak, sampai kadang-kadang tu ada yang sanggup memijak kepala jemaah yang lain semata-mata untuk mendapatkan tempat di ruangan yang ada.
Tapi anda tahu tak bahawa ada ENAM TIANG yang penting dan mempunyai kisah tersendiri pada zaman Rasulullah SAW.
Jadi lepas ni kalau ada rezeki masuk ke Raudhah, dah tahu dah mana tempat yang nak dituju.
Mari baca satu persatu. ❤

BACA QURAN

 



SOLAT






ZIKIR






 

KERASUKKAN - BACA AYAT INI


 

INFO JUMAAT

 Kata Imam Ghazali rahimahullah: "Hendaklah engkau jadikan Hari Jumaat itu tertentu bagi akhiratmu. Maka mudah-mudahan ia menjadi kaffarah (penghapus dosa) bagi segala hari yang lain daripada Hari Jumaat".

Diantara Sunnah, Amalan & Adab pada malam dan Hari Jumaat:
1. Membaca surah Al-An'am, Al-Kahfi, Thaha & Yaasin, jika tidak mampu bacalah surah Yaasin, Ad-Dukhan, As-Sajdah & Al-Mulk
2. Membaca doa ini (7x) pada malam jumaat dan (7x) pada siang hari jumaat; اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ خَلَقْتَنِي ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِي قَبْضَتِكَ ، وَناصِيَتِي بِيَدِكَ ، أَمْسَيْتُ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ بِنِعْمَتِكَ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي إِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبُ إِلا أَنْتَ
3. Memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah s.a.w. sebaiknya 1,000 kali seperti sabda Baginda s.a.w: عَنْ أَنَسٍ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « مَنْ صَلَّى عَلَىَّ فِى الْجُمُعَةِ أَلْفَ مَرَّةٍ.. لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَــنَّةِ ».
Daripada Anas r.a. daripada Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa berselawat ke atas ku pada hari Jumaat sebanyak 1000 kali, dia tidak akan meninggal dunia sehinggalah dia melihat tempat tinggalnya daripada syurga".
4. Mengandam misai, janggut, bulu ketiak, bulu ari2
5. Memotong kuku, membersihkan tahi telinga
6. Niat mandi sunnah Jumaat, hari Jumaat dan mandi الأسبوع
7. Memakai pakaian serba putih; jubah putih, baju melayu putih, kain pelekat putih, serban putih, rida'/shawl putih dll
8. Memakai minyak wangi, minyak rambut
9. Memakai cincin
10. Menggunakan siwak
11. Datang awal ke masjid
12. Datang dengan berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, rendah hati dan berzikir
13. Apabila memasuki masjid, bacalah doa ini;
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَوْجَهِ مَنْ تَوَجَّهَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَقْرَبِ مَنْ تَقَرَّبَ إِلَيْكَ، وَمِنْ أَفْضَلِ مَنْ سَأَلَكَ وَرَغِبَ إِلَيْكَ
14. Duduk di saf hadapan jika ada kekosongan dan tidak melangkah bahu orang untuk mendapatkan saf
15. Niat i'tikaf di dalam masjid; sebaiknya sehingga Maghrib
16. Tidak berjual-beli setelah azan dilaungkan
17. Tidak duduk dalam keadaan ihtiba' ketika mendengar khutbah
18. Tekun mendengar khutbah, tidak berbual dan tidak tidur
19. Berdoa diantara dua khutbah seperti Sayyidul Istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
20. Setelah selesai Solat Jumaat sebelum berkata-kata, membaca surah Al-Fatihah (7x), surah Al-Ikhlas (7x), surah Al-Falaq (7x), surah An-Nas (7x) kemudian membaca (4x);
اَللّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحَمِيْدُ، يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ، يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
21. Solat Ba'diyah jumaat setelah jemaah bersurai
22. Ketika hendak keluar dari masjid, berhentilah seketika di pintu keluar masjid dan berdoa:
اللهم إنّي أجِبتُ دَعوَتَك وَصَلَّيتُ فَرضَك وَانْتَشَرتُ كَما أمَرتَنِي
فَارْزُقْنِي مِن فَضْلِكَ وَأنتَ خَيرُ الرَّازِقِين
23. Membaca selawat ini (80x) selepas solat 'Asar;
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم تَسْلِيمَا
24. Memberi sedekah
25. Menziarahi orang sakit, saudara-mara, sahabat, anak yatim
26. Memperbanyakkan doa terutama di waktu Fathimiyah; antara 'Asar dan Maghrib
Jumu'ah Mubarakah! 😇

KETUMBAR DAN PENYEMPITAN PEMBULUH DARAH

 


KETUMBAR DAN PENYEMPITAN PEMBULUH DARAH

Sering kesemutan?
Sering nguap walau udah cukup tidur?
Sering kebas?
Sering migrain?
Sering mati rasa?
Sering tiba-tiba burem?
Sering berat nafas?
Sering malas beraktifitas?
Lalu aku cobalah bikin beberapa hari ini dan ternyata emang aku ngalamin banyak perubahan,
Yang tadinya suka kesemutan, migrain, nguap ga jelas ( oksigen ga lancar di kepala)
mata kabur jadi ngerasa ringan dan lbh energetic.
Cara buat:
- Masukkan 2 sdt ketumbar kedalam gelas 250ml - Siram air mendidih - Diamkan selama 15menit - Saring dan minum selagi hangat.
Sblom ke manfaatnya kita liat yuk ciri-ciri penyumbatan darah dan darah kental, darah kental ini yg bisa bikin jantung berat memompa shg bisa gagal jantung.
Berikut ciri-ciri nya:
-Kulit pucat
-Kesemutan di jari tangan dan/atau jari kaki
-Mati rasa atau kebas di anggota-anggota - tubuh (misalnya tangan dan kaki)
- Mengalami kram
- Sakit kepala
- Badan terasa tidak seimbang
- Penglihatan buram atau sebagian hilang
- Tekanan darah tinggi
- Otot-otot susah dikendalikan atau lumpuh
Manfaat lain dari ketumbar :
- meningkatkan kesehatan tulang
- membantu masalah alergi kulit
- membantu meredakan sariawan
- MELANCARKAN PEREDARAN DARAH - menurunkan LDL (kolesterol jahat)
- membantu wanita dalam meringankan nyeri PMS
- menjernihkan penglihatan
- anti Inflamasi
- anti fungal pada tubuh
Selamat mencoba semoga sehat selalu Aamiin



 


 

BILA MASANYA PERLU MAKAN UBAT KOLESTEROL?

 Saya selalu menceritakan kepada pesakit, penyakit "Kolesterol", atau nama tepatnya Dyslipidemia, adalah penyakit yang senyap. Senyap dari segi kata, orang yang paras Total Cholesterol dia tinggi mencecah 6, 7, dia tidak akan mengalami apa-apa symptom. Orang ini boleh bersukan seperti biasa, boleh bekerja seperti biasa, berjalan kesana-kemari. Memang terdapat tanda-tanda tertentu seperti xanthelasma iaitu pengumpulan lemak di tisu dibawah mata yang menandakan tinggi cholesterol, tetapi bukan semua pesakit Dyslipidemia mempunyai tanda berkenaan.

Perkara ini membawa kepada dua cabaran. Pertama, diagnosis Dyslipidemia selalunya mesti akan LAMBAT. Seseorang boleh ada penyakit Dyslipidemia selama bertahun-tahun, sebelum akhirnya masuk wad kerana penyakit lain (jangkitan, kemalangan dsb), dan bila dibuat ujian darah baru mengetahui ada penyakit Dyslipidemia.
Cabaran kedua, adalah cabaran nak yakinkan pesakit yang rawatan perlu dimulakan. Penyakit Dyslipidemia ini, penyakit yang senyap. Ia bukan macam demam, yang pesakit tau boleh makan ubat demam. Atau batuk, boleh makan ubat batuk. Kalau penyakit yang senyap, kenapa perlu makan ubat? Pesakit rasa sama sahaja, makan ke, tak makan ke, tak ada beza. Ada yang culas dan skip-skip makan.
Jadi, macam mana caranya untuk yakinkan pesakit bahawa perlu makan ubat Cholesterol?
Saya, suka ambil masa yang agak panjang untuk bercerita kepada pesakit mengenai penyakit ini.Tujuannya supaya pesakit faham, apa penyakitnya. Bila pesakit faham, pesakit akan lebih termotivasi untuk patuh pengambilan ubat.Dalam konsultasi, saya akan mengeluarkan carta Framingham Score dan membuat pengiraan bersama-sama pesakit, dan di akhir konsultasi pesakit akan dapat satu salinan Framingham Score ini.
Framingham Score hanyalah satu alat. Kadang-kadang, doktor tak perlu gunakan Framingham Score pun, congak-congak pun boleh tahu dah yang pesakit perlu mulakan ubat. Tapi saya berpendapat, kalau kita tak cerita bagaimana dan kenapa, pesakit sendiri tak faham perlu start ubat atau tak.
***
Penyakit dyslipidemia (selepas ini saya akan guna istilah Penyakit Kolesterol supaya mudah korang sebut hehe) merupakan penyakit yang berkaitan sistem CARDIOVASCULAR. Saya cerita kepada pesakit, penyakit cardiovascular ini melibatkan dua organ sahaja, iaitu sama ada serangan jantung atau strok otak. Pembunuh nombor satu negara kita adalah penyakit cardiovascular. Lebih ramai orang meninggal dunia disebabkan penyakit cardiovascular, berbanding kemalangan jalan raya. Kalau untuk penduduk yang belum umur 40, pembunuh nombor satu adalah kemalangan jalanraya, tetapi kalau berusia lebih 40 tahun, nombor satu adalah penyakit ini.
Apabila dikatakan penyakit kardiovaskular, kita bahagikan punca dan risiko nya kepada dua jenis faktor. Ada faktor yang boleh kita ubah, ada faktor yang kita tak boleh ubah. Contoh faktor yang tidak boleh ubah adalah, umur. Semakin meningkat umur, semakin meningkat risiko pelbagai penyakit, atas pelbagai sebab. Itu lumrah, tak ada orang yang semakin tua, semakin sihat. Begitu juga faktor yang tidak boleh ubah, iaitu Jantina. Lelaki lebih berisiko mendapat penyakit cardiovascular, berbanding wanita.
Sebab apa? Ini yang menariknya. Orang wanita, dianugerahkan tuhan dengan hormon estrogen yang akan meningkat setiap kali kitaran haid. Hormon estrogen adalah hormon yang bersifat cardioprotective. Ia melindungi jantung melalui pelbagai mekanisma yang berbeza. Kerana itulah wanita, lebih rendah risiko mendapat penyakit cardiovascular berbanding lelaki. Akan tetapi, apabila menjelang usia menopause, kitaran haid berhenti, lalu wanita tersebut hilang anugerah tuhan ini. Sebab itulah wanita, selepas usia 40-50 tahun, baru lah datang penyakit cardiovascular seperti serangan jantung dan strok.
Adalah sedikit pelik jika seorang doktor, mendiagnosis seorang wanita muda berusia 30 tahun sebagai "serangan jantung". Bukan tidak mustahil, tetapi statistiknya, sangat jarang. Berbeza dengan lelaki, kalau ada lelaki berusia 30 tahun yang didiagnos serangan jantung, sekarang ini doktor pun tak hairan dah. Ramai yang muda-muda lagi dah kena heart attack.
Itu dua faktor yang tidak boleh diubah. Selain dua faktor ini, ada lima lagi faktor yang menyumbang kepada terjadinya penyakit cardiovascular. Lima faktor itu adalah,
i - paras cholesterol
ii - paras kolesterol baik (HDL)
iii - tekanan darah, sama ada dirawat sebagai Hypertension atau tidak
iv - kencing manis : ada atau tak
v - merokok atau tak.
Kesemua faktor ini, akan dikira melalui Framingham Risk Score secara sistem markah ("point" system). Lagi rendah markah, lagi bagus. Lagi tinggi markah, lagi tak bagus. Mari kita lihat satu persatu. Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan.
1. Paras Cholesterol
Ini adalah bacaan paras cholesterol dalam darah. Kebanyakan keputusan darah di makmal-makmal, menggunakan julat tertentu sebagai "reference point". Kalau ikut keputusan darah yang dikeluarkan makmal-makmal ini, bawah 5.2 dikira bacaan paras yang normal. TETAPI, untuk mendapatkan zero risk, bacaan paras cholesterol yang diperlukan adalah bawah 4.2. Bahkan ketika saya dilatih di jabatan Cardiology dahulu, pakar kardiologi saya memaklumkan kalau boleh dia nak lagi rendah, bawah 4.0 baru dikira normal.
Bahan kolesterol, saya sering sifatkan ia bagaikan karat yang berada didalam paip. Ia akan mendap di permukaan dalam paip (arteri), menyebabkan ianya semakin sempit. Salur darah yang menjadi sasaran adalah salur darah koronari di jantung. Apabila salur darah menjadi sempit, jumlah darah yang mengalir juga semakin terhad. Fungsi darah adalah membawa oksigen, justeru orang yang mengalami masalah sempitan salur darah koronari, jumlah oksigen yang dibawa juga semakin terhad. Mendapan kolesterol ini juga boleh "tertanggal", sekaligus menutup sepenuhnya salur darah koronari. Apabila ini berlaku di jantung, kita katakan pesakit sedang mengalami serangan jantung yang dahsyat (myocardial infarct). Apabila berlaku di otak, kita katakan pesakit sedang mengalami serangan strok. Fenomena ini, artherosclerotic plaque rupture, boleh berlaku pada bila-bila masa, semudah petikan jari sahaja. Kerana itulah, mengikut statistik American Heart Association, 50% pesakit myocardial infarct TIDAK SEMPAT sampai ke hospital lalu meninggal dunia. Ini yang selalu kita dengar kes rebah tiba-tiba dan meninggal dunia.
Ketinggian paras cholesterol, menentukan berapa jumlah point yang anda dapat. Semakin tinggi paras cholesterol anda, semakin banyak markah yang anda boleh dapat.
2. Paras Kolesterol Baik (HDL)
Apabila saya menceritakan mengenai kolesterol, kita katakan ada dua jenis kolesterol iaitu yang baik (high density lipoprotein, HDL) dan yang "jahat" (low density lipoprotein, LDL). Bagi memudahkan kefahaman, LDL saya ceritakan sebagai jenis kolesterol yang membawa kolesterol KE DALAM salur darah. LDL inilah yang mendap pada permukaan dalam saluran darah. Manakala HDL pula, jenis kolesterol yang membawa kolesterol KE LUAR dari salur darah. Oleh sebab itu, HDL ini kita katakan sifatnya PROTECTIVE.
Kolesterol Baik (HDL) boleh didapati dari sumber semulajadi seperti Omega-3 yang terdapat didalam pelbagai jenis ikan, serta makanan seperti kekacang.
Kita mahukan paras HDL yang tinggi kerana ia melindungi dari terjadinya pembentukan "karat" tadi. Kerana itu dalam Framingham Score ini, orang yang memiliki paras HDL tinggi akan mendapat point "minus". Ia merendahkan jumlah point kita.
3. Bacaan Tekanan Darah
Faktor ketiga iaitu tekanan darah. Jika seseorang itu telah didiagnos dengan penyakit darah tinggi, kita akan lihat adakah ubatan darah tinggi yang diambil berjaya menurunkan bacaan tekanan darah ke paras bawah 120 systolic. Hanya jika bacaan darah tinggi dibawah 120, barulah dapat menjadikan markah anda 0. Ini untuk pesakit darah tinggi.
Kerana itu kita selalu tekankan bagi pesakit darah tinggi, ubatan itu bukan perkara utama. Tetapi menurunkan tekanan darah ke bawa 120 sistolik, itulah tujuan ubatan diberikan. Jika cukup dengan satu ubat, bagus alhamdulillah. Jika perlu dua, maka ambillah dua jenis. Jika perlu kombinasi, ambillah ubat kombinasi. Yang penting, asalkan tekanan darah sistolik turun bawah 120.
Bagi mereka yang tidak menghidapi penyakit darah tinggi, sasaran tekanan darah adalah dibawah 130 sistolik. Jika tekanan darah anda dibawah 130 sistolik, barulah anda akan mendapat zero markah. Begitu juga, jika tekanan darah anda lebih rendah, dibawah 120 paras sistolik, anda akan mendapat markah minus. Penyakit kolesterol adalah berkait dengan penyakit darah tinggi, kerana mendapan kolesterol di dinding salur darah ini akan menyebabkan salur darah lebih sempit. Kesannya jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memastikan aliran darah tercapai. Oleh itu, orang yang bertekanan darah rendah, lebih rendah risiko untuk mendapat serangan jantung.
4. Kencing Manis
Didalam Framingham Score, status kencing manis adalah faktor risiko, tanpa mengira paras gula mahupun jenis rawatan (sama ada ubat pil atau suntikan insulin). Ini kerana, ia melambangkan adanya insulin resistance iaitu kegagalan badan mengenali dan memberi reaksi kepada rangsangan insulin didalam tubuh. Kencing manis dan paras gula yang tinggi, menyebabkan adanya keradangan pada permukaan dalam salur darah. Ini bermaksud, kolesterol lebih mudah dan cepat mendak, dan penghasilan plak (artherosclerotic plaque) lebih cenderung untuk berlaku.
Mengikut Framingham Score versi lama, jika seseorang itu mempunyai kencing manis, individu tersebut akan mendapat dua point (markah). Namun, dalam guideline terbaru, semua pesakit kencing manis yang berusia lebih 40 tahun, akan terus dimulakan ubat kolesterol, meskipun paras bacaan kolesterol tidak tinggi.
5. Merokok
Ada pesakit saya pernah marah, apabila saya katakan merokok sebagai "faktor boleh ubah" bagi risiko penyakit cardiovascular. Hakikatnya, individu yang menghisap rokok, tak kiralah berapa paket/batang sehari, tak kiralah baru atau sejak muda, automatik akan mendapat empat markah. Free-free sahaja.
Maksudnya dari segi risiko, orang yang menghisap rokok, mempunyai markah yang sama dengan orang yang kolesterol tinggi tak terkawal. Apatah lagi jika individu tersebut memiliki kedua-dua faktor iaitu merokok dan penyakit kolesterol.
### Pengiraan & Aplikasi Framingham Score ###
Setelah kelima-lima faktor boleh ubah ini dikenalpasti, markah diberikan mengikut setiap dari faktor tersebut. Kemudian kesemua markah ini akan dijumlahkan, lalu dirujuk ke jadual. Markah ini, akan menentukan "peratusan" anda, serta kategori mana anda berada.
Mari kita buat sedikit latihan. Seorang lelaki berusia 35 tahun (2 markah), tiada kencing manis, tiada darah tinggi, tidak merokok, namun paras kolesterol adalah 6 (2 markah) dengan HDL cuma 1.0. (1 markah). Maka jumlah markah keseluruhan lelaki ini adalah 5 markah. Merujuk ke jadual tersebut, individu lelaki dengan 5 markah, mempunyai peratusan risiko sebanyak 3.9%
Apa yang dimaksudkan dengan 3.9% ini? Framingham Score adalah alat berasaskan statistik. Dalam kes lelaki tadi, mengikut statistik, dari 1000 orang lelaki yang memiliki markah yang sama iaitu 5 markah, 39 orang dari kalangan 1000 orang tersebut mendapat serangan jantung atau strok, dalam tempoh 10 tahun.
Ini yang dimaksudkan dengan "3.9% risk for cardiovascular event within 10-year".
Sekarang kita tengok, lelaki yang sama, tetapi tiba-tiba dia menghisap rokok pula. Jadi, dari 5 markah tadi, kita tambah 4 point, menjadikan markah terbaru beliau 9. Merujuk kepada jadual tersebut, individu lelaki dengan 9 markah, mempunyai peratusan risiko sebanyak 7.9%.
Ini bermaksud, dari 1000 orang lelaki yang mempunyai 9 markah, seramai 79 orang daripadanya mendapat serangan jantung atau strok dalam tempoh 10 tahun.
Kita boleh lihat, dengan hanya menghisap rokok, seseorang itu boleh meningkatkan risiko beliau mendapat serangan jantung atau strok sebanyak DUA KALI GANDA, iaitu peningkatan dari 3.9% ke 7.9%.
Dengan hanya berhenti merokok, dia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok sebanyak separuh!
Sekarang, nak start ubat atau tak?
Menurut jadual di Framingham Risk Score ini, kita membahagikan kategori pesakit kepada tiga. Bagi mereka yang mendapat peratusan >20%, mereka dikira sebagai "high risk". Orang yang high risk, sangat sangat digalakkan untuk memulakan rawatan ubat kolesterol. Manakala bagi mereka yang mendapat peratusan 10-20%, dikira intermediate risk. Golongan intermediate risk, digalakkan untuk memulakan rawatan ubat kolesterol tambah-tambah jika ada faktor-faktor risiko lain seperti obesiti.
Justeru, bagaimana dengan lelaki ini yang memiliki paras kolesterol tinggi tetapi tidak ada faktor risiko lain? Dengan markah 3.9%, beliau adalah dikategorikan sebagai low risk. Individu yang "low risk", secara umumnya tidak perlu memulakan ubat statin iaitu ubat untuk kolesterol. Begitu juga walaupun beliau seorang perokok, faktor risiko 7.9% masih dikategorikan sebagai low risk, justeru tak perlu mulakan ubat kolesterol.
Kita fast forward 5 tahun kemudian.
Selepas lima tahun, mari kita buat pengiraan semula bagi lelaki tersebut.Beliau masih seorang perokok, tidak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, serta bacaan kolesterol dan HDL beliau sama sahaja dengan sebelumnya itu.
Adakah markahnya masih sama? Tentunya tidak. Pada lima tahun lalu, beliau berusia 35 tahun dan hanya mendapat 2 markah. Kini beliau berusia 40 tahun, maka secara automatik beliau mendapat 5 markah. Ditambah dengan faktor lain iaitu merokok (3 markah), paras kolesterol tinggi (2 markah), paras HDL rendah (1 markah), beliau kini berada pada 11 markah.
Mari kita merujuk pada jadual tadi. Dengan 11 markah, beliau mendapat peratusan sebanyak 11.2%. Ini bermaksud, daripada 1000 orang lelaki yang mendapat 11 markah, seramai 112 orang mengalami serangan jantung dan strok dalam tempoh sepuluh tahun.
Lelaki ini kini dikategorikan sebagai intermediate risk. Justeru sepatutnya beliau perlu memulakan ubat statin. Tapi, saya memberikan lelaki tersebut dua pilihan.
Pilihan pertama, beliau makan ubat kolesterol dan ulang semula pemeriksaan paras kolesterol untuk melihat keberkesanan ubat tersebut. Jika paras kolesterol beliau telah menurun, dan paras HDL beliau meningkat, maka secara automatik markah 2 (kolesterol tinggi) dan markah 1 (HDL rendah) akan hilang. Dari 11 markah, beliau akan turun kepada 8 markah.
Lelaki dengan 8 markah, cuma memiliki peratusan sebanyak 6.7%. Dengan memakan ubatan kolesterol, beliau boleh menurunkan paras peratusan risiko dari 11.2% ke 6.7%, iaitu hampir separuh. Ada yang berkata, apalah sangat penurunan itu, hanya 4.5%. Tapi itulah halnya statistik. Jika kita boleh pilih antara 6.7% dan 11.2%, sudah tentu orang yang waras akan memilih peratusan risiko yang lebih rendah.
Apa pula pilihan kedua?
Pilihan kedua, tentu sekali, berhenti merokok. Dengan hanya berhenti rokok, tak perlu makan ubat kolesterol pun, lelaki tersebut boleh menurunkan faktor risiko beliau dari 11 markah kepada 8 markah. Beliau boleh menurunkan peratusan risiko beliau dari 11.2%, ke 6.7% seolah-olah seperti memakan ubat kolesterol pun.
Lelaki ini akan semakin meningkat usia. Justeru secara automatik, faktor risiko beliau akan semakin meningkat. Atas sebab itulah, kawalan paras kolesterol kita nak capai seawal yang boleh. "Doktor, boleh saya cuba kontrol makan dulu tak?" Secara umumnya, kita para doktor membenarkan apa yang dipanggil sebagai TLC = therapeutic lifestyle changes, namun selalunya terhad kepada tiga bulan pertama sahaja. Dalam tempoh tiga bulan ini, cubalah kawal pemakanan, amalkan makanan tinggi sumber HDL serta tingkatkan aktiviti fizikal. Selepas tiga bulan, analisa darah dibuat sekali lagi, dan pengiraan markah Framingham pun dibuat semula. Dari situ kita boleh lihat, berapa paras risiko anda.
Kebanyakan pesakit saya, apabila saya berbincang dengan menunjukkan pengiraan ini, mereka akan lebih memahami kenapa perlu makan ubat kolesterol. Mereka tidak hanya lihat "pada ketika itu", kerana "pada ketika itu" mereka memang tiada simtom, tak rasa pun yang diri mereka tak sihat. Tetapi alatan seperti Framingham Risk Score membolehkan kita melihat ke perspektif 10 tahun akan datang, sama ada berbaloi atau tak nak start ubat.
Walaubagaimanapun, Framingham Risk Score hanyalah sebuah alat berasaskan statistik. Ia bukan nujum, bukan ramalan. Ia juga mempunyai kelemahan seperti tidak mengira faktor-faktor risiko lain antaranya faktor sejarah keluarga. Ia juga tidak membantu banyak dalam kes seperti penyakit kolesterol disebabkan faktor genetik (familial dyslipidemia).
Sekarang, anda dah faham kan. Bagi mereka yang biasa membuat saringan kesihatan, anda akan dibekalkan dengan salinan keputusan analisis darah anda. Nah, cuba kirakan berapakah markah Framingham Score anda!
Bagi yang belum pernah buat saringan kesihatan dan analisa darah, anda boleh buat demikian di mana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta. Jangan bila tahu ada penyakit kolesterol, rupa-rupanya sudah high risk!

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...