Wednesday, January 26, 2022

FAKTA DIRI 2 : AKU DAH TUA

JOM BERADA DI TEMPAT YANG ALLAH SUKA


Dah pencen pun,dah tak sibuk lagi dengan jadual masa kerja di pejabat,jom kita sibukkan diri kita untuk berada di 6 tempat yang Allah SWT suka melihat hamba NYA berada di situ,
Insha Allah! 
 

Soalan yang selalu ditanya kepada pesara ialah "nak buat projek apa bila dah pencen nanti" - ada seorang ustaz yang memberi nasihat "bila dah pencen jangan cakap tak mau buat apa,nak dok saja ja kerana ayat tu macam doa minta sakit,orang sakit ja yang dok saja ja nak buat apa pun tak boleh"

Semoga tetap direzekikan Allah SWT dengan kesihatan fizikal dan mental.Aku punyai koleksi kitab/buku yang hampir 200 buah yang mula ku beli sejak aku menjalani latihan di Institut Kesihatan Umum,Jalan Bangsar,Kuala Lumpur dahulu - aku ingin khatam membaca semuanya itu dan mengamalkan ilmunya,Insha Allah!

Monday, January 24, 2022

SIAPAKAH KITA SETELAH BERSARA?

Benarnya tamsilan ini
Siapakah Kita Setelah Bersara? 

*KITA ADALAH MENTOL TERBAKAR* 

Seorang ketua pegawai eksekutif kerajaan telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan di mana dia memiliki sebuah banglo. Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun.Walaupun ketika berjalan di taman setiap petang, dia tidak menghiraukan orang lain, malah memandang rendah pada mereka. 

Suatu hari, seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan dan mereka sering bertemu selepas itu. Setiap kali perbualan mereka kebanyakannya bagaikan monolog dan pengarah yang telah bersara itu membincangkan topik kegemarannya tentang.. “Tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang saya pegang sebelum bersara. Saya datang ke sini kerana terpaksa bersara mandatori ” dan seterusnya. 

Orang tua yang menemaninya mendengar dengan tenang. Setelah berhari² berlalu ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain.pak tua pendengar yang menemaninya itu membuka mulut dan berkata, “Setelah bersara, kita semua seperti mentol yang sudah terbakar. Tidak kira berapa watt mentol itu...berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya sebelum ianya terbakar. "

Dia selanjutnya berkata, “Saya telah tinggal di masyarakat ini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah Ahli Parlimen selama dua penggal. Di sebelah kanan anda tu, dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta. Di hujung sana tu merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat. Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan Ketua Bursa Saham sebelum bersara. Dia tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun, walaupun kepada saya, tetapi saya tahu. "

"Semua mentol mentol yang terbakar ini sekarang menjadi sama - apa pun wattnya - 0, 10, 40, 60, 100 watt - takde bezanya sekarang. Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor, atau lampu hiasan. Dan itu juga kawan, turut terjadi kepada anda. 

Pada hari anda memahami perkara ini, anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan dunia ini. " "Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua²nya nampak indah dan menikmatkan. Tetapi, pada hakikatnya, matahari terbit lebih penting dan dipuja. Bahkan dinanti²kan. Sedangkan matahari terbenam tidak diberi penghormatan yang sama. Lebih baik ini anda fahami lebih awal daripada kemudian hari kelak ”

Pangkat, gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. Menyimpan banyak emosi dengan perkara² ini hanya akan menambah rumitkan hidup kita apabila kita kehilangan semua ini pada suatu hari nanti. Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir, raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama . Dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak² selama ini. 

Nikmati apa yang anda ada hari ini. Berbahagialah dihari yang mendatang RENUNG²KANLAH

Sunday, January 23, 2022

DAH BERSARA (1TAHUN YG LALU) - INGAT PESANAN FUDHAIL BIN IYADH

TEMPOH PERKHIDMATAN KU SEBAGAI PENJAWAT AWAM
17.06.1986 - 23.01.2021 = 414 BULAN (34 TAHUN 6 BULAN)

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Berarti kamu sekarang berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!
Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:
1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat
2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS, BERSOLEK, dan BERPAKAIAN
3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh
4. JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita
5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat
6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur
7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)
8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya
9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu
10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang sebelumnya
11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi
12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati
13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu
14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain
15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!
16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu
17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu
18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain
19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat
20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa
21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu
22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat
Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.
Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan.
Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA

Saturday, January 22, 2022

Ramai Orang Terjaga Pada Pukul 3-5 Pagi, Tetapi Tak Tahu Itu Adalah Panggilan Dari Illahi!

 Ramai orang terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya, fenomena ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi denganmu.

Pengubatan tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai memberi energi untuk bahagian tubuh tertentu.

Jadi, dilihat dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami ransangan tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan masalah padamu.

Terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.

Pesanan-pesanan ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesukaran tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress.

Ini adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar tidur, tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi solusi untuk masalah ini.

Terbangun pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan emosi. Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana pundi hempedu aktif.

Bangun pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan.

Titik energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa kamu sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.

Cuba minum air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.

Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.

Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.

Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.
Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada umatnya

Kamu tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Zikir apakah itu?

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi ﷺ bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:

‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,’ kemudian ia berdoa ‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima shalatnya,” (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke toilet agar boleh kembali tidur.

Tubuh menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam kehidupan kita.

Tuesday, January 18, 2022

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

 1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.

.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati, redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.
Credit: USTAZ AHMAD DUSUKI

Monday, January 17, 2022

 

SUBHANALLAH
MELAYU SATU BANGSA YG DITIDURKAN SEKIAN LAMA..KINI ALLAH MERENJIS AIR2 HUJAN DILANGIT UNTUK MENGEJUTKAN KITA YG SEDANG ENAK TIDUR.DITIUPKAN ANGIN KENCANG KE TELINGA SUPAYA TERJAGA DARI MIMPI INDAH.ITU LAH BAHASA TUHAN RABBUL JALALUH..KINI HUJAN DAN ANGIN TELAH SAMPAIKAN AMANAT NYA TINGGAL KITA NAK BANGUN ATAU TIDAK..TEPOK DADA TANYA IMAN.
Harini bangsa Melayu dari penjuru Hajarul Aswad diserang bertubi2 oleh musuh2 Islam.Serangan dari pelbagai sudut.Yang paling bahaya adalah serangan Akidah.
Bangsa Melayu ni ibarat spare tyre.Spare tyre ni dia tersembunyi.Tapi tetap boleh digunakan saat diperlukan.Bangsa Melayu adalah bangsa yg boleh diharapkan utk membantu dan membela Islam.
Org Melayu ni penyabar.Tetapi org Melayu ni ada satu kekuatan yg tersembunyi iaitu 'Amuk'.Org Melayu ni kalau dia 'Amuk" habis semua.
Antara kekuatan lain bangsa Melayu ialah Tanah Melayu ada ramai Wali2 ALLAH yg menjadi tentera2 ALLAH di akhir zaman.
Saat ini umat islam dikerumuni oleh musuh2 Islam seperti talam2 hidangan.Sahabat bertanya kpd RASULULLAH ﷺ,Adakah ketika itu umat Islam sedikit?
Kata RASULULLAH ﷺ,
Umat Islam pada ketika itu ramai.Tapi ramainya umat Islam ketika itu seperti buih2 di lautan.Tiada kualiti.Buih ni sekali mai ombak,hilang habis.
Ketika itu umat Islam ada penyakit "Wahan" iaitu Cinta Dunia,Takut Mati.
Sejarah membuktikan jatuhnya kerajaan2 Islam terdahulu bukan kerana kuatnya kekuatan musuh tetapi kerana ramainya tali barut,pengkhianat & petualang dari kalangan org Islam sendiri.

film hindi bahubali 2 subtitel indonesia full movie

Baahubali 1 The Beginning 2015 Subtitle Indonesia

Sunday, January 16, 2022

xxx42 Kelebihan selawat ke atas nabi s.a.w

 Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling
hebat
kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Saturday, January 15, 2022

xxxTIDUR SUNNAH RASULULLAH SAW


KURANGKAN TIDUR,BANYAKKAN AMALAN

Kurangkan Tidur

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam sahaja ! saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara automatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3 JAM SAHaJA. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 MALAM HINGGA 12 MALAM‼️ (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2 pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi

Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Wallahualam.

So 3 jam adalah 9 jam tido. Sebab tu ramai yang bangun tersedar pukul 1. Sebab badan dah fully charge. Mcm phone kita. Dh 100%, cabut la charge.

Apa effect kalau overcharge?
Macam mana nak tidur pukul 9 kalau dah biasa tidur lambat?
Nanti susah nk tidur?

Senang jaaa ☺️☺️☺️

1. Tutup phone, wifi, data, tv, lampu.

2. Nak tidur tu Talk to Allah.

"Ya Allah, datanglah dekat aku, aku dah jauh dari Mu...aku nak kamu Allah...kejut la aku pukul 3, aku nak taubat, aku nak sucikan kolam aku..bantu aku Ya Allahhh"

3. Tenangkan diri. InsyaAllah 30 minit boleh tidur bagi yang susah tidur

First day memang rasa susah nak tidur.
Next day tu tak yah buat apa-apa. Terus bommm tidur sendiri hehee. Dah ramai yang cakap begitu. First day susah tidur. Second day tidur senang gila!

Once badan dah penat. This is the best sleep ever! Tidur yg paling bagus adalah tidur yang tak mimpi langsung ! Tidur yg bukan ayam2. Tidur mimpi ni tak elok sbb otak kita bergerak.

So nak deep sleep adalah kena start dengan tidur awal dulu pkl 9. Nanti esok akan dapat deep sleep. Deep sleep ni cukup 3,4 jam je. Setel utk sehari.

Utk first bangun pukul 3 memang akan ngantuk.

So boleh tidur dulu untuk first day. Tunggu esok apabila dapat deep sleep. Korang akan rasa fresh je... tak mengantuk sampai subuh.

Dan ni la waktu di panggil THE GOLDEN TIME!

Buat yang uzur, tanam azam untuk bangun tahajjud juga. Boleh zikir sebanyak mungkin dan doa banyak-banyak. Sebab waktu ni adalah GOLDEN HOUR untuk doa dimakbulkan.

Insha Allah, kita tanam azam kuat-kuat. walaupun uzur tetap masih boleh beribadah dan jumpa Allah swt. InshaAllah kita boleh!

Sumber : Bidadari Walid

#####################################################
######################################################

Friday, January 14, 2022

IBADAH HARI JUMAAT

Alhamdulillah, berkumandangnya Azan Maghrib pada hari Khamis berertinya masuknya kita ke dalam Hari Jumaat , Penghulu Segala Hari . Jom kita tengok apakah 7 amalan yg perlu kita buat , Oleh Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi


 

Thursday, January 13, 2022

XXXUNTUK SIAPA KUAT BERDENGKUR

Bahan2
Kunyit hidup
Madu
Air suam
Cara2 nya👇
Air suam suku gelas rendamkan knyit hdup dlm sgelas slama 5mnit cmpur kan madu sadu sudu
Minum sblum tidur sehari hnya skli sja

Minumlah hari-hari berikutnya sehingga dengkur tu hilang,Insha Allah 4 @ 5 hari minum.masalah dengkur selesai.

Tuesday, January 11, 2022

3 GOLONGAN AHLI QURAN YANG DILAKNAT ALLAH

 Ustadz Adi Hidayat

- Ternyata ada tiga golongan ahli Al-Quran tetapi Allah SWT melaknat orang tersebut.

Ustadz Adi Hidayat menjelaskan bahwa Allah SWT melaknat ahli Al-Qur'an ini bukan tanpa alasan.

Karena ini menyangkut Al-Quran kitab yang suci, artinya tidak sembarangan.

Maka dari itu, perlu diperhatikan ketika membaca Al-Qur'an agar tidak termasuk pada golongan tertentu.

Dikutip PortalJember.com dari kanal YouTube Islam Itu Indah TV yang diunggah pada 19 September 2021, Ustadz Adi Hidayat ungkap tiga golongan yang akan Allah SWT laknat.

Membaca Al-Quran merupakan sebuah amal ibadah yang sangat baik.

Bagaimana tidak, Al-Quran merupakan kitab suci umat muslim yang harus senantiasa dibacakan setiap saat.

Al-Quran merupakan pedoman hidup umat muslim yang harus selalu dipegang teguh.

Setiap membaca Al-Quran, Allah SWT akan selalu memberikan pahala pada setiap bacaan dan diberikan keistimewaan lainnya.

Ada yang rajin membaca one day one juz, rajin membuka tafsir-tafsir, menghafal Al-Qur'an, menelaah isi Al-Qur'an dan lain sebagainya.

"Tapi maaf, apakah semua orang itu dianggap benar oleh Allah SWT saat berinteraksi dengan Al-Quran? Tentu tidak," kata Ustadz Adi Hidayat.

Tidak semua yang membaca Al-Quran mendapatkan itu semua, ada beberapa golongan yang malah dilaknat oleh Allah SWT.

Berikut adalah tiga golongan ahli Al-Qur'an tetapi dilaknat oleh Allah SWT.

1. Dholim

Dholim merupakan ciri seseorang yang tidak bisa menempatkan sesuatu pada tempat yang semestinya.

Begitupun ketika membaca Al-Quran, banyak sekali orang yang dholim pada Al-Quran sehingga menjadikan dia dibenci Allah dan dilaknat.

"Rajin baca dia tapi dholim, tidak mampu menempatkan ayat Al-Qur'an sesuai dengan tempatnya," kata Ustadz Adi Hidayat.

Artinya, ketika membaca Al-Quran diusahakan fahami isi yang ada didalamnya, kemudian praktekkan dalam kehidupan sehari-hari.

"Jadi ayat-ayat itu tidak dipraktekkan dalam perilaku hidup," kata Ustadz Adi Hidayat.

Jangan sampai ketika membaca Al-Quran tentang ke Esa Allah SWT tetapi masih menyebutkan bahwa semua agama sama, itulah yang dinamakan dholim.

2. Sulit membagi ilmu

Sulit membagi ilmu disini artinya seseorang yang cukup memiliki ilmu tentang keislaman tetapi enggan untuk membagikan ilmunya.

Perlu diwaspadai, hal ini sering tidak disadari oleh kebanyakan orang.

"Hemat untuk dirinya belum bisa diberikan pada yang lain," kata Ustadz Adi Hidayat.

Orang-orang seperti inilah yang akan dilaknat oleh Allah SWT.

3. Tidak beradab

Al-Quran itu memiliki sifat kebaikan dan ketenangan didalamnya.

Jika membacanya tentu akan langsung terasa di jiwa pembaca.

Apalagi jika Al-Quran itu dihafalkan, tentu akan mendapatkan banyak keistimewaan baginya.

Tetapi ternyata, ada beberapa orang yang secara hafalannya baik tetapi tidak berimbas pada dirinya.

"Bahaya itu hafalan banyak tapi perilaku semakin durjana, ada yang salah dalam hafalannya," kata Ustadz Adi Hidayat.

Seharusnya, ketika kesehariannya dipenuhi dengan lantunan pasti akan merubah adab menjadi lebih baik dibandingkan sebelumnya.

"Ciri orang kalau sudah dekat dengan Al-Qur'an karena Al-Qur'an itu baik, akan ada perubahan pada dirinya," kata Ustadz Adi Hidayat.

Tetapi yang terjadi adalah adab penghafal Al-Qur'an atau pecinta Al-Qur'an ini tidak menunjukkan sisi baiknya dan tidak mencerminkan bahwa dirinya seorang ahli Al-Qur'an.

Perilakunya masih tetap saja tidak baik, meskipun hafalannya bagus.

Orang-orang tersebutlah yang akan dilaknat oleh Allah SWT walaupun ahli Al-Qur'an, sebaiknya introspeksi diri sendiri agar tidak terjerumus pada ketiga golongan tersebut.***

Monday, January 10, 2022

PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

 1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'
Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.

WIRID SELEPAS SOLAT

INGIN MATA KITA TETAP SEHAT SAMPAI TUA

 


*اَلسَّلَامُے عَلَيْكُمْے وَرَحْمَةُ اللَّهےِوَبَرَكاَتُهْے*

*اللَّهُم صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَدٍ كَرِيمِ الآبَاءِ والأُمَّهَاتِ*
*بِسْـــــمِـ اللَّـٰهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمـ*
INGIN MATA KITA TETAP SEHAT SAMPAI TUA
ini amalan yg pernah diajarkan Abah Guru Sekumpul
Kata Abah Guru Sekumpul,,ketika mendengar adzan
اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
sunnat hukumnya mengucup kedua ibu jari sambil membaca :
مَرْحَبًا بِحَبِيْبِيْ وَقُرَّۃِ عَيْنِيْ مُحَمَّدِ ابْنِ عَبْدِ اللهِ ﷺ "Marhaban bihabibi wa qurroti 'aini muhammadi bni 'abdillah shollallahu 'alaihi wasallama." Kemudian kedua ibu jari diusapkan kedua mata sebanyak 3x/1x.
Fadhilatnya adalah insya Allah mata kita akan selalu terang dan jelas melihat sampai tua dan juga tidak akan sakit mata dan juga tidak akan terkena segala penyakit mata.
Asal mulanya adalah sewaktu Nabi Adam as disurga,dipintu depan surga ada tulisan
لَا اِلٰهَ اِلّاَ اللهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ
Kata Nabi Adam as wahai Allah,siapa itu Muhammad yang ada tulisan dipintu surga??
Kemudian dijawab Allah,,itu adalah kekasihku.Nuurnya masih berada disulbi kamu wahai nabi Adam,kata Allah.
Kemudian nabi Adam meminta kepada Allah maukah Engkau perlihatkan kepadaku??
Setelah itu Allah meletakkan Nuur itu didahi nabi Adam.
Kata nabi Adam,hamba masih belum bisa melihat yaa Allah.
Kemudian Allah meletakkan dikedua kuku ibu jari nabi Adam as Nuurnya Muhammad.lalu nabi Adam as melihat Nuurnya Rasulullah saw dikedua kuku ibu jari nabi Adam kemudian beliau kecup kedua ibu jari tadi dan langsung mengusapkannya ke kedua mata beliau.
Catatan pengajian dimusholla Ar Raudhah sekumpuL hari ahad sore ba'da ashar tahun 2002.
Sumber : Guru Ahbab Muhammad
Mudah-mudahan Berkat Rasulullah, Berkat Guru Sekumpul, Para Ulama, Para Habaib, Orang-orang Sholeh, Dosa-dosa Kita Seumur Hidup Baik Lahir Maupun Bathin Diampuni Allah dan Mendapat Ridho Disisi Allah SWT. Aamiin
ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﻳﺎ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ



MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...