Wednesday, January 26, 2022

FAKTA DIRI 2 : AKU DAH TUA

JOM BERADA DI TEMPAT YANG ALLAH SUKA


Dah pencen pun,dah tak sibuk lagi dengan jadual masa kerja di pejabat,jom kita sibukkan diri kita untuk berada di 6 tempat yang Allah SWT suka melihat hamba NYA berada di situ,
Insha Allah! 
 

Soalan yang selalu ditanya kepada pesara ialah "nak buat projek apa bila dah pencen nanti" - ada seorang ustaz yang memberi nasihat "bila dah pencen jangan cakap tak mau buat apa,nak dok saja ja kerana ayat tu macam doa minta sakit,orang sakit ja yang dok saja ja nak buat apa pun tak boleh"

Semoga tetap direzekikan Allah SWT dengan kesihatan fizikal dan mental.Aku punyai koleksi kitab/buku yang hampir 200 buah yang mula ku beli sejak aku menjalani latihan di Institut Kesihatan Umum,Jalan Bangsar,Kuala Lumpur dahulu - aku ingin khatam membaca semuanya itu dan mengamalkan ilmunya,Insha Allah!

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...