Friday, August 27, 2021

XXSOLAT SUNAT TASBIH

Kerjakanlah! Walaupun Sekali Seumur Hidup
Tasbih merupakan satu perintah yang disebutkan berkali-kali di dalam Al Quran
Malah 7 petala langit dan bumi serta isi-isinya bertasbih kepada Allah Swt
Salah satu cara mengingati Allah itu ialah melalui solat sunat Tasbih. Dinamakan ia sebagai solat sunat Tasbih kerana banyaknya lafaz-lafaz tasbih yang diucapkan dalam solat tersebut berbanding dengan solat yang lain.
👉🏻
IBADAT :SOLAT SUNAT TASBIH
PANDUAN TATACARA SOLAT SUNAT TASBIH
👉🏻
Solat Sunat TASBIH...
Bagaimana cara mengerjakan solat sunat TASBIH???
Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib RA...Solat sunat TASBIH diberikan nama sedemikian kerana diucapkan TASBIH sebanyak 300x TASBIH semasa mengerjakannya...Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu,dikurangkan kepada sekali seminggu...Sekiranya masih tidak mampu,dikurangkan kepada sekali sebulan...Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan,memadailah melakukannya sekali dalam setahun...Atau paling tidak memadailah sekali dalam seumur hidup...
Kelebihan Solat Sunat TASBIH...
ALLAH SWT akan mengampunkan segala dosa2 yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian...Dosa yang lama mahupun dosa yang baru...Dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja...Dosa kecil mahupun yang besar...Dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata...
Rakaat Solat Sunat TASBIH
Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini,bergantung kepada waktu ianya dikerjakan...
Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari,hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam...Sekiranya dikerjakan pada malam hari,hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam...
Lafaz Niat Solat Sunat TASBIH...
Lafaz niat solat sunat TASBIH jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah...
Usolli sunnatal tasbihi arba’a raka’atin lillahi taala
Dalam bahasa Melayu...
Sahaja aku solat sunat TASBIH empat rakaat kerana ALLAH TAALA...
Lafaz niat solat sunat TASBIH jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah...
Usolli sunnatal tasbihi rak’ataini lillahi taala...
Dalam bahasa Melayu...
Sahaja aku solat sunat TASBIH dua rakaat kerana ALLAH TAALA...
Lafaz TASBIH dalam solat ialah...
Subhaanallah wal hamdulillah wa laailaaha illallah wallaahu akbar wa laa hawla wa laa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azhiimi...
Cara Mengerjakan Solat TASBIH...
-Rakaat Pertama Niat ketika takbiratul ihram...
-Membaca doa iftitah...
-Membaca surah al-Fatihah...
-Membaca surah selepas al-Fatihah... -Selepas itu berTASBIH sebanyak 15
kali...
-Rukuk dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Iktidal dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk diantara dua sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud kedua dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua juga berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Rakaat Kedua membaca surah al-Fatihah...Membaca surah selepas al-Fatihah dan selepas itu berTASBIH sebanyak 15 kali...
-Rukuk dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Iktidal dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk diantara dua sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud kedua dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat kemudian berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Memberi salam
(Baca zikir selepas setiap rukun kemudian baru berTASBIH,contoh selepas rukuk baca dahulu Subhanarabial Azimi Wabihamdi 3x,kemudian baru berTASBIH...BerTASBIHlah dengan perlahan2 dan jangan tergopoh gapah agar cepat selesai)
Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...