Friday, August 27, 2021

XXBISMILLAH 20

BISMILLAH 20
Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan sebaiknya pada waktu malam sebelum tidur.
Barangsiapa yang membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahaya.
Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau sekurangnya setahun sekali.
InsyaAllah dengan izin-Nya ..
1 - Dibuka pintu syurga.
2 - Ditutup pintu neraka.
3 - Terpelihara daripada mati terkejut.
4 - Terhindar daripada azab kubur.
5 - Selamat melalui titian sirat.
6 - Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar.
Semoga Bermanfaat
Alhamdulillah ♥️

XXSURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Untuk dipermudahkan hafazan:
اعوذبالله من الشيطاالرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Surah At Taubah
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Erti ayat 128,
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Erti ayat 129,
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

#Aamiin ya Robbal Aalamin

XXSOLAT SUNAT TASBIH

Kerjakanlah! Walaupun Sekali Seumur Hidup
Tasbih merupakan satu perintah yang disebutkan berkali-kali di dalam Al Quran
Malah 7 petala langit dan bumi serta isi-isinya bertasbih kepada Allah Swt
Salah satu cara mengingati Allah itu ialah melalui solat sunat Tasbih. Dinamakan ia sebagai solat sunat Tasbih kerana banyaknya lafaz-lafaz tasbih yang diucapkan dalam solat tersebut berbanding dengan solat yang lain.
👉🏻
IBADAT :SOLAT SUNAT TASBIH
PANDUAN TATACARA SOLAT SUNAT TASBIH
👉🏻
Solat Sunat TASBIH...
Bagaimana cara mengerjakan solat sunat TASBIH???
Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib RA...Solat sunat TASBIH diberikan nama sedemikian kerana diucapkan TASBIH sebanyak 300x TASBIH semasa mengerjakannya...Dianjurkan mengerjakan solat sunat ini setiap malam dan sekiranya tidak mampu,dikurangkan kepada sekali seminggu...Sekiranya masih tidak mampu,dikurangkan kepada sekali sebulan...Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan,memadailah melakukannya sekali dalam setahun...Atau paling tidak memadailah sekali dalam seumur hidup...
Kelebihan Solat Sunat TASBIH...
ALLAH SWT akan mengampunkan segala dosa2 yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian...Dosa yang lama mahupun dosa yang baru...Dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja...Dosa kecil mahupun yang besar...Dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata...
Rakaat Solat Sunat TASBIH
Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini,bergantung kepada waktu ianya dikerjakan...
Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari,hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam...Sekiranya dikerjakan pada malam hari,hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam...
Lafaz Niat Solat Sunat TASBIH...
Lafaz niat solat sunat TASBIH jika dikerjakan di siang hari (satu salam) ialah...
Usolli sunnatal tasbihi arba’a raka’atin lillahi taala
Dalam bahasa Melayu...
Sahaja aku solat sunat TASBIH empat rakaat kerana ALLAH TAALA...
Lafaz niat solat sunat TASBIH jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah...
Usolli sunnatal tasbihi rak’ataini lillahi taala...
Dalam bahasa Melayu...
Sahaja aku solat sunat TASBIH dua rakaat kerana ALLAH TAALA...
Lafaz TASBIH dalam solat ialah...
Subhaanallah wal hamdulillah wa laailaaha illallah wallaahu akbar wa laa hawla wa laa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azhiimi...
Cara Mengerjakan Solat TASBIH...
-Rakaat Pertama Niat ketika takbiratul ihram...
-Membaca doa iftitah...
-Membaca surah al-Fatihah...
-Membaca surah selepas al-Fatihah... -Selepas itu berTASBIH sebanyak 15
kali...
-Rukuk dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Iktidal dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk diantara dua sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud kedua dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua juga berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Rakaat Kedua membaca surah al-Fatihah...Membaca surah selepas al-Fatihah dan selepas itu berTASBIH sebanyak 15 kali...
-Rukuk dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Iktidal dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk diantara dua sujud dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Sujud kedua dan berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyat kemudian berTASBIH sebanyak 10 kali...
-Memberi salam
(Baca zikir selepas setiap rukun kemudian baru berTASBIH,contoh selepas rukuk baca dahulu Subhanarabial Azimi Wabihamdi 3x,kemudian baru berTASBIH...BerTASBIHlah dengan perlahan2 dan jangan tergopoh gapah agar cepat selesai)
Semoga bermanfaat..

XXBACK TO BASIC BERSAMA TN MEJAR FITRI

sumber : Ct Srah

XXJom amalkan air rebusan daun durian belanda

 Jom amalkan air rebusan daun durian belanda

☺️
.
Berikut Beberapa Khasiat Daun Durian Belanda:
.
1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
.
2) Sakit Pinggang:
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
.
3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
.
4) Mengatasi Diabetis :
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
.
5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
.
6) Mengatasi Buasir :
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
.
7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya. cp.

XXBICARA HATI BICARA DA'I


Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berkata dalam satu majlis tadarus: "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran belajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba² surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..." 

Di mana letaknya Al Quran di hati kita?

XXJOM MEMBACA MARI MENJADI HAMBA


MARI MENJADI HAMBA : HILAL ASHRAF GALERI ILMU SDN. BHD. (2017) : RM20.00

Wednesday, August 25, 2021

SHEIKH ALI AS-SOBUNI - IDOLA KU

Beginilah kehidupan peribadi ulama tafsir yang pernah hidup di zaman kita, Sheikh Ali As-Sobuni.
Beliau baru sahaja wafat tahun ini iaitu pada 19 Mac 2021.
Baru-baru ini anak beliau memuat naik status di media sosial menceritakan kehidupan peribadi ayahnya yang sangat menginspirasikan kita semua.
Anak beliau menulis :
"Tempat ini mempunyai memori yang sangat banyak. Sewaktu ayahku masih hidup, beliau berada di sini siang malam.
Setiap hari seawal jam 3 pagi, ayah akan bangun untuk solat tahajjud terlebih dahulu. Selesai solat, aku akan dengar suara tapak kakinya berjalan dengan berhati-hati kerana takut mengganggu kami tidur.
Kemudian ayah akan duduk di perpustakaan dan menyalakan lampu mejanya dan akan mula menulis.
Sebelum azan subuh berkumandang, ayah akan bangun dan mengambil kunci kereta dan sejadah untuk solat di masjid dan akan baca al-Quran sebanyak 3 juzuk bersama temannya di masjid.
Setelah pulang ke rumah, ayah akan sarapan bersama kami dan akan kembali untuk menulis sehingga jam 10.30 pagi. Kemudian beliau akan terus tidur sebentar (qailulah).
Begitulah rutin harian ibadah ayahku."
Anak beliau menceritakan lagi bahawa ayahnya banyak kali akan bangun tidur dan terus menuju ke perpustakaan untuk menulis dan apabila anak beliau bertanya bahawa ayahnya tidak letih kah bangun tidur semula, sedangkan ayah sudah hampir terlelap tidur?
Lalu ayahnya menjawab :
"Waktu itulah kefahaman akan datang untuk aku menafsir ayat al-Quran, aku takut kefahaman tersebut hilang begitu sahaja, sebab itulah aku bangun dan terus menulis.
Sahabat sekalian, para ulama adalah individu yang mesti kita contohi kehidupan mereka kerana mereka merupakan individu yang sangat ikhlas memperjuangkan agama ini.
Kredit : Hala Sabouni
Terjemahan : Kun Anta  

Sunday, August 22, 2021

CINTAILAH RASULULLAH SAW


Kewajipan Mencintai Rasulullah Saw

Pendahuluan

Menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cintanya kepada semua makhluk lain.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah manusia pilihan Allah Subhanahuwata‘ala yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah, berbuat makruf,  mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya.

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ

Alif, laam raa. (Ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rab mereka, (iaitu) menuju jalan Rab Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

(Surah Ibrahim : 1)

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah dan khurafat, dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan yang lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenar. Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِيَّ ٱلۡأُمِّيَّ ٱلَّذِي يَجِدُونَهُۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَىٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَٰلَ ٱلَّتِي كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ

(Iaitu) orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka daripada mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

(Surah Al-A’raf : 157)

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berda’wah dan mendidik umat dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Baginda bersabar menghadapi segala tentangan, siksaan dan halangan. Baginda membangunkan umat berdasarkan aqidah yang benar dan mengembangkan da’wah ke segenap penjuru alam, sehinggalah kita dapat menikmati nikmat Islam pada hari ini.

Kewajiban Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Berikut adalah huraian ringkas mengenai kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:

  1. Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam melebihi cinta kepada diri sendiri

 Imam Bukhari meriwayatkan:

عَن عَبْد اللَّهِ بْنَ هِشَامٍ ، قَالَ : كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم وَهْوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِى .
فَقَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم:

لاَ وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ  .
فَقَالَ لَهُ عُمَرُ : فَإِنَّهُ الآنَ وَاللَّهِ لأَنْتَ أَحَبُّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى .
فَقَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم : الآنَ يَا عُمَرُ  .

Daripada Abdullah bin Hisyam Radiallahuanhu bahawa beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam,  sementara baginda memegang tangan Umar bin Khatthab Radiallahuanhu, maka Umar berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri.

Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam  bersabda: Tidak, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hinggalah kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri.

Umar berkata kepada baginda: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.

Nabi bersabda: Saat ini wahai Umar (benarlah cinta kamu)

 (Riwayat al-Bukhari)[1]

  1. Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cinta kepada orang tua (ibubapa) dan anak

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏  فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ ‏
Daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

Demi zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kamu beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.

(Riwayat al-Bukhari)[2]

  1. Kewajipan mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cinta kepada seluruh manusia lain

Imam Bukhari meriwayatkan:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Daripada Anas Radiallahuanhu, berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya

(Riwayat al-Bukhari)[3]

  1. Kewajipan mencintai Allah Subhanahuwata’ala, Rasululullah Sallallahu’alaihiwasallam dan berjihad di jalan-Nya melebihi cinta kepada segala yang lain

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik

(Surah At-Taubah : 24)

 Imam Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas:

Apabila semua perkara dan urusan di atas lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah maka tunggulah datangnya bencana dan azab daripada Allah yang akan menimpa kamu

(Mukhtasar Ibnu Kathir – Syeikh Nasib Ar-Rifa’i)

Buah Daripada Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Bagi mereka yang mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, akan mendapat hasil atau natijah yang baik samada di dunia mahupun di akhirat, antaranya ialah:

  1. Cinta kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam akan mendatangkan rasa manisnya iman

 Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik Radiallahuanhu bahawa Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّار

Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya, nescaya dia akan mendapat kemanisan iman.

(Pertama) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada sesuatu selain keduanya, dan

(Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan

(Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api

(Riwayat al-Bukhari)[4]

Erti manisnya iman, sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama’, adalah merasakan lazatnya segala ketaatan dan bersedia menderita kerana din (agama) serta mengutamakan itu semua daripada seluruh materi dunia (kenikmatan dan harta benda dunia)

(Fathul Bari 1/61).

  1. Orang yang mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam akan tinggal bersama baginda di akhirat nantiDaripada Anas bin Malik Radiallahuanhu, dia berkata:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

مَتَى السَّاعَةُ يَا رَسُولَ اللَّه

 قَالَ: مَا أَعْدَدْتَ لَهَا

 قَالَ: مَا أَعْدَدْتُ لَهَا مِنْ كَثِيرِ صَلَاةٍ وَلَا صَوْمٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

قَالَ: أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam: Bilakah hari kiamat terjadi wahai Rasulullah?

 Baginda menjawab: Apakah yang telah kamu persiapkan untuknya?

 Lelaki itu menjawab: Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa atau pun sedekah, namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Baginda bersabda: Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.

(Riwayat al-Bukhari)[5]

Anas Radiallahuanhu berkata: Kami tidak bergembira setelah masuk Islam lebih daripada mendengar sabda baginda: Sesungguhnya kamu bersama orang yang kamu cintai.
Anas Radiallahuanhu berkata: Saya mencintai Allah, Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar, dengan harapan saya dapat berkumpul bersama mereka walau pun saya tidak beramal seperti mereka.

 Tanda-Tanda Orang Yang Mencintai Nabi Sallallahu’alaihiwasallam

Antara tanda-tanda mencintai Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam – adalah seperti yang dinyatakan oleh Al-Aadhi ‘Iyadh:

Termasuk tanda mencintai Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam adalah membela sunnahnya dan menegakkan syari’atnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya, seseorang akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya

 (Syarah Sahih Muslim – An-Nawawi).

Ibnu Hajar berkata:

Termasuk tanda cinta kepada Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam di atas, adalah bahawa seandainya (seseorang) disuruh memilih di antara kehilangan dunia atau kehilangan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, kalau itu memungkinkan, maka ia lebih memilih kehilangan dunia daripada kehilangan kesempatan untuk melihat baginda, ia merasakan lebih berat kehilangan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam daripada kehilangan kenikmatan dunia, maka orang seperti itu telah mendapat sifat kecintaan di atas, dan siapa yang tidak mencapai sedemikian maka tidak berhak mendapat bahagian daripada buah cinta itu. Yang demikian itu tidak hanya terbatas pada persoalan cinta sahaja, bahkan membela sunnah dan menegakkan syari’at serta melawan para penentang, termasuk amar makruf dan nahi mungkar.

(Fathul Bari)

[1] Sahih al-Bukhari, no.hadits : 6632

[2] Sahih al-Bukhari, no.hadits : 14

[3] Sahih al-Bukhari, no.hadits : 15

[4] Sahih al-Bukhari, no.hadits : 16

[5] Sahih al-Bukhari, no.hadits : 6171

Print Friendly, PDF & Email


 

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...