Sunday, July 18, 2021

XXZUL SALLEH - BERHENTILAH MENZALIMI DIRI SENDIRI


GAGAL DUNIA BOLEH REPEAT, GAGAL AKHIRAT HANYA ADA PENYESALAN
Dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.”
Di dalam kubur @ alam barzah tempat untuk pemeriksaam iman sementara di Padang Mahsyar adalah tempat pemeriksaan amal.

Di dalam kitab, Ar-Ruh menyatakan, roh yang hidup di alam barzakh ada dua jenis. Pertama, mun’amah iaitu roh yang hidup mendapat nikmat.Ada roh yang hidup di alam barzakh mendapat nikmat lebih hebat daripada hidupnya ketika di dunia. Sebabnya, dia dapat menjawab soalan Munkar dan Nakir dengan lancar kerana banyak melakukan amal ibadat termasuk pahala solat, sedekah jariah dan derma.
Malah, dalam satu hadis panjang yang boleh juga dirujuk menerusi kitab Ar-Ruh ada menyatakan, bagi orang yang boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir dan di akhir sekali malaikat itu akan berkata, “Tidurlah kamu sepertimana tidurnya pengantin.”Tidur pengantin itu adalah simbolik kepada roh yang diberi nikmat dan dia tidak akan diganggu.
Golongan yang kedua adalah roh mu’azzabah iaitu roh yang akan mendapat siksaan kubur. Golongan itu akan dipukul dan dipalu dengan pukulan yang amat dahsyat. Sehinggakan dalam satu riwayat menyatakan, apabila sekali malaikat Munkar dan Nakir memukul, maka akan terbenam ke dalam tanah.

Sebelum Imam As-Syafie pulang ke Rahmatullah,Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"
PERTAMA : 
HAK KEPADA DIRI. : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : 
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT : Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : 
HAK KEPADA KUBUR  : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT:
HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR. : 
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : 
HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : 
HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : 
HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : 
HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : 
HAK KEPADA NABI S.A.W. : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : 
HAK KEPADA ALLAH S.W.T : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

KALAU INI HARI TERAKHIR KITA

Bismillah
Bukankah Allah SWT telah berfirman, bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati? Kita semua akan mati. Cuma entah bila itu akan terjadi.Yang jelas pasti kita semua akan mati. Pasti! Bisa besok, lusa, atau justru hari ini.

Kalau kita tahu bahwa hari ini hari terakhir kita, Apa yang hendak kita kerjakan? ..

Apakah kita akan mengingat dosa dan bersimpuh untuk bertaubat nasuha dengan memperpanjang sujud dan istighfar?

Apakah kita akan menegakkan sholat dengan berjamaah dimasjid, dengan tuma’ninah dan sekusyu' mungkin, dan tidak akan beranjak sebelum melantunkan dzikir yang menggetarkan hati?

Apakah kita akan meminta maaf kepada orang yang telah kita dzalimi, baik dalam ucapan, perilaku maupun dalam hal harta?

Apakah kita akan menyampaikan amanah yang dititipkan kepada kita, kepada mereka yang berhak?

Apakah kita akan banyak membaca Al Qur’an, setelah sekian lama kita tinggalkan?

Apakah kita akan memperbanyak sedekah kepada orang yang memerlukan?

Apakah kita akan menjauhi segala dosa dan segala hal yang tidak berguna?

Jika demikian, mengapa tidak kita kerjakan mulai sekarang? Bukankah, boleh jadi ini hari terakhir kita?

Bukankah Baginda Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya, amal (yang paling menentukan) adalah amal terakhirnya”.(HR.Bukhari).

Semoga Allah SWT berkenan memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang husnul khatimah.
Aamiin!

GAGAL DUNIA BOLEH REPEAT, GAGAL AKHIRAT HANYA ADA PENYESALAN

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...