Tuesday, June 15, 2021

PERTANIAN 1 IBADAH - TIADA ALASAN

Pertanian 1 IBADAH...

Pahala mencurah dan DOSA juga boleh bertambah.

 TIADA ALASAN.....

Dalam satu syarah yang pernah saya ikuti, diberitakan bahawa "jika ketika berlakunya kiamat, tika itu ada biji benih di tangan kita, di suruh tanam dulu akan biji benih itu..." Apa maknanya tu.
Itu lah pentingnya bidang pertanian. Maju negara industri pun, makanan tetap diutamakan. Mana datangnya makanan kalau tidak dari bidang pertanian.
Bidang pertanian semakin maju berkembang sejajar dengan industri 4.0. Pertanian kini tidak memerlukan sangat tanah seperti mana pertanian zaman konservatif.
Saya tidak akan berhujah panjang dalam pertanian kerana ia bukan bidang saya. Cuma saya sentuh berdasarkan pengalaman semata-mata.
Dulu apa saja yang saya tanam semua tak menjadi hingga saya di kira "tangan panas". Masa sekolah pun saya tak ambil subjek Sains Pertanian. Atok, nenek, bonda saya bila menanam semua menjadi. Mertua saya pun seorang petani dan pekebun yang berjaya.
Dipendekkan ceriter, saya muhasabah diri dan banyakkan membaca tentang bidang pertanian dan akhirnya saya berjumpa ANAK KUNCI KEJAYAAN bertani yang saya inginkan. Too Simple..
Anak kuncinya berbunyi:-
👉
"Tanamlah (apa saja biji benih) yang kau kehendaki dengan nama Allah kerana sesungguhnya Dialah yang menghidup dan mematikan sesuatu. Tanam di sini atas tanah (waktu itu)."
👉
"Tanaman yang di hasilkan dengan nama Allah ada keberkatanNya dan di situ ada hak kamu dan berkongsilah akan hak yang lain nescaya kau akan menerima nikmat yang tidak kau fikirkan.
Pengalaman:-
Masa mula menanam banyak sungguh ujiannya:-
👉
tak hidup
👉
hidup tapi tak berbuah
👉
berbuah tapi di curi
👉
berbuah tapi berulat
👉
berbuah tapi dimakan haiwan
👉
pokok diracuni
👉
pokok dirosakkan
👉
macam-macam lagi...
Akhirnya:-
Saya ubah strategi, tanam dengan niat:
👉
Saya tanam bukan saja untuk saya tetapi saya wakaf dan infaqkan untuk selain saya akan hasil tanaman yang saya tanam.
Barulah lepas itu, hati saya lega dan puas sebab:- bila...
👉
buah berulat
👉
buah dicuri orang
👉
buah dimakan haiwan dan sebagainya, saya bersyukur (dulu sedih sangat) sebab ada ganjaran pahala disitu. Tak ada guna bersedih dan marah.
👉
bila buah menjadi (lebih dari keperluan keluarga), saya infaqkan kepada sesiapa saja yang Allah telah tentukan rezeqinya....selalunya jiran yang jadi mangsa.
👉
pernah saya turunkan semua buah dan sediakan plastik untuk sesiapa yang hendak di wakaf depan rumah saya (ambil sendiri berapa mereka mahu).
👉
pokok yang jadi ubat, saya wakafkan dan benarkan sesiapa yang perlu, ambil tanpa bagitahu saya.(pokok belimbing buluh).
👉
semua yang saya tanam, saya tidak jual. Jika ada yang degil bagi duit, saya masukkan jer duit tu ke dalam tabung masjid dan niat pahala untuk kedua ayah bonda semuanya.
Apa yang penting:-
"TIADA ALASAN DALAM PERTANIAN".
👉
Bumi kita subur, campak biji benih, in shaa Allah hidup dan berhasil. Tanam cara "campak dan tinggal" pun menjadi, inikan pula kalau bertani secara berstrategi.
👉
Zaman teknologi ini, tiada tanah diperlukan lagi untuk bertani. Jadi jangan BIKIN ALASAN LAGI...

Itulah perkongsian pengalaman dari hamba yang Dhaif lagi hina,
Amet Udin Al Alor Pasri.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...