Monday, June 28, 2021

Amalkan walau sedikit.

 Amalan Harian Yang Perlu Di-jaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh - Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali ALLAH yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam Hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin - Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah - Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk - Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada Hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama Hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh - Allah janji ‘cahaya’ di Hari Qiamat dan diampunkannya di antara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah Hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘La ilaha illallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan Hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi Hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan Hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Aamiin

XXXSenaman Tenaga Batin Kamasutra Senaman Kuat Nafsu Seks

SURAT AL MULK - Kuntriksi Ellail

SURAH AL WAQI'AH - Kuntriksi Ellail

2 - SURAH AL-BAQARAH MUROTTAL SYEKH MISYARI RASHID AL'AFASY

BERGADUH SOAL SIAPA YANG PEGANG GERAN TANAH. BAGAIMANA PENYELESAIANNYA?

 Masalah ini selalu dihadapi oleh penama-penama dalam geran kongsi pemilikan bersama.

Apa dia? Bergaduh fasal siapa yang patut pegang geran tanah.
Isu ni kecik je sebenarnya. Tapi disebabkan tak de ilmu, benda kecik pun boleh jadi bahan untuk berbalah satu sama lain.
Banyak saya dapati hanya satu pihak sahaja yang "konker" pegang geran. Bila orang lain nak pinjam geran untuk sesuatu urusan, bukan main kerek nya dia.
Konon takut geran hilang lah. Takut nanti tak pulang balik lah. Macam-macam alasan lah diberi nya. Macam lah geran tanah tu boleh bawak mati dalam kubur.
Sebenarnya, isu siapa yang patut pegang geran tanah tu tak penting pun. Dan tak sepatutnya pun dijadikan bahan untuk berbalah.
Asalkan nama anda ada didaftarkan dalam geran tersebut sebagai pemilik berdaftar, dari segi perundangan hak dan kepentingan anda akan sentiasa dilindungi oleh undang-undang. Jadi apa nak takut kalau tak pegang geran sekalipun.
Habis tu nanti kalau dia seorang saja yang pegang geran, kalau saya nak jual atau buat pindahmilik kepada anak saya macam mana? Banyak jugak yang tanya soalan ni.
Sebenarnya tak de masalah, kalaulah sekiranya pemilik bersama yang pegang geran tu tak kasi pinjam geran untuk anda uruskan urusan pindahmilik, anda sebenarnya boleh tulis surat kepada pejabat tanah memaklumkan yang anda ingin melakukan urusan pendaftaran pindahmilik tetapi pemilik bersama yang pegang geran tersebut enggan serahkan geran tanah asal tersebut kepada anda.
Pejabat tanah boleh arahkan pemilik bersama yang pegang geran asal tanah tadi menyerahkan geran tanah asal tersebut kepada pejabat tanah untuk tujuan di atas. Sekiranya pemilik bersama tadi enggan beri kerjasama, pejabat tanah boleh keluarkan GERAN PENDUA untuk membolehkan urusan pendaftaran pindahmilik tadi dilakukan.
Bukan itu sahaja, pemilik bersama yang degil tak nak serah geran tanah asal tadi boleh diambil tindakan undang-undang seperti didenda atau dipenjara.
Kemudian ada juga yang tanya. Tak boleh ke pejabat tanah keluarkan satu geran seorang kepada setiap pemilik bersama? Baru lah senang.
Dalam Kanun Tanah Negara menyatakan dalam satu masa, hanya satu Suratan Hakmilik Asal (Geran Tanah Asal) sahaja akan dikeluarkan untuk satu bidang tanah.
Ertinya, setiap satu tanah hanya akan ada satu geran asal sahaja. Dia tidak akan jadi 10 geran atau 20 geran untuk satu tanah, walaupun penama dalam geran itu melebihi seorang.
Jadi soal siapa nak pegang geran asal tu pakat-pakat lah anda selesaikan secara baik.
Dalam Kanun Tanah Negara tak de pun menetapkan syarat-syarat siapa yang patut pegang geran untuk tanah geran pemilikan bersama ni.
Cuma dari segi amalan kebiasaannya, mungkin pemilik bersama yang mempunyai bahagian terbesar yang akan pegang geran.
Pun begitu ia tidak semestinya begitu. Boleh sahaja kalau nak dibuat penggiliran siapa yang pegang geran.
Misalnya tahun ni Pak Abu pegang geran. Tahun depan Pak Karim. Begitulah seterusnya sampai semua pemilik bersama dalam geran tu merasa pegang geran asal tanah tersebut.
Tetapi kalau masih nak bergaduh jugak, simpan sahaja lah geran asal tanah tu kat pejabat tanah.
Kalau korang nak tahu, Pejabat tanah ada sediakan perkhidmatan menyimpan geran asal bagi sesuatu tanah.
Cara ini lebih baik dan lebih selamat. Geran pun selamat. Tak payah nak bergaduh soal siapa nak pegang geran lagi.
Kalau mana mana pemilik bersama ada sebarang urusan nak buat berkenaan tanah tersebut seperti nak buat urusan pindahmilik bahagian dia kepada anak dia misalnya, boleh terus ke pejabat tanah dan petugas di pejabat tanah akan dapatkanya untuk anda. Selepas selesai urusan tersebut, pejabat tanah akan simpan dan jaga geran tersebut bagi pihak anda.
Aduhai..benda kecik pun nak gaduh..buat malu saja.
Inilah pentingnya ilmu perundangan hartanah. Kalau takde ilmu pasti semua tindakan kita akan berdasarkan emosi dan perasaan.
Urusan tanah ni kalau nak selesai guna emosi dan perasaan, memang tak kan selesai lah jawabnya. Sebaliknya nak selesai kena ikut lah Undang-undang.
Undang-undang tanah di negara kita ni bukan semalam baru kerajaan gubal. Dah ada sejak merdeka lagi. Jadi ia antara Undang-undang yang boleh dikatakan lengkap dan detail di negara kita.
Pendek kata, jika anda faham undang-undang, insyaallah semua masalah berkenaan tanah akan dapat diselesaikan dengan baik.
Wallahuaklam.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

Friday, June 25, 2021

SUKSES LEWAT JALUR LANGIT MAU?

 SUKSES LEWAT JALUR LANGIT MAU?

1. Sholat 5 waktu diawal waktu(jangan bolong kecuali haid)
2. Sholat dhuha jam 9-11pagi
3. Sholat tahajud (usahakan) jam3-4 pagi
4. Sholat hajat
5. Rutin berpuasa senin kamis
6. Solawat minimal 100× perhari
7. Sedekah subuh sisihkan 1000rupiah/hari
8. Ngaji jangan sampai putus
9. Baca Al Waqiah setiap hari
10. Bagun tidur sebelum azan subuh(setelah shalat beraktifitas jangan tidur lagi)
11. Memberi makan kucing/hewan
12. Mentraktir teman. 13. Berdoa diwaktu sepertiga malam
14. Istigfar min 100× perhari
15. Buat ibumu tersenyum
16. Istiqomah tidak pacaran
17. Berwudhu sebelum tidur,baca surah Al Mulk dan 2 ayat last Al Baqarah
Sedikit Renungan bersama.

Bagi orang yang mencintai dunia, maka akan berkuranglah cintanya kepada Allah, sehingga lalai dalam munajat kepada Allah, kerana umumnya manusia digerakkan oleh apa yang dicintainya.

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa mencintai Allah. Aamiiin
Semoga bermanfaat

1 SURAH AL FATIHAH - USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH

Wednesday, June 23, 2021

DOA NABI SAW KETKA SAKIT


 

SURAT YASIN - Kuntriksi Ellail

MENJADI ORANG BAHAGIA & BERJAYA BERSAMA TANBIHUL GHAFILIN - PERMULAAN IQRA' KU

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari al Nadwi al Maliki
- wafat 7.30 pagi 30/10/2021 @ 62 tahun
TEKNIK MENJADI ORANG BAHAGIA & BERJAYA PETUA DAN AMALANNYA : HASAN MUHD HJ. AL-KHAIR
PENERBITAN JAHABERSA (2005) : RM38.00 (403 m/s)
TANBIHUL GHAFILIN JILID 1 &2 : ABU LAITS AS SAMARQANDI
PUSTAKA JIWA SDN. BHD. (2012) : RM50.00 (1030 m/s)

Tuesday, June 15, 2021

MASYA ALLAH

PERTANIAN 1 IBADAH - TIADA ALASAN

Pertanian 1 IBADAH...

Pahala mencurah dan DOSA juga boleh bertambah.

 TIADA ALASAN.....

Dalam satu syarah yang pernah saya ikuti, diberitakan bahawa "jika ketika berlakunya kiamat, tika itu ada biji benih di tangan kita, di suruh tanam dulu akan biji benih itu..." Apa maknanya tu.
Itu lah pentingnya bidang pertanian. Maju negara industri pun, makanan tetap diutamakan. Mana datangnya makanan kalau tidak dari bidang pertanian.
Bidang pertanian semakin maju berkembang sejajar dengan industri 4.0. Pertanian kini tidak memerlukan sangat tanah seperti mana pertanian zaman konservatif.
Saya tidak akan berhujah panjang dalam pertanian kerana ia bukan bidang saya. Cuma saya sentuh berdasarkan pengalaman semata-mata.
Dulu apa saja yang saya tanam semua tak menjadi hingga saya di kira "tangan panas". Masa sekolah pun saya tak ambil subjek Sains Pertanian. Atok, nenek, bonda saya bila menanam semua menjadi. Mertua saya pun seorang petani dan pekebun yang berjaya.
Dipendekkan ceriter, saya muhasabah diri dan banyakkan membaca tentang bidang pertanian dan akhirnya saya berjumpa ANAK KUNCI KEJAYAAN bertani yang saya inginkan. Too Simple..
Anak kuncinya berbunyi:-
👉
"Tanamlah (apa saja biji benih) yang kau kehendaki dengan nama Allah kerana sesungguhnya Dialah yang menghidup dan mematikan sesuatu. Tanam di sini atas tanah (waktu itu)."
👉
"Tanaman yang di hasilkan dengan nama Allah ada keberkatanNya dan di situ ada hak kamu dan berkongsilah akan hak yang lain nescaya kau akan menerima nikmat yang tidak kau fikirkan.
Pengalaman:-
Masa mula menanam banyak sungguh ujiannya:-
👉
tak hidup
👉
hidup tapi tak berbuah
👉
berbuah tapi di curi
👉
berbuah tapi berulat
👉
berbuah tapi dimakan haiwan
👉
pokok diracuni
👉
pokok dirosakkan
👉
macam-macam lagi...
Akhirnya:-
Saya ubah strategi, tanam dengan niat:
👉
Saya tanam bukan saja untuk saya tetapi saya wakaf dan infaqkan untuk selain saya akan hasil tanaman yang saya tanam.
Barulah lepas itu, hati saya lega dan puas sebab:- bila...
👉
buah berulat
👉
buah dicuri orang
👉
buah dimakan haiwan dan sebagainya, saya bersyukur (dulu sedih sangat) sebab ada ganjaran pahala disitu. Tak ada guna bersedih dan marah.
👉
bila buah menjadi (lebih dari keperluan keluarga), saya infaqkan kepada sesiapa saja yang Allah telah tentukan rezeqinya....selalunya jiran yang jadi mangsa.
👉
pernah saya turunkan semua buah dan sediakan plastik untuk sesiapa yang hendak di wakaf depan rumah saya (ambil sendiri berapa mereka mahu).
👉
pokok yang jadi ubat, saya wakafkan dan benarkan sesiapa yang perlu, ambil tanpa bagitahu saya.(pokok belimbing buluh).
👉
semua yang saya tanam, saya tidak jual. Jika ada yang degil bagi duit, saya masukkan jer duit tu ke dalam tabung masjid dan niat pahala untuk kedua ayah bonda semuanya.
Apa yang penting:-
"TIADA ALASAN DALAM PERTANIAN".
👉
Bumi kita subur, campak biji benih, in shaa Allah hidup dan berhasil. Tanam cara "campak dan tinggal" pun menjadi, inikan pula kalau bertani secara berstrategi.
👉
Zaman teknologi ini, tiada tanah diperlukan lagi untuk bertani. Jadi jangan BIKIN ALASAN LAGI...

Itulah perkongsian pengalaman dari hamba yang Dhaif lagi hina,
Amet Udin Al Alor Pasri.

KEBAHAGIAAN ADA PADA DIRI SENDIRI DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI

KEBAHAGIAAN ADA PADA DIRI SENDIRI : DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
Judul Asal: Hatta Takuna As’adan Nas
PUSTAKA AL-SHAFA (2013) : RM8.00 (129 HALAMAN)

AMALAN MENGHINDAR SERANGAN JANTUNG

KASIHNYA RASULULLAH SAW KEPADA SAYYIDITINA KHADIJAH RA

  Sumber : Ayah Mai Fc

TAHUKAH KAMU KEDUDUKANMU SEKARANG DI SISI ALLAH SWT?

 


قالوا : مقامك حيث أقامك
Para ulama' berkata: " Kedudukanmu disisi Allah ﷻ sesuai dengan dimana engkau ditempatkan (disibukkan)"
إذا أردت أن تعرف قدرك عند الله ، فانظر أين أقامك؟
Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah ﷻ, maka lihatlah dimanakah kamu ditempatkan.
فإذا شغلت بالذكر فاعلم أنه يريد أن يذكرك
Jika engkau disibukkan dengan dzikir, maka ketahuilah bahwasannya Allah ﷻ ingin mengingatmu.
إذا شغلت بالقرآن ، فاعلم أنه يريد أن يحدثك
Jika engkau disibukkan dengan Al-Qur'an maka ketahuilah bahwasannya Allah ﷻ mau berbicara denganmu.
إذا شغلت بالطاعات ، فاعلم أنه قربك
Jika engkau disibukkan dengan ketaatan, maka ketahuilah bahwasannya Allah ﷻ ingin mendekatimu (memberi rahmat).
إذا شغلت بالدنيا ، فاعلم أنه أبعدك
Jika engkau disibukkan dengan dunia, maka ketahuilah bahwasannya Allah ﷻ menjauhimu (daripada mengingatiNya).
إذا شغلت بالناس ، فاعلم أنه أهانك
Jika engkau disibukkan dengan manusia (yang tidak bermanfaat), maka ketahuilah bahwasanya Allah ﷻ menghinakanmu.
إذا شغلت بالدعاء ، فاعلم أنه يريد أن يعطيك
Jika engkau disibukkan dengan doa, maka ketahuilah bahwasannya Allah ﷻ menginginkan memberikan sesuatu kepada dirimu.
اللهم اعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Ya Allah bantulah kami agar dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan agar mampu beribadah kepadaMU dengan sebaik-baiknya.
يالله بالتوفيق حتى نفيق ونلحق الفريق
Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga digolongkan bersama orang-orang sholeh.

*MATI MENDADAK TANDA KEMURKAAN ALLAH?*

Semua orang pasti akan menemui kematian. Kematian itu, terkadang diawali dengan tanda-tanda, seperti sakit, terkadang kedatangannya mendadak tanpa tanda. Kematian mendadak merupakan tanda kemurkaan Allah Azza wa Jalla kepada orang tersebut. Dalam sebuah hadits disebutkan: Dari ‘Ubaid bin Khalid as-Sulami, seorang laki-laki dari sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , perawi terkadang mengatakan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , dan terkadang mengatakan dari ‘Ubaid, dia berkata: “Kematian mendadak adalah siksaan yang membawa penyesalan”.HR Ahmad

Dan para ulama telah menjelaskan mengapa kematian mendadak merupakan siksaan yang membawa penyesalan. Ali al-Qari rahimahullah berkata, “Yaitu, kematian mendadak merupakan dampak dari dampak kemurkaan Allâh, sehingga Allâh Azza wa Jalla tidak membiarkannya bersiap-siap untuk akhiratnya dengan taubat dan dengan mempersiapkan bekal akhirat, dan Allâh Azza wa Jalla tidak memberikannya sakit yang bisa menjadi penghapus dosa-dosanya.” Ibnu Baththâl rahimahullah berkata, “Hal itu –wallâhu a’lam– karena di dalam kematian mendadak dikhawatirkan terhalangi dari membuat wasiat dan tidak mempersiapkan untuk (bekal) akhirat dengan taubat, dan amal-amal shalih lainnya.” Akan tetapi bukan berarti semua orang yang mati mendadak merupakan orang yang dimurkai oleh Allâh Azza wa Jalla . Sesungguhnya hal itu berlaku bagi orang kafir atau orang yang selalu berada dalam maksiat. Adapun orang Mukmin, yang selalu mempersiapkan diri dengan iman yang shahîh dan amalan yang shalih, maka kematian mendadak merupakan keringanan baginya.Dari ‘Aisyah, ia berkata: Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kematian mendadak adalah keringanan terhadap seorang mukmin, dan siksaan yang membawa penyesalan terhadap orang kafir”.HR Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf, no. 6.781.
Yang dimaksud Mukmin di sini, adalah orang Mukmin yang telah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan selalu memperhatikannya. Sedangkan orang kafir, maka sangatlah jelas, karena dengan kematian mendadak, ia tidak sempat bertaubat dan mempersiapkan diri untuk akhirat.


BERTAUBATLAH LALU BERHIJRAHLAH

ZIKIR ALLAHUL KHAFI

NOTA IMAN 17 JUN 2021

🥲 ARE YOU SUFFERING? - Mufti Menk

AR-RAHMAN - MAKA NIKMAT TUHAN MU YG MANA LAGI YG KAU DUSTAKAN

JOM AMINKAN DOA INI - SEMOGA DIMAKBULKAN NYA
& UJIAN/DUGAAN INI DAPAT DIHADAPI DENGAN WAJAR

م . طارق هموندى M. Tarq Hamawandy

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...