Monday, May 31, 2021

HAKIKAT ILMU PAHLAWAN : MAT KILAU

 


Petikan kata-kata Pahlawan Mat kilau - Bhgn 1
1. Janganlah kita menyusahkan orang lain, biarlah kita susah. Bersyukurlah selalu kepada Allah.
2. Biarlah orang lain menganiaya kita, tetapi janganlah kita menganiaya orang lain.
3. Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan sembahyang dan jika terpaksa hendaklah mengqadhakannya segera.
4. Jangan makan atau minum di kedai orang-orang kafir, dan jika terpaksa gunakan minuman yang bertutup (misalnya di dalam botol atau kotak).
5. Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki tokong atau kuil, atau gereja orang-orang kafir.
Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam 👇
Sumber: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Talib Samat.
Disediakan oleh: Muhammad Mubarak

1. Sekiranya hendak beramal, janganlah belajar ilmu gagah, sihir dan kebal. Semuanya itu adalah sihir.
2. Kalau nak beramal, beramallah dengan ayat-ayat Al-Quran tetapi bukan dengan tujuan, hendaklah sebaliknya beramal dan berzikir kerana Allah.
3. Bila amal itu telah jadi darah daging dengan izin Allah, kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah dan jangan sesekali kita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita peroleh itu.
4. Kalau nak bersahabatlah dengan orang ghaib seperti Wali Allah, jin islam dan orang bunian. Tapi kalau nak bersahabat dengan mereka ini, jangan kita cari, biar mereka yang mencari kita.
5. Sebaiknya jauhilah daripada bersahabat dengan hantu syaitan yang dilaknat Allah. Selamat hidup kita dunia dan akhirat.
Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam 👇
Sumber: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Prof Talib Samat.




No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...