Monday, May 31, 2021

HAKIKAT ILMU PAHLAWAN : MAT KILAU

 


Petikan kata-kata Pahlawan Mat kilau - Bhgn 1
1. Janganlah kita menyusahkan orang lain, biarlah kita susah. Bersyukurlah selalu kepada Allah.
2. Biarlah orang lain menganiaya kita, tetapi janganlah kita menganiaya orang lain.
3. Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan sembahyang dan jika terpaksa hendaklah mengqadhakannya segera.
4. Jangan makan atau minum di kedai orang-orang kafir, dan jika terpaksa gunakan minuman yang bertutup (misalnya di dalam botol atau kotak).
5. Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki tokong atau kuil, atau gereja orang-orang kafir.
Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam 👇
Sumber: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Talib Samat.
Disediakan oleh: Muhammad Mubarak

1. Sekiranya hendak beramal, janganlah belajar ilmu gagah, sihir dan kebal. Semuanya itu adalah sihir.
2. Kalau nak beramal, beramallah dengan ayat-ayat Al-Quran tetapi bukan dengan tujuan, hendaklah sebaliknya beramal dan berzikir kerana Allah.
3. Bila amal itu telah jadi darah daging dengan izin Allah, kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah dan jangan sesekali kita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita peroleh itu.
4. Kalau nak bersahabatlah dengan orang ghaib seperti Wali Allah, jin islam dan orang bunian. Tapi kalau nak bersahabat dengan mereka ini, jangan kita cari, biar mereka yang mencari kita.
5. Sebaiknya jauhilah daripada bersahabat dengan hantu syaitan yang dilaknat Allah. Selamat hidup kita dunia dan akhirat.
Sejarah Ulama & Pahlawan Melayu Silam 👇
Sumber: Warisan Kepahlawanan Mat Kilau dan Kitab Amalannya, Prof Talib Samat.




Sunday, May 30, 2021

Saturday, May 29, 2021

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 16)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 17)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 18)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 19)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 21)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 20)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 22)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 23)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 24)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 25)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 26)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 27)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 28)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 29)

Tuan Guru Haji Salleh Musa - Ummul Barahin (Siri 30)

Friday, May 28, 2021

LANGKAH 1 : MERENGKUH KEJAYAAN DENGAN BIJAK


MERENGKUH KEJAYAAN DENGAN BIJAK : IMAM IBNUL JAUZIYAH
PERNIAGAAN JAHABERSA (2014) : RM85.00

CARA MENGHINDARI PENYAKIT STROKE


 

DOA UNTUK PALESTIN

AL QASSAM OLEH KUMPULAN HIJJAZ
(dah dipadam di Youtube)


 

CARA BUAT AIR PENAWAR

IKON



x
YYY

zzz


BAGAIMANA MENGURUS JENAZAH JIKA ANDA ORANG YANG BERADA DI SISI SI MATI?

 

Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga terdekat.

*SEJURUS SELEPAS JENAZAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR:*

1. Selawat 3 kali, raut muka jenazah dari atas ke bawah supaya mata jenazah tertutup rapat
2. Tutup jenazah dgn sehelai kain dan bakar setanggi utk hilangkan bau jenazah ( hukumnya sunat )
3. Panggil doktor untuk mengesahkan kematian
4. Setelah kematian disahkan, bawa IC arwah ke balai polis untuk melaporkan kematian. Polis akan melihat keperluan post-mortem

*SEBELUM TETAMU DATANG:*

*PERSEDIAAN PEMBARINGAN*

1. Ambil tilam saiz single, letak di ruang tamu untuk dijadikan pembaringan. Alaskan tilam tersebut dengan alas tilam kalis air atau plastik. Kalau tiada plastik, boleh ambil plastik alas meja ( jika jenazah tiada apa masalh yg mudarat, tudak perlu guna plastik, memadai tilam sahaja )
2. Letakkan bantal di atas tilam
3. Ambil minyak attar dan letakkan pada tilam untuk menutup bau jenazah atau boleh bakar setanggi.

*PERSEDIAAN JENAZAH*

1. Pergi kepada jenazah, potong pakaiannya. Jika jenazah memakai kain, jika kain tersebut boleh dilurutkan, boleh lurutkan sahaja
2. Tutup jenazah dengan kain batik lepas*
3. Ambil tuala kecil, lapkan muka dan seluruh badan jenazah menggunakan air suam. Jenazah mengeluarkan peluh yang melekit dari manusia biasa ketika menghadapi sakaratul maut
4. Ambil minyak zaitun ( boleh minyak urut yg lain ) urut pada siku, jari-jari tangan dan kaki, lutut. Secara mudahnya, semua sendi yang ada. Ini untuk memastikan sendi tidak mengeras
5. Urut dahulu segala sendi sebelum di letakkan minyak pada tempat sendi yg keras sahaja.
6. Ambil kain (seeloknya putih) - potong, ikatkan pada dagu dan simpulkan pada atas kepala supaya mulut tidak terbuka
7. Qiamkan tangan jenazah, ikatkan menggunakan potongan kain tadi
8. Ikat juga pada lutut (bawah sedikit)
9. Potongan kain lebih kecil, ikatkan pada kedua ibu jari kaki supaya kaki rapat
10. Letakkan jenazah di pembaringan sebelum dimandikan ke tempat yg tertutup.
11. Jika terdapat najis, bersihkan ( dilakukan sebelum dimandikan, sunat dibacakan doa istinjak )
12. Tutup dengan kain batik lepas dari muka hingga ke hujung kaki
*Jika tiada kain batik lepas, ambil kain batik biasa, potong pada bahagian berjahit. Buang juga bahagian berjahit tersebut.

*BARANGAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK URUSAN SETERUSNYA*

1. Sunat 5 helai kain kafan atau berwarna putih untuk jenazah wanita dan sunat 3 helai utk jenazah lelaki / kain pelikat untuk jenazah lelaki dan kain batik utk perempuan sebagai kain lapisan mandi
2. tuala mandi yang nipis dan tidak besar (seperti tuala bayi) sekurang kurangnya.
3. Sehelai telekung putih (bahagian atas sahaja)
4. 1 helai serkup kepala (untuk jenazah wanita)
5. Sikat
6. Celak mekah (untuk jenazah wanita, jika boleh mendatangkan fitnah tidak perlu )
7. Bedak sejuk (untuk jenazah wanita, jika tiada tiada mengapa )
8. Minyak attar atau air mawar
9. Serbuk kayu cendana utk ditaburkan pada kain kapan jenazah, dan diatas tisu gulung yg dipotong kpd 9 bahagian sebelum diletak kepada tubuh jenazah.
10. Kapas gulung 3, sekurang kurangnya segulung.
11. Sarung tangan plastik
12. Putik kapas

Perkara-perkara di atas penting untuk memastikan jenazah di dalam keadaan terjaga maruahnya. Kerana ada kes apabila bilal mandi jenazah datang, terkejut melihat mata jenazah masih terbuka, rambut mengerbang tak terurus, kaki tangan keras, dan berbau. Nauzubillah.

Semoga bermanfaat. Mohon sampai-sampaikan kepada orang lain. Saya percaya masih ramai lagi masih kurang arif tentang hal ini.

RINGKASAN AL QURAN 30 JUZ

SUBHAN ALLAH - USIA 5 TAHUN SUDAH 4 KALI KHATAM AL -QURAN

Ini tip dikongsikan dari ibunya

Kita sebagai ibu bapa sudah pastinya mengharapkan dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Bagaimanapun tanggungjawab ini bukan mudah jika tidak dimulakan dari awal. Lagi-lagi dengan cabaran hari ini yang cukup hebat dengan pelbagai dugaan. Apa yang kita tunjuk dan lakukan untuk anak-anak, semua itu akan menjadi pegangan buat mereka hingga besar.

Namun ramai dalam kalangan kita masih lagi bersikap menunggu biar anak besar baru nak buat sesuatu untuk mereka. Tanggapan ini silap. Patutnya sejak dari kecil lagi dah diajarkan perkara yang baik agar sampai besar ia akan berterusan.

Kisah penuh inspirasi seorang ibu ini, Puan Nurul Huda mengenai caranya mendidik anak mengikut panduan Islam sangat hebat. Apa yang membanggakan, sebelum usia 5 tahun, anak perempuannya dah pun berjaya khatam al-Quran sebanyak 4 kali.

Tanpa p4ksaan tetapi semua itu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan. Dia juga seperti anak yang lain ada waktu bermain dan mempunyai hobi seperti kanak-kanak seusianya.

Mengenal al-Quran seawal usia 3 tahun

Atas permintaan ramai Mommy nak share sedikit pengalaman Nur Madeena dapat mengenal Al-Quran seawal 3 tahun dan dapat khatam sebelum umur 4 tahun. Semua ni dengan izin Allah jua.

Tiada lain yang mampu melainkan Dia. Alhamdulillah.. Tapi apa-apa pun bermula dari kita sebagai mak ayah. Kita nak anak mengaji jadi kita pun kena mengaji. Kita hadkan masa kita dengan hp, tapi kita banyakkan masa kita dengan al-Quran. InsyaAllah anak pun akan ikut kita.

Itu pengalaman Mommy, Mommy kurangkan pegang hp. Lepas tu kenal dia Allah, sayang Allah, ajarkan dia menutup aurat seawal mungkin, ajar dia bab malu, ajarkan dia s0lat. Nak ajar s0lat jangan kita ajarkan tapi ajak dia s0lat sama.

Mula s0lat seawal usia setahun setengah

Nur Madeena s0lat seawal setahun setengah. Ikut dia la s0lat macam mana pun. Tapi lepas dah pandai ngaji, ajar dia bacaan dalam s0lat. Biar mak ayah orang pertama ajarkan anak-anak s0lat sebab dia s0lat insyaAllah kita pun akan dapat ganjaran.

Jadi kalau dia s0lat sampai akhir hayatnya, insyaAllah ganjarannya sampai ke akhir hayatnya juga. Rugi kita sebagai mak ayah kalau s0lat tiang agama kita harap guru yang ajarkan.

Alhamdulillah sekarang Nur Madeena dah tak tinggal s0lat.. Subuh pun dia bangun.. Cuma perlu diperbetulkan lagi s0lat dia.. Apa-apa pun mak ayah perlu mulakan..

PERDENGARKAN AL-QURAN SEJAK AWAL KANDUNGAN

1- Hampir semua sahabat-sahabat Mommy tahu Mommy lambat dapat Nur Madeena kan.. 5 tahun penantian baru dapat dia.. Berkat doa di Tanah Suci, sebulan balik dari Tanah Suci Allah hadirkan Nur Madeena dalam rahim Mommy..

Sebab tu namanya di beri sempena namanya MADINAH.. Mudahan dengan namanya Nur Madeena dijauhi dari fitnah Dajjak seperti mana haramnya Dajjal memasuki kota Madinah..

2- Seawal usianya dalam kandungan, Nur Madeena tak pernah sekali pun terlepas dari mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.. Sebab setiap hari Mommy ajar mengaji jadi memang dari awal kandungan setiap hari Nur Madeena akan dengan orang mengaji..

Mommy pun akan mengaji setiap hari untuk dia.. Selama hampir 9bulan10hari Nur Madeena dalam kandungan, Mommy akan bangun tahajjud dan mengaji dengan Nur Madeena(janin dalam rahim).

SEAWAL UMUR SEBULAN DIA SELALU PEGANG DAN BELEK AL-QURAN

1- Lepas Nur Madeena lahir dan lepas Mommy habis pantang, pada usia sebulan Mommy biasakan dia dengan naskah Al-Quran.. Letakkan dia dengan Al-Quran.. Lepas habis pantang, Mommy pun start mengajar balik.. Jadi Nur Madeena duduk di tepi Mommy ja teman Mommy ngajar.. Letak Al-Quran kat dia satu..

2- Bila dia mula meniarap, bagi dia pegang Al-Quran, selak-selak Al-Quran tu.. Selalunya mak-mak mesti tak bagi pegang kan sebab takut dikoyakkan.. Takpa, biarkan je.. Biar dia biasa dengan tulisan Al-Quran..

3- Bila dia dah boleh duduk, Mommy letak satu meja dan Al-Quran atau buku Iqra kat dia.. Duduk sama-sama budak-budak ngaji.. Biarkan ja dia.. Kalau koyak jangan di marah tapi cakap, jaga baik-baik nah.. InsyaAllah Allah akan bagi kefahaman kat dia.

BIAR DIA DUDUK DENGAN BUDAK2 MENGAJI LAIN DAN MENGAJI IKUT CARA DIA



1- Bila dah pandai bejalan, dah reti sikit berkawan Mommy biar dia mengaji dengan kawan-kawan ngaji. Ikut cara suka dia ja dia bunyi. Dia ikut orang bunyi dia pun bunyi sambil tunjuk-tunjuk huruf kat buku Iqra.

2- Sambil-sambil tu Mommy ajar dia jugak tapi jangan p4ksa.. Ikut je dia.. Masa tu baru setahun lebih.

MULA FOKUS AJAR IQRA PADA US1A 2 TAHUN 5 BULAN

1- Bila dia dah biasa dengan suasana mengaji Mommy pun mula lah ajar dia iqra 1.. wahh sangat mencabar tau.. Bukan senang.. Yang penting jangan p4ksa.. Ikut mood dia, biar dia seronok mengaji, bukan terp4ksa mengaji..

2- Masa tu dia masih menyusu badan, jadi setiap kali nak menyusu Mommy akan cakap mengaji dulu baru susu.. Jadi kalau 5x menyusu, 5x la mengaji.. (masa ni bulan 5 2018)

3- Alhamdulillah lepas hampir 2 bulan dia dah habis iqra 1.. Tapi bukan senang tau.. Banyak dramanya.. Ya, Nur Madeena tak pelat jadi situ satu kelebihan untuk Mommy gunakan..

Kalau ada anak-anak pelat, jangan risau sebab insyaAllah ajar ngaji lama-lama dia takkan pelat.. Itu pengalaman Mommy ajar budak-budak ngaji..

4- Alhamdulillah sampai bulan 11 2018 Nur Madeena dah masuk iqra 3.. Ambik masa lama kan.. Sebab macam-maca, drama nak kena layan. Tapi kita layan je dia.

Tapi masa bulan 12 2018, budak-budak ngaji ramai cuti.. Jadi Nur Madeena pun ada jugak la skip mengaji.. Masuk bulan 1 2019 Nur Madeena dah banyak lupa. Allah.. Jadi Mommy kena ambik satu tindakan drastik..

Kena ada target.. Bulan 1 2019 Mommy ulang balik iqra 2.. Lepas tu disiplinkan dia kena ngaji paling kurang 3x sehari.. Selalunya 4x sehari.. Pagi, lepas zohor, lepas asar dan lepas maghrib.. Setiap satu sesi 10minit je.. Jangan lama.. I

ni cara Mommy.. sebab budak-budak boleh serap apa diajar lebih kurang 5-10minit saja.. Lebih dari itu ke laut. Kalau ada yang mampu sampai 15 minit itu bonus.

5- Yang penting disiplin dan reward. Contoh reward bagi satu hari cuti ngaji.. Nur Madeena dapat cuti pun kadang-kadang tanya lagi, hari ni nak ngaji pukul berapa?

Alhamdulillah dari bulan 1 sampai bulan 4 dia berjaya habiskan sampai iqra 4.. Ingat, anak-anak kena puji, kena belai.. Masa Nur Madeena ngaji Mommy banyakkan belai kepala dia tangan dia.. Anak kita kan, jadi belai je.. Sambil-sambil tu selawat.

6- Bulan 4 2019 Mommy sekeluarga dapat jemputan ke Tanah Suci. Ini pun berkat doa Nur Madeena sebab dia nak sangat mengaji depan Kaabah. Hari-hari doa.. Jadi Tok dia pun nak tunaikan impian dia, Tok dia dengar doa Nur Madeena..

Dapatlah Nur Madeena ngaji depan Kaabah.. Masa tu dia ngaji iqra 4 lagi.. Di sana dia banyak doa nak cepat baca Al-Quran nak cepat khatam..

7- Lepas balik sini, pertengahan bulan 5 masa tu bulan Ramadhan Alhamdulillah Nur Madeena dah masuk Al-Quran.. Semangat dia nak baca.

DISIPL1NKAN LAGI DIA DENGAN AL-QURAN

1- Sejak dia masuk Al-Quran Mommy suruh dia mengaji 1 hari 5 kali (wajib).. Kalau balik kampung atau bercuti bawak Al-Quran jugak dan mengaji sekurang-kurangnya 2x sehari.. Sekali mengaji 3muka surat..

2- Jangan p4ksa tapi cerita kenapa kena mengaji.. Mommy selalu ceritakan, dalam kvbur nanti Al-Quran akan teman kita, akan jadi lampu kita sebab dalam kubvr gelap.. Tanya dia sayang Allah dak, kalau sayang ngaji banyak-banyak sebab Allah nak bagi hadiah..

Dalam kubvr banyak uIat, uIar, c4cing.. Kalau tak ngaji nanti semua g1git-g1git dan makan badan kita.. Jadi bila cerita macam tu dia akan suka mengaji dan nak ngaji banyak.. Sampai kadang-kadang Mommy bagi cuti, dia akan tanya kenapa tak ngaji hari ni.

3- Dia mula hafal lepas masuk juzuk 2.. Masa tu bacaan dah lancar.. Mula hafal surah An-Nas.. Mommy rasa susah jugak nak suruh dia hafal sebab baru 3 tahun..

Nak suruh baca ulang-ulang bukan dia nak.. Jadi Mommy ajar dia baca sekali lalu surah tu.. Lepas 3,4 hari dia dah boleh hafal.. (bab hafazan kalau ada nak tahu kita share lain sebab panjang jugak)

4- Alhamdulillah pada umur 3tahun 10bulan pada bulan 10 2019 Nur Madeena dah selesai khatam untuk pertama kali. Allah, macam tak pecaya.. Dalam masa 5 bulan dia dah khatam.. Tok dan wan happy sangat depa pun buat kenduri besaran..

6- Alhamdulillah bulan 3 2020 Nur Madeena selesai khatam kali kedua pulak.. Dan dah hafal hampir satu juzuk dalam juzuk ke 30..

7- Jadual mengaji Nur Madeena, lepas s0lat subuh baca surah Al-Kahfi 1-10 & 100-110, lepas s0lat dhuha baca surah Al-Mulk, lepas s0lat zohor mengaji tempat dia mengaji, lepas s0lat asar mengaji tempat ngaji, lepas s0lat maghrib ngaji lagi.. Itulah rutin Nur Madeena.

AMALAN MOMMY UNTUK NUR MADEENA

1- Buat air penerang hati- Mommy buat air penerang hati untuk Nur Madeena setiap hari.. Setiap hari dia kena habiskan air tu (1botol mineral kecil)

2- Bacakan alfatihah, ayat qursi, surah taha 1-5, selawat tafrihiyyah (niatkan apa yang kita nak untuk dia) dan tiup pada ubun-ubun dia setiap kali dia tidur..

3- Banyakkan belai dan selawat pada ubun-ubun

4- Baca doa Nabi Muhammad kepada Ibnu Abbas r.a اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (Allahumma faqqihhu/ha fiddin wa a’llimhu/ha ttakwil -hu bagi lelaki, ha bagi perempuan) Jangan pernah tinggal doa ni. Baca sebelum dia mula mengaji dan tiup pada ubun-ubun.

5- Bila suapkan makan pada anak doakan untuk dia sambil suap.. Selawat banyak-banyak

6- Selawat Tafrijiyyah jangan tinggal, amalkan setiap hari.. Setiap kali selawat niatkan apa yang kita hajatkan.. InsyaAllah Allah buka jalan untuk kita..

7- Jaga pemakanan anak-anak kita..

8- Selalu doakan dia jadi anak solehah luar biasa.. Dan selalu panggil dia “anak solehah luar biasa sayang mommy”

KAEDAH AIR PENERANG HATI

1- Selawat tafrijiyyah 3x

2- Baca Al-Fatihah 1x

3- Baca Ar-Rahman 1-6, Al-Qiyamah 16-19, Al-Buruj 21-22

4- Doa Rasulullah pada Ibnu Abbas

5- Niatkan hajat untuk anak dan tiupkan
Doa seorang ibu lebih hebat dari doa seorang wali.. Jadi ibu-ibu, mak-mak semua jom doa untuk anak-anak.

Ini saja pengalaman Mommy dengan Nur Madeena. InsyaAllah bila anak-anak boleh mengaji, anak-anak jugak cepat belajar yang lain. Percaya kalimah Allah itu keajaiban Allah untuk kita.

Maaf jika pengalaman Mommy ni hanya biasa-biasa saja. Kita doa kita dapat, kita amal kita rasa.. Anak-anak kita, kita yang corakkan.. Maaf sekali lagi ya semua.


Kredit:
Nurul Ismail via maibaca    maibaca

8 ADAB MEMBACA AL-QURAN

 

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...