Thursday, April 29, 2021

29 APRIL 2021 - MY NEW ME ON THE MOVE

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

                             

Kelebihan membaca al-Quran.

Fadhilatnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Antaranya Firman Allah swt:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”
(Surah al-Fatir : 29)
Bermakna orang yang membaca al-Quran tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.
Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi S.A.W:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: ”Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan.
Ambillah peluang selagi masih berada di atas muka bumi ini, baca sendiri, tadabbur maknanya dan beramal dengan isi Kandungannya.

USAHAKAN BERAMAL, JIKA TAK DAPAT SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA

Apa persiapan kita untuk lalui zaman ini?
Ketika saya (En. Muhammad) berada di Madrasah Sri petaling 10 hari, banyak saya dapat nasihat dan amal-amal yang di kongsi oleh para pendakwah dan para alim di sana.
Antaranya:
1. Apabila dengar azan, siapkan keluarga kita untuk solat berjemaah. JANGAN sesekali tinggalkan solat berjemaah, jika tertinggal, kena ada rasa sedih dalam hati. Zaman dimana kita sudah jauh dengan solat berjemaah cara Nabi Muhammad s.a.w.
2. Hidup setiap hari bacaan Hadith di rumah. Bacaan Hadith ini penting agar kerohanian kita sentiasa bersama Rasulullah s.a.w.
3. Hidupkan bacaan Al Quran siang malam. Tutup tv, tiada movie lagi dalam rumah, yang ada adalah gemaan bacaan Al Quran diruang tamu. Betulkan bacaan tajwid bersama keluarga.
4. Setiap hari bermusyawarah dengan isteri dan ahli keluarga. Dalam mesyuarat harian ini ada keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sebelum melakukan apa-apa perkara, Nabi Muhammad s.a.w akan bermesyuarat. (Nanti saya perincikan)
5. Sentiasa bermuzakarah tentang sifat-sifat sahabat terutama ketika 'bed time'. (Baca kitab Hayatus Sahabah) . Sangat-sangat penting untuk keluarga kita kenal siapa sahabat Rasulullah s.a.w. jika keluarga tidak kenal sahabat, bagaimana mereka nak kenal perjuangan Sahabat dalam dakwah islam sehingga islam sampai kepada kita.
6. Sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah. ALLAH KUASA, ALLAH YANG MEMELIHARA, ALLAH YANG BAGI REZEKI, ALLAH YANG BAGI KENYANG, ALLAH YANG BAGI LIHAT, ALLAH YANG BAGI MANFAATKAN DAN MUDHARAT. Setiap hari, setiap masa bercakap tentang Allah. Agar anak-anak kita kenal siapa penciptanya.
7. Perbanyakkan selawat, dengan selawat Allah datangkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dengan selawat kita akan selamat dari fitnah Dajjal. Dengan selawat Allah akan ilhamkan kita untuk melakukan banyak perkara kebaikan. Hanya dengan selawat kita tidak akan mencintai manusia lain selain Nabi Muhammad s.a.w.
8. HAFAL surah Al kahfi terutama 10 ayat pertama dan baca setiap malam. Tuan puan. Ini perisai kita untuk lawan fitnah dajjal. Tiada sesiapa pun akan terlepas dengan fitnah ini kecuali mereka beriman kepada Allah dan mengHAFAL ayat ini.
Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
(HR Muslim)
9. Baca zikir ini 7 x selepas maghrib dan 7x selepas subuh.
Hasbiyallahu la ilaha illa hu, 'alaihi tawakkaltu, wa huwa rabbul 'arsyil 'adhim.(rujuk dalam suruh Attaubah ayat 129)
10. Bangun malam solat tahajjud jangan tinggal. Mulai hari ini, malam ini kita tekad dan usaha untuk bangun tahajjud. Sekurangnya 2 rakaat sebelum subuh. Ustaz yang ajar saya solat tahajjud paling sesuai jam 2-3 am sebanyak 12 rakaat, doa lama lama, merayu merintih kepada Allah dan baca Al Quran waktu ini.
Tahu tak tuan puan, dajjal dan musuh musuh islam memastikan kita mati dalam keadaan syirik kepada Allah, ini matlamat mereka. Jika kita mati dalam keadaan syirik kepada ALLAH, NERAKALAH bilion tahun dan selamanya
😭
Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya.
-EncikMatt-
Credit to : @Muhammad Hassan
*Dengan sedikit tambahan daripada kami, terutama di bahagian dalil, zikir dll.

Cara Mengerjakan Solat Tahajud Malam Cara Rasulullah

Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

 Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh daripada segala penyakit

* Lahir kesan taqwa pada wajahnya

* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

* Dipermudahkan hisab

* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).

3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).

5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam.

Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau.

Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’

Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wassalam.

————————

Islamnews.id – Cara Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud sebenarnya masih sama dg cara mengerjakan shalat – shalat pada umumnya yang di awali dg Bacaan Niat Shalat dan diakhiri dg Salam, hanya saja terdapat perbedaan bacaan niat shalatnya saja. Sedangkan untuk Pengertian Shalat Sunah Tahajud sendiri ialah Shalat Sunah yg dikerjakan malaam hari setelah bangun tidur dg jumlah Raka’at minimal 2 Raka’at dan maksimal tidak terbatas yang masing – masing pada Raka’at kedua di barengi dg Salam.

Kemudian Waktu Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud dilakukan hanya pada malam hari setelah Shalat Isya sampai masuk waktu shalat subuh dan Cara Shalat Tahajud sendiri dilakukan setelah anda tertidur atau bangun tidur walaupun tidur anda hanya sebentar sekali, Sehingga jika anda mengerjakan Shalat Sunah Tahajud ini sebelum anda tidur dahulu maka bisa dipastikan bahwa Shalat tersebut hanya shalat sunah biasa (witir) bukan Shalat Sunah Tahajud.

Adapun Waktu Shalat Tahajud sebaiknya di lakukan pada saat tengah malam atau sekitar jam 01.00 pagi sampai waktu Subuh karena waktu tersebut merupakan waktu paling utama untuk mengerjakan Sholat Sunnah Tahajud ini. Walaupun dikerjakan di tengah malam namun Keutamaan Shalat Tahajud ini sangatlah banyak yg antara lain Allah akan melindungi anda dari segala macam bencana atau bala, Wajah akan nampak bersinar, akan dicintai oleh Allah dan hamba Allah, akan mendapatkan pahala yg banyak, akan diampuni segala dosa – dosanya dan akan di kabulkan segala hajat dan doanya.

Manfaat Shalat Tahajud diatas sudah di terangkan oleh Firman Allah Swt pd Surat Al Isra ayat 79 yg berbunyi, ”’ Hendaknya kamu gunakan sebagian waktu malam itu untuk shalat Sunat tahajud, sebagai shalat sunah untuk dirimu, mudah – mudahan Allah (Tuhan) akan membangkitkan engkau dg kedudukan yg lebih baik (QS. Al Isra Ayat ; 79) ”’.

Bacaan Niat Shalat Tahajud Lengkap

Terjemahan Niat Shalat Tahajud, ” USHALLI SUNNATAT TAHAJJUDI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALAA ”, kemudian untuk Pengertian Niat Shalat Tahajud diatas, ”’ Aku Niat Shalat Sunah Tahajud dua raka’at karena Alloh Ta’ala ”’.

Setelah membaca Niat Shalat Sunah Tahajud lalu dilanjut dg membaca Doa Shalat Tahajud Surat Al Fatihah, lalu membaca Suratan pd Rakaat pertama dan Rakaat kedua, Ruku, Itidal, Sujud sampai yg terakhir Salam.

Setelah membaca Surat Al Fatihah seperti diatas anda bisa membaca Surat An Nas di Raka’at pertama seperti dibawah ini

Kemudian anda Ruku, Itidal, Sujud dan kembali ke Raka’at Kedua dan membaca lagi Surat Al Fatihah, kemudian membaca Suratan pada Raka’at kedua. Untuk Bacaan Suratanya bisa dg membaca Doa Shalat Tahajud Surat Al Falaq seperti dibawah

Mengapa anda diutamakan membaca bacaan Doa Shalat Sunah Tahajud Suratan An Nas dan Al Falaq seperti diatas karena kedua Suratan tersebut mempunyai pengertian untuk memohon perlindungan kpd Allah dari segala macam godaan setan. Namun anda bisa membaca Suratan lainnya di masing – masing Raka’atnya, tidak harus membaca Surat Al Falaq dan Surat An Nas.

Adapun Setelah Mengerjakan Shalat Sunah Tahajud maka duduklah dg khusyu sambil membaca bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud atau di awali dulu dg bacaan – bacaan dzikir seperti membaca Istighfar,Tasbih, Tahmid, dan Shalawat Nabi karena dg Berzikir kita menjadi lebih dekat dg Allah.

Bacaan Dzikir Istighfar tersebut sebaiknya dibacakan sebanyak – banyaknya atau minimal sebanyak 100 kali, setelah itu bisa dilanjutkan dg membaca Tasbih dan Shalawat Nabi.

 

Bacaan Dzikir Tasbih (diatas) dan Shalawat Nabi Muhammad Saw (dibawah) dibacakan sebanyak 32 kali atau lebih

Ingat bahwa fungsi dari Berdzikir itu untuk semakin mendekatkan diri kita kepada Sang pecipta Allah Swt sehingga sebaiknya di bacaan dg ikhlas dan khusyu. Setelah anda selesai Berzikir anda bisa langsung membaca Bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud yg sdh saya buat dibawah ini, tinggal anda baca, hafallkan dan diamalkan dirumah.

Jika Bacaan Doa Setelah Shalat Tahajud diatas susah untuk anda hafalkan, maka anda bisa mengamalkan doa ini dg membaca secara langsung tanpa harus menghafalkanya atau anda bisa Berdoa Setelah Shalat Sunah Tahajud dg bahasa anda sendiri (Bahasa Indonesia) karena Allah Maha Pintar lagi Maha Mendengarkan sehingga Allah pasti bisa mendengarkan bacaan doa anda.

Setelah selesai membaca Doa Setelah Shalat Tahajud tersebut, maka anda bisa berbaring kembali ketempat tidur anda sambil membaca Ayat Kursi, Kemudian Surat Al Ikhlas, Surat Al Falaq dan Surat An Nas atau anda bisa sambil menunggu Waktu Shalat Subuh dg membaca bacaan Ayat Suci Al – Qur’an.

source: http://rukun-islam.com/

SELAWAT UNTUK RASULULLAH SAW

Wednesday, April 28, 2021

SALAM NUZUL AL QURAN TAHUN 1442 HIJRAH


HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan khusus buat umat Nabi Muhammad SAW. Ia bukanlah sama seperti kitab-kitab lain, tetapi mempunyai keagungan yang luar biasa.
Antaranya mampu membimbing manusia ke jalan yang benar, menjadi hujah yang ampuh buat Nabi Muhammad SAW dan mampu melembutkan hati yang keras.
Firman Allah SWT:

قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ وَكِتَٰبٌ مُّبِينٌ يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Maksudnya : "Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah, dan Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya dan (dengannya) Tuhan mengeluarkan mereka daripada gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan seizin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."
(Surah al-Maidah : 15-16)

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh lebih 23 tahun. Para ulama menyebutkan beberapa hikmah dan rahsia penurunan al-Quran secara beransur-ansur, bukannya sekali gus.
1. Menetapkan hati Nabi Muhammad SAW.
Hal ini adalah dengan menceritakan kisah kesabaran nabi-nabi terdahulu dalam menghadapi tentangan kaumnya.
Firman Allah SWT :
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ ۚ وَجَآءَكَ فِى هَٰذِهِ ٱلْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Hud: 120)

2. Berperingkat dalam mendidik umat.
Cara sebegini berlaku dalam al-Quran berkaitan adat, muamalat, serta persoalan makan dan minum. Manakala perkara yang berkaitan akidah dan akhlak tiada berperingkat.
Sebagai contoh pengharaman arak adalah secara beransur-ansur.
Ia bermula dengan ayat al-Quran yang menceritakan tentang keburukan arak.
Firman Allah SWT:

يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,”
(Surah al-Baqarah : 219)
Kemudian setelah diturunkan ayat ini, ayat al-Quran menjelaskan lagi pada ayat yang lain tentang larangan mendekatkan diri dengan solat sekiranya di dalam keadaan mabuk.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi.”
(Surah al-Nisa : 43)
Dan akhir sekali barulah diharamkan secara mutlak.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
(Surah al-Baqarah : 90)
3. Jawapan kepada orang yang bertanya.
Nabi Muhammad SAW menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Kitab, orang kafir dan orang muslim.
Firman Allah SWT:
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
(Surah al-Isra’ : 85)

4. Menyatakan hukum terhadap sesuatu yang peristiwa yang dipertikaikan.
Hal ini dibuktikan dengan peristiwa hadis ifki iaitu Saidatina Aisyah telah difitnah melakukan perkara yang hina oleh orang munafik.
Kisah ini dinukilkan di dalam Suran al-Nur bermula ayat 11 sehingga 20. Ayat al-Quran ini diturunkan bagi membela kedudukan Saidatina Aisyah.

5. Memberitahu orang mukmin tentang tipu daya dan apa yang tersembunyi di hati musuh.
Allah SWT telah membongkar kejahatan orang yahudi ketika berdepan dengan Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُوا۟ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَٱسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَٰعِنَا لَيًّۢا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِى ٱلدِّينِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَٱسْمَعْ وَٱنظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِن لَّعَنَهُمُ ٱللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya : “Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula): "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan (mereka mengatakan): "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan: "Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis.”
(Surah al-Nisa : 46)

6. Mengingatkan orang mukmin tentang kesilapan mereka.
Ketika pembukaan Kota Mekah, terdapat seorang muslim yang telah membocorkan rahsia kepada kaum musyrikin tentang apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Allah telah menegur mereka melalui firman-Nya :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّى وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَآءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا۟ بِمَا جَآءَكُم مِّنَ ٱلْحَقِّ يُخْرِجُونَ ٱلرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَٰدًا فِى سَبِيلِى وَٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِى ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِٱلْمَوَدَّةِ وَأَنَا۠ أَعْلَمُ بِمَآ أَخْفَيْتُمْ وَمَآ أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.”

7. Petunjuk bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah yang mempunyai mukjizat.
Kesemua ayat al-Quran itu mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan indah. Gaya bahasa al-Quran berbeza dengan kitab-kitab agama lain yang kadang -kadang tinggi dan kadang-kadang lemah.
Firman Allah SWT:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِيهِ ٱخْتِلَٰفًا كَثِيرًا

Maksudanya : “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
(Surah al-Nisa’ : 82)

8. Memudahkan para sahabat untuk menghafaz.
Jika al-Quran diturunkan sekali gus, sukar bagi orang muslim ketika itu untuk memahami dan menghafazNya.
Firman Allah SWT:
وَقُرْءَانًا فَرَقْنَٰهُ لِتَقْرَأَهُۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَٰهُ تَنزِيلًا

Maksudnya : “Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian.”
(Surah al-Isra’ : 106)
Sahabat, mari bersama kita menjadikan al-Quran sebagai sebaik-baik teman. Janganlah membacanya apabila kita terasa lapang sahaja, tetapi lapangkanlah masa untuk membacanya.
Mari bersama kita amalkan doa ini. Moga al-Quran menjadi penawar hati di kala apa keadaan kita sekalipun.
اللهٌمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلَاءَ أَحْزَانِنَا وَهُمُوْمِنَا

Maksudnya : "Ya Allah, jadikanlah Al-Quran kesejukan bagi hati kami, cahaya yang menerangi dada kami, dan hilangnya kesedihan kami."
Poster yang indah ini adalah daripada Tim Galeri Ilmu.
Rujukan : Fatawa Diniah, Imam Akbar Dr. Muhammad Sayyid Tanthawi, Bekas Syeikh al-Azhar as-Syarif.
Semoga bermanfaat buat ummah
🌹
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
*Credit POSTER kepada GALERI ILMU

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...