Thursday, April 29, 2021

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

                             

Kelebihan membaca al-Quran.

Fadhilatnya dapat dilihat menerusi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Antaranya Firman Allah swt:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”
(Surah al-Fatir : 29)
Bermakna orang yang membaca al-Quran tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.
Kelebihan membaca al-Quran juga dapat difahami melalui hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas’ud. Sabda Nabi S.A.W:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: ”Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Riwayat al-Tirmizi (2910).Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan.
Ambillah peluang selagi masih berada di atas muka bumi ini, baca sendiri, tadabbur maknanya dan beramal dengan isi Kandungannya.

No comments:

Post a Comment

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...