Wednesday, March 31, 2021

Doa Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Jom sihat dan terus sihat dengan ibadah solat.Istighfarlah dan berdoalah dengan zikir yang di amalkan oleh Baba Dor Ame (Thailand) yang kini berusia 102 tahun.

Amalkan 100 kali sehari.

💫 *_Nasehat Diri_* ✨

 *RENUNGAN*

Asalamu alaikum warohmatuloh wabarokatuh
💫 *_Nasehat Diri_* ✨
1. *Makin kita berumur*,
Shalat kita *tdk boleh lewat waktu, krn sisa umur kita makin pendek dan waktu makin sedikit yang tersisa, kita tidak pernah diberitahu kapan *RUH* yang melekat ditubuh ini dijemput, untuk itu berusahalah sesegerakan mungkin untuk bangkit begitu Azan berkumandang.
2. *Makin kita berumur*
Shalat kita *buatlah berjamaah & utamakan sholat di masjid bagi yg mampu berjalan,* krn pahala jauh lebih besar yaitu 27 derajat bila dibandingkan shalat sendirian, hilangkan rasa malas dan bosan menyembah Allah SWT.
3. *Makin kita berumur*
Lakukan *shalat dng lebih khusyu,* shalat sunnah lebih banyak lagi dari tahun2 sebelumnya.
4. *Makin kita berumur*
Upayakan *shalat sunnah Qobliyyah dan Ba'diah pd setiap sholat fardhu, sebab Rasulullah sdh memberitahu, bhw barang siapa yg mengerjakan Qobliyyah diharamkan badannya dari disambar api neraka,* kita tdk tau kapan hari terakhir kita hidup di atas dunia ini.
5. *Makin kita berumur*
Shalat *sunnah witir sebelum tidur jangan ditinggalkan,* usahakan baca surah Al -Mulk dan baca Al - Ikhlas 3x, Istighfar 3x, kalimat tauhid 3x, shalawat 3x, zdikir pendek 3x dan tutup dg do'a tidur.
6. *Makin kita berumur*
shalat *sunnah dhuha & tahajud jangan ditinggalkan,* usahakan lebih banyak jumlahnya terasa berat utk melakukannya.
Tapi yakinlah akhirnya menjadi kebutuhan hidup, semua itu untuk kita bawa pulang kampung nan abadi.
7. *Makin kita berumur*
paling tdk *khatam Al-Quran 4 kali dlm setahun,* setiap hari hrs baca Alquran walau berat dan banyak godaan syaitan yang terkutuk.
Tetaplah berusa sekuat tenaga yg tersisa, karena safaatnya sangat besar dalam kubur kelak ( Al - hadist ).
8. *Makin kita berumur*
Ambillah peluang puasa sunnah, 3 hari ayamul bidh dan Senin-Kamis.
9. *Makin kita berumur*
Jangan lupa *zdikir pagi dan petang , tolong baca *Al - Ma'tsurat* krn isinya pujian yg mengagungkan Allah SWT, kurangi berbicara yg tdk berfaedah, kita hrs berfikir tambah amal lebih banyak dan lebih lagi utk bawa pulang di hari akhirat.
10. *Makin kita berumur*
Bershalawatlah lebih banyak lagi, atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, jadikan sbg senandung rindu kita diwaktu pagi dan petang ...agar diberi safa'at di yaumil Hisab kelak, insyaa Allah.
12. *Makin kita berumur*
Bersedekah lah dlm keadaan lapang atau pun sempit dan jaga ahklak kita, buang jauh prasangka buruk & bicara seperlunya dan berhentilah menyakiti sesama hamba Allah serta sambung terus silaturahim sampai akhir hayat tiba.
_*Barakallahu fiikum*_

Ayat Mengecutkan Dan Membunuh Sel Kanser

AYAT MENGECUTKAN SEL KANSER

Surah Thaaha ayat 105-107 (dibaca 7 kali)
AYAT MEMBUNUH SEL KANSER
Surah Al-Qalam 1-5 (dibaca 7 kali)


Surah Al-Qalam
Ayat 16-19 (diulang baca 7 kali)
Ayat ke 20 Surah Al Qalam ini diulang baca 20 kali



sumber : Wan Zul Azri

Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

18 KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA

Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha, Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.
18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina
Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

10 Khasiat Daun Pudina Kepada Kesihatan Badan


Apakah khasiat daun pudina kepada kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan kandungan daun pudina dan khasiat daun pudina kepada kesihatan badan.

Pengenalan

Daun pudina adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Acap kali kita lihat penggunaannya yang meluas dalam produk-produk penjagaan oral seperti ubat gigi, ubat kumur ‘mouthwash’ dan penyegar nafas. Malahan daun pudina ini juga turut digunakan dalam penghasilan produk makanan seperti gula-gula, gula-gula getah dan teh. Selain itu, daun ini turut digunakan untuk tujuan perubatan seperti merawat selsema dan alergi kulit.

Daun pudina adalah sejenis daun herba yang berasal dari genus (kelompok) Mentha. Genus ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang mempunyai antara 15 ke 20 spesis tumbuhan herba yang mempunyai bau. Namun begitu, tahukah anda akan kebaikan dan khasiat lain yang ditawarkan oleh daun pudina ini? Oleh itu, artikel ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai daun yang mempunyai 1001 khasiat ini.

Kandungan Nutrisi

Apakah kandungan nutrisi yang terkandung di dalam daun pudina? Jadual di bawah menjelaskan mengenai komposisi makro dan mikro nutrisi yang terdapat dalam setiap 100 g daun ini.

Makronutrisi

KomposisiKandungan per 100 g
Karbohidrat, g14.89 g
Serat, g8 g
Protein, g3.75 g
Lemak, g0.94 g

Mikronutrisi

KomposisiKandungan per 100 g
Natrium, mg31 mg
Kalium, mg569 mg
Kalsium, mg243 mg
Magnesium, mg80 mg
Zat besi, mg5.08 mg
Vitamin C, mg31.8 mg
Vitamin A, IU4248 IU
Vitamin D, IU0 IU
Kolesterol0 mg

Berdasarkan jadual komposisi di atas, setiap 100 g daun pudina mengandungi 14.89 g karbohidrat iaitu lebih kurang satu tukaran karbohidrat (1 tukaran karbohidrat = 15 g karbohidrat), 8 g serat, 3.75 g protein yang bersamaan dengan lebih kurang setengah tukaran protein (1 tukaran protein = 7 g protein) dan kandungan lemak yang sangat rendah iaitu 0.94 g. Ianya juga mengandungi kandungan natrium yang sangat rendah iaitu 31 mg dan sangat sesuai digunakan sebagai herba dalam masakan bagi menggantikan garam.

Di samping itu, oleh kerana daun pudina berasal dari spesis tumbuhan, ianya tidak mengandungi sebarang kolesterol. Walaubagaimanapun, secara kebiasaannya pengambilan daun pudina di dalam diet seharian tidaklah mampu mencapai jumlah makro dan mikro nutrisi yang sebegini kerana secara umumnya, daun pudina sering diambil dalam jumlah yang kecil dan sedikit.

Komponen Berkhasiat Dalam Daun Pudina

Terdapat beberapa komponen di dalam daun pudina yang mempunyai beberapa kelebihan kepada kesihatan tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1. Minyak pati (Essential Oil)

Minyak pati adalah sejenis bahan yang diekstrak dari tumbuhan sama ada melalui kaedah penyulingan ataupun mekanikal. Ianya mempunyai bau uniknya yang tersendiri dan sering digunakan untuk tujuan aromaterapi. Minyak pati di dalam daun pudina yang kandungan utamanya terdiri daripada menthol dan menthone mempunyai beberapa kebaikan.

Kandungan menthol dan menthone yang terdapat dalam daun pudina menyumbang kepada rasa pudina apabila digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan makanan. Di samping itu, komponen ini turut mempunyai sifat anti-radang terhadap kulit dan mampu mencegah pembiakan patogen dan bakteria.

2. Asid Rosmarinik

Asid Rosmarinik adalah salah satu komponen yang terdapat dalam kebanyakkan tumbuhan-tumbuhan herba seperti daun pudina. Komponen ini mempunyai sifat anti radang dan anti oksida dan ianya sering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan masalah salur pernafasan seperti asma dan simptom alergi seperti hidung berair, radang kulit dan mata. Hal ini kerana asid rosmarinik mampu mengurangkan penghasilan histamin, sejenis protein yang mengakibatkan simptom alergi terjadi.

3. Flavonoid (Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin)

Daun pudina turut mengandungi flavonoid seperti Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin. Flavonoid adalah sebatian kimia yang terdapat di dalam tumbuhan dan buah-buahan dan terkenal dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Komponen Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin mempunyai sifat anti radang dan anti oksida. Luteolin adalah salah satu komponen yang mampu mencegah penyakit kanser di mana ianya mampu mengganggu dan menghalang kemajuan sel-sel kanser.

10 Khasiat Daun Pudina Pada Kesihatan

Kita sering mendengar bahawa daun pudina mempunyai khasiatnya yang tersendiri terhadap kesihatan, tetapi apakah kebaikan yang ditawarkan itu? Di sini saya sertakan senarai khasiat yang boleh diperolehi daripada daun pudina.

1. Merawat selsema

Semasa selsema, pasti kita berasa tidak selesa dek kerana saluran pernafasan kita yang terhalang oleh kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Kandungan menthol di dalam daun pudina mampu meningkatkan pengaliran udara kerana ianya memberi kesan ke atas saraf di dalam rongga hidung. Oleh itu, saluran pernafasan akan terbuka dengan lebih luas dan lebih banyak udara yang mampu melalui rongga hidung dan seterusnya mengurangkan simptom selsema.

2. Melegakan sakit kepala

Pada kebiasaanya, kita pasti akan menggunakan minyak angin untuk merawat sakit kepala bukan? Tahukan anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk mengurangkan tekanan dan simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak 40.3%. Satu jumlah yang agak signifikan bukan? 3. Merawat proses penyembuhan luka Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai dilihat mampu membantu dalam proses penyembuhan luka. Hal ini kerana ianya mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat anti bakteria yang dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Ianya juga menggalakkan pembentukan sel baru dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya. 4. Merawat simptom alergi Kandungan asid rosmarinik di dalam daun pudina mampu merawat simptom alergi di mana ianya berfungsi untuk mengurangkan penghasilan histamin. Histamin adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan. Penghasilan histamin mampu menyebabkan simptom alergi dan keradangan terhadap seseorang. Rosmarinik asid menghalang pembebasan histamin lalu mengurangkan simptom alergi seperti hidung berair, kegatalan kulit, dan radang mata. ANDA MUNGKIN BERMINAT Mgid Mgid 5. Melegakan loya, mual dan muntah Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang sedang atau akan menjalani rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian emetik (muntah) di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan minyak ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit. 6. Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen menthol di dalam daun pudina mampu untuk melegakan ketidakhadaman dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam makanan. Dengan peningkatan pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik, 7. Melegakan sindrom rengsa usus Sindrom rengsa usus adalah simptom di mana pesakit mengalami perubahan fungsi usus yang akan menyebabkan cirit-birit, sembelit, kembung perut, ketidakselesaan, kesakitan dan lain-lain. Minyak pati pudina yang diambil dalam bentuk kapsul mampu menghalang aktiviti saluran kalsium dan mengurangkan simptom sindrom rengsa usus. Ianya juga mampu mengurangkan kesakitan di bahagian abdomen badan akibat sindrom ini. 8. Memberi kesegaran nafas Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk penjagaan oral. Tahukan anda mengapakah daun pudina sering digunakan? Di samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun pudina mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang menjadi punca kepada masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral. 9. Mengurangkan kesakitan semasa haid Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan ke atas 127 pelajar perempuan semasa kedatangan haid di Hamadan University of Medical Science, didapati bahawa pengambilan kapsul ekstrak pudina mampu mengurangkan tempoh dan intensiti kesakitan semasa haid. Hal ini kerana komponen di dalam daun pudina mempunyai sifat yang mampu mengurangkan kekejangan otot. 10 . Meningkatkan dan memperbaiki emosi Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu kaedah yang diamalkan sama ada minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina kebiasaanya digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu menaikkan semangat dan emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab keatas emosi seseorang. Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh daun pudina. Namun begitu, pengambilannya haruslah diawasi dan mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun pekerja kesihatan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Diharapkan artikel khasiat daun pudina ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada para pembaca Rujukan: Asl, H., Masoumi, S., Poorolajal, J., Panah, M., & Oliaei, S. (2016). Evaluation of mint efficacy regarding dysmenorrhea in comparison with mefenamic acid: A double blinded randomized crossover study. Iranian Journal of Nursing and Midwifery Research, 21(4), 363. doi:10.4103/1735-9066.185574 Brazier, Y. (2017, June 27). Peppermint: Health benefits and precautions. Retrieved from Healthline FoodData Central. (n.d.). Retrieved December 31, 2020, from FDC Ford, A. C., Talley, N. J., Spiegel, B. M. R., Foxx-Orenstein, A. E., Schiller, L., Quigley, E. M. M., & Moayyedi, P. (2008). Effect of fibre, antispasmodics, and peppermint oil in the treatment of irritable bowel syndrome: Systematic review and meta-analysis. In BMJ (Vol. 337, Issue 7683, pp. 1388–1392). British Medical Journal Publishing Group. https://doi.org/10.1136/bmj.a2313 Frothingham, S. (2019, August 20). Essential Oils for Energy: Boost Your Mood, Motivation, and Focus. Retrieved from Healthline Groves, M. (2018, October 12). 12 Science-Backed Benefits of Peppermint Tea and Extracts. Retrieved from Healthline Health Benefits of Peppermint. (n.d.). Retrieved from Webmd Jaines, K. (n.d.). Do Mints Help an Upset Stomach? Retrieved December 31, 2020, from Livestrong Lin, Y., Shi, R., Wang, X., & Shen, H. (2008). Luteolin, a Flavonoid with Potential for Cancer Prevention and Therapy. Current Cancer Drug Targets, 8(7), 634-646. doi:10.2174/156800908786241050 Loolaie M, Moasefi N, Rasouli H, Adibi H (2017) Peppermint and Its Functionality: A Review. Arch Clin Microbiol. Vol. 8 No. 4:54 Mckay, D. L., & Blumberg, J. B. (2006). A review of the bioactivity and potential health benefits of peppermint tea (Mentha piperita L.). Phytotherapy Research, 20(8), 619-633. doi:10.1002/ptr.1936 National Center for Biotechnology Information (2020). PubChem Compound Summary for CID 16666, l-Menthol. Retrieved December 31, 2020 from Pubchem National Center for Biotechnology Information (2020). PubChem Compound Summary for CID 26447, Menthone. Retrieved December 31, 2020 from Pubchem Norliza. (2015, October 14). Antihistamin. Retrieved from Portal Myhealth Pearson, K. (2017, December 13). 8 Health Benefits of Mint. Retrieved from Healthline Stansbury, J. (2014). Rosmarinic Acid as a Novel Agent in the Treatment of Allergies and Asthma. Journal of Restorative Medicine, 3(1), 121-126. doi:10.14200/jrm.2014.3.0109 Tayarani-Najaran Z, Talasaz-Firoozi E, Nasiri R, Jalali N, Hassanzadeh M. Antiemetic activity of volatile oil from Mentha spicata and Mentha × piperita in chemotherapy-induced nausea and vomiting. Ecancermedicalscience. 2013;7:290. doi: 10.3332/ecancer.2013.290. Epub 2013 Jan 31. PMID: 23390455; PMCID: PMC3562057. Unalan, I., Slavik, B., Buettner, A., Goldmann, W. H., Frank, G., & Boccaccini, A. R. (2019). Physical and Antibacterial Properties of Peppermint Essential Oil Loaded Poly (ε-caprolactone) (PCL) Electrospun Fiber Mats for Wound Healing. Frontiers in Bioengineering and Biotechnology, 7, 346. https://doi.org/10.3389/fbioe.2019.00346 Ware, M. (2019). Mint: Benefits, nutrition, and dietary tips. Retrieved from Medical News Today

Khasiat Bunga Telang

Bunga Telang atau "Butterfly Pea Flower" ada banyak khasiat. Air rebusan bunga keluarkan warna biru berkhasiat antioxidan. "Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan jingga.

Komponen antosianin ini terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser. Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba." Ia biasanya digunakan sebagai minuman, kueh mueh dan masakan.

Daun pokok bunga telang juga berkhasiat.

Kita hanya tanam manakala Allah Yang tumbuhkan. Alhamdulillah
☘🌷

###########################################

Rutin saya dan suami bila masuk keluar kampung kebiasaan akan singgah di warung kopi yang ada pengunjung terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.
Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya.
" Alaa...mek . Kalau orang perempuan nak awet muda tegang tak berkedut kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni" katanya kepada saya.
Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.
Cara penyediaan teh bunga telang :
• Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit
• Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak
• Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa
• Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis
Di percayai antara khasiat bunga telang ialah:
• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit

Amalan orang lama memang bagus

Waktu Badan Manusia

 Kredit :Dr Suhana Abd Wahab

Tuesday, March 30, 2021

DO'A INI PENDEK TAPI SANGAT BERMANFAAT

 "DO'A INI PENDEK TAPI SANGAT BERMANFAAT"

Banyak yang beranggapan doa ini pendek, namun perhatikan kandungannya
‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ
Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah.
Al-Abbas (R.A.) paman Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.
Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai paman ku, bacalah :
‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ
Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'aafiyah).
Sekarang apa yang 'Aafiyah ???
" Aafiyah bermaksud :
Untuk menyelamatkan diri daripada semua kesusahan yang menimpa".
Untuk menjadi sehat, kita perlu berada di dalam 'Aafiyah.
Untuk mempunyai uang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'Aafiyah.
Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'Aafiyah.
Untuk mau anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'Aafiyah.
Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'Aafiyah.
Jadi, pada asasnya 'Aafiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.
Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-
"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya minta sesuatu yang lebih besar."
Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai pamanku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Aafiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'Aafiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."
Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (mohon) ketika berdo'a.
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada semua kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yang berat."
Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah
~ (Riyadh As Shaliheen, imam At-Tirmidzi).
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."
Semoga bermanfaat..

 *SUNGGUH DURHAKA ANAK YANG MENDO'AKAN ORANG TUANYA 5 KALI ( SETIAP SELESAI SHOLAT) SEHARI*

Oleh : Ustadz Arifin Nugroho
Saya pernah datang ke Kairo - Mesir.
Pada saat sholat Dhuhur ada kajian dari Syaikh yang mengisi kajian sambil berjualan buku.
Di akhir kajian, saya sempatkan utk membeli buku yang di jual oleh Syaikh tadi.
Judul bukunya "Melipat gandakan Keuntungan Dengan Berbakti Kepada Orangtua."
Dalam satu bab di buku tersebut di bahas mengenai *Adab Kepada Orangtua
Dimana dikatakan bahwa "Sungguh durhaka seorang anak yang hanya mendo'akan kedua orangtuanya hanya 5 kali dalam satu hari."
Saya bingung, kenapa kita sudah mendo'akan orangtua sehari 5 kali, kok masih di bilang anak durhaka ?
Saya coba balik lagi ke Masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya tanyakan kepada pengurus kajian di Masjid itu, di mana saya bisa menemui Syaikh yang kemarin memberi kajian di Masjid ini.
Dan setelah saya dapatkan nomor ponselnya, saya hubungi dan kami janjian untuk bertemu di sebuah Masjid yang kebetulan beliau sedang mengisi kajian juga.
Selesai kajian, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, kenapa kok seorang anak yang sudah mendo'akan kedua orangtuanya 5 kali sehari, masih di katakan anak yang durhaka ?
Syaikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua.
Dan saya bacakan do'a yang biasa saya baca setelah sholat.
"Rabighfirli waliwalidayya"
"Stop", kata si Syaikh.
"Ulangi lagi".
"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop, ulangi lagi."
"Rabighfirli waliwalidayya"
"Stop, ulangi lagi".
Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.
Kemudian si Syaikh bertanya kepada saya, "Apakah kamu capek?"
"Tidak, Syaikh"
"Apakah kamu sampai berkeringat ?"
"Tidak, Syaikh"
"Apakah kamu sampai mengeluarkan uang membaca do'a seperti yang kamu baca tadi ?"
Kembali saya jawab tidak
"Kamu gak perlu mengeluarkan uang, kamu gak perlu mengeluarkan keringat, kamu gak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan do'a ampunan kepada kedua orangtuamu."
"Tapi kenapa kamu hanya bisa memintakan ampunan buat orangtuamu sehari semalam cuma 5 kali ?"
"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan karena beratnya menanggung kamu yang berada diperutnya ?"
"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar biaya yang sudah dikeluarkan kedua orangtuamu untuk membesarkan kamu?"
"Dan sebagai balasannya, kamu hanya bisa mendo'akan kedua orangtuamu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"
"Padahal satu kali saat kamu membacakan do'a untuk kedua orangtuamu, *Rabighfirli waliwalidayya*, saat itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH Subhaanahu Wa Ta'alaa ".
"Dan ada sebuah kisah, dimana ada seorang orangtua yang saat dia dimakamkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orangtua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH Subhaanahu Wa Ta'alaa berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."
"Sampai-sampai si ahlul kubur bingung, kenapa dia diangkat derajatnya seperti ini ?"
"Kemudian jawab malaikat, "Ini berkat do'a anak-anakmu"
Masya Allah...
Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua kita sehari lebih dari 50 kali ?
Renungkanlah .....
Kirim ini ke 5 grup dan semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Saya doakan semua yang membaca dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan seperti air mengalir ini.. dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umroh dengan cara2Nya.
.
Aamiin.... Yaa robbal'alamiin...
Semoga bermanfa'at.

Pecinta Al-Quran

MULALAH MELANGKAH - BETTER LATE THAN NEVER

JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH Firman Allah Ta’ala: قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُو...